Nuffnang

Monday, May 25, 2009

Ayam Pedas Serai Bersantan

Menu ayam pedas ni buat hari Isnin lepas..Bila dah blurr..nak masak menu ape untuk hari isnin ni..Alhamdulillah..jumpe resepi ni kat Dapur Ummi.. Ummi ambil resepi ni dari Dapur Kak B... Sorry Ummi..saya copy paste je ekk..Ayam ini memang betul2 sedap..Hubby pun kata sedap.

Bahan:-
1 ekor ayam - kerat ikut suka dan goreng setengah masak
1 - 2 keping asam keping
3 batang serai dititik
1 biji kelapa - diambil santannya
cili padi - optional
sedikit kacang tenah goreng/gajus - *ummi x letak ni..


Bahan Kisar:-
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering (ikut nak pedas)
sedikit belacan
3 cm kunyit hidup
3 cm halia


Cara Memasak:-
Tumis bahan mesin dan serai sehingga naik minyak. Masukkan ayam, santan, asam keping dan biarkan seketika. Kacau sesekali. Masukkan garam secukup rasa.. (*ummi tambah gula sikit) Bila sudah masak dan pekat sikit, taburkan kacang tanah sebagai hiasan.

(Note: Saya buat kuah banyak sikit untuk ayam ini..)

Friday, May 22, 2009

Hari roti

Cuaca hari ni memang agak sejuk...Nak masak nasi, tapi macam tak der menu..blurr..Pastu bila sejuk-sejuk macam ni..saya rasa macam malas nak makan nasi..tny hubby, dia ckp masak pizza je lah..So, hari ni ziarah dapur Noreen di UK nun...tengok resepi pizza...at last jumpe..
Alhamdulillah..Menu lunch kami sekeluarga untuk hari ini..Resepi Stuffed Crust Pizza.. (click here for recipe)Noreen ni tunjuk step by step how to do it..


Bila ziarah dapur Noreen resepi roti ni..mata tersangkut kat Chocolate Swirl Bun Noreen..memang menarik..Sesiapa yang nak tengok bagaimana cara membuat Swirl Bun..jemput ke Dapur Noreen.Bun Kami untuk dinner ala-ala swirl bun jugak sebab saya guna cara membuat swirl (sebab baru nak belajar)..but menggunakan resepi Ikan Bilis Bun Noreen..Saya buat Swirl Bun inti kaya and curry. So saya copy paste resepi bun ikan bilis yang saya gunakan untuk kali ini..

Ini resepi Ikan bilis Bun..saya ambil dari Dapur Noreen.Thanks kerana berkongsi resepi dan berkongsi bnyk tips tentang membuat roti.

400gm tepung roti
100gm tepung kek
90gm gula kastor
10gm tepung susu
1 camt bread improver
5gm garam
11gm instant yeast
1 biji telur
220gm air sejuk
70gm marjerin/butter/unsalted butter

sambal ikan bilis atau ikut selera masing2
sedikit olive oil untuk sapuan atas roti

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  2. biarkan sehingga siap dalam 1 1/2 jam
  3. keluarkan dan letakkan doh di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
  5. kemudian potongkan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola
  6. lakukan sehingga habis dan biarkan doh rehat selama 10 min
  7. kemudian ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di atas tangan
  8. isikan dengan inti sambal ikan bilis dan tutupkan semula menjadi bola
  9. lakukan sehingga habis dan letakkan doh tadi ke dalam baking tray
  10. pastikan setiap doh dijarakkan supaya ianya tidak akan bercantum apabila proses penaikan doh semula dan apabila semasa dibakar
  11. biarkan doh tadi naik sekali lagi selama 45 min
  12. pada yang tinggal di negara 4 musim letakkan baking tray yang berisi roti ke dalam oven. letakkan dua cawan air panas di dalam oven dan tutupkan pintu oven. tidak perlu di ON kan oven tadi
  13. setelah itu bakar pada suhu 190C selama 10-12 min atau sehingga masak dan keperangan
  14. apabila sudah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan olive oil supaya ianya sentiasa lembut
So next time, saya nak cuba betul2 buat chocolate swirl bun Noreen..ni baru belajar buat swirl.. Nak buat yang chocolate tu takut tak jadi..he..he..

Wednesday, May 20, 2009

Baked sandwich

Ini menu breakfast pagi ni..Actually saya tak tahu nak panggil ape..kalau ikut CHEF SUZI(jgn marah ekk akak..)..dinamakan Scramble Toast...kalau ikut kamus"sandwich" means benda yang berlapik-lapik atau terhimpit-himpit...But I still called it Baked Sandwich..he..he..Resepi ni juga..hasil lepas ziarah dapur Suzi...menarik dan ingin dicuba..TODAY..I did it..Hubby pun suka..half of this dia yang makan(jgn marah ekk sayang..:-))..Selalunya dia tak laju sgt makan roti berbanding saya dan Najmi..Ok..tengok resepi kat bawah..(copy paste dari Perut kenyang)

Bahan:-

* 12 keping white bread atau wholegrain - buang kerak tepinya-saya guna roti biasa
* 60 gm mentega - suhu bilik
* 4 biji telor
* 1 cawan krim atau susu (*ummi letak susu segar) - suzi guna 1/2 cwn susu segar
* 1/4 cawan daun kucai - cincang (*ummi letak daun sup)
* sosej secukupnya - cincang halus
* sedikit garam dan pepper
* sos cili (*ummi tambah ni)
* mayonis (*ummi tambah) -saya tak letak

(Ape yang diedit:)
1. Saya guna telur 3 biji
2. Susu saya guna tak sampai 1/2 cwn
3. Grated Cheese

Cara-Cara:-

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Dengan menggunakan rolling pin, canaikan roti tadi menjadi nipis sedikit. Sapukan kedua2 belah roti dengan mentega dan masukkan ke dalam muffin pan.
2. Bakar selama 15 - 18 minit atau sehingga keperangan.
3. Sementara itu panaskan frying pan dengan 1 camb mentega dengan api yang sederhana.
4. Dalam bekas, satukan 4 biji telor, 1/2 cawan krim/susu, garam, pepper dan pukul sebati.
5. Tuangkan adunan telor tadi ke dalam kuali dan kacau selama 1 minit dengan api yang perlahan.
6. Taburkan daun kucai/sup dan cincangan sosej. Kacau hingga telor masak.
7. Sudukan telor tadi ke dalam roti yang telah dibakar dan taburkan sedikit pepper lagi sebelum dihidangkan panas2.

Untuk filling baked sandwich kali ini :
*Saya buat inti karipap (actually lebihan inti karipap semalam)+campur scramble egg+kucai+cheese)
*saya bakar 10 minit yg pertama-roti sahaja..and lagi 10-12 minit bersama inti diatas..untuk cairkan cheese bersama semua filling.Then..masa hidang untuk menjamu selera, letak seidkit sos cili.

Tuesday, May 19, 2009

Dulu DAN sekarang

What I'm thinking??

Rasanya almost 3 weeks blog ni tak berupdate..Actually i don't know what is suitable title for this entry..coretan entry kali ini tentang apa yang Anugerahnurani fikirkan..untuk tatapan keluarga dan adik-adik di kampung..perkembangan anak-anak di bumi biri-biri ini..Cuaca di Palmy ni masih lagi mendung, hujan..dan suhu kadangkala semakin sejuk..

Putera-puteri kami dah semakin besar.Cepat sungguh masa berlalu..Najlaa' yang dulunya baru mencecah 3 thn dan Najmi 5bulan ketika kami mula-mula sampai di bumi kiwi ini, sekarang dah boleh jadi teman bermain..dan semestinya teman bertengkar, ketawa dan menangis..now almost 5 (Najlaa') and coming 2 this October (Najmi)Mama yang dulunya macam berat hati masa kami fly ke NZ ini(sebab bawa baby kecil naik flight, lagipun mama seorang yang kuat berpantang)..sekarang hanya mengikuti perkembangan cucu-cucu melalui teknologi masakini.. Bukan Mama sahaja..malah Mama IL pun selalu membaca blog ini...(P/S: Tahniah Mama IL...
Dapat cucu lagi tahun ini, Anak Angah Mursyidi-Solahuddin)

Penulisan entry kali ini..kalau dibaca..seakan-akan tenang..KENAPA???..he..he..sebab Najmi tgh diulit mimpi, Najlaa di sekolah...kicauan burung-burung dari luar tingkap mengiringi penulisan kali ini..


Ketika bermain Game Dora The Explorer

When Najlaa' return back from kindy, this is their activity...GAME TIME...dan Najmi hanya memerhati dan kadagkala terlalu excited and hardly press the keyboard too..Dulu rasanya pertama kali saya bermain game ketika berumur 5 thn..semasa ikut abah ke sekolah for tution sebab abah mengajar tuition di sebelah petang...tu pun menggunakan floppy disk yang berwarna hitam..game ape??PACMAN antara yang glamour masa tu..tak silap saya tahun tu 1986..Sorry if i'm mistaken..Sekarang dah ada macam-macam..Alhamdulillah, borrow kat City Library FOC for one week..so that is my routine with them..Once a week ke City library..

Sekarang??Teknologi masakini memang amat canggih..budak yang 3 tahun lebih pun dah pandai ber"internet"..Opps..Bukan Najlaa'...Saya tak ajar Najlaa' lagi..cuma dia akan tengok bila saya berblogging dan surfing(tambah-tambah surfing recipe kat You tube-dia yang akan dengar lebih sekali and pilih mana respi yang dia suka)...But game, hubby ask me ajar game yang membuatkan kadang-kadang dia berfikir..Not most of the time..but some of it.. Actually, for me there are Pros and Cons when children know too much of this technology..but as parents we need to observe our children..


Najlaa' sedang bermain game Barbie (Secret Agent)

Now Najmi can speak some of the word when Najlaa' play it...and they are addicted to DORA lately..Najmi dulunya hanya pandai menyebut DODA..now dah betul jadi DORA...

Sorry guys,I Need to stop now..there are some "housework" to do..`the end`

Tuesday, May 12, 2009

Weather

SEJUKKKK!!!!..For this entry..no specific title, no specific topic..just sembang-sembang cuaca...
Weather kat Palmy ni dah semakin sejuk...Suhu bertambah sejuk dgn hujan sepanjang minggu..Waktu-waktu macam nilah..teringat suhu panas kat Malaysia...Teringat bila dengan cuaca panas, kadang-kadang kita cepta sakit kepala..and etc..

Ini baru di Palmy...Kalau di South Island NZ lagi sejuklah...Kebetulan saya sempat tengok berita last 2 days..snow dah turun di Otago..dan di Coronet Peak pun dah ada org main snow...

Apapun bersyukur padaMu Ya Allah, sebab memberi keizinan kepada kami sekeluarga merasai suhu di negara 4 musim ni...Alhamdulillah, anak-anak pun tak ada yang demam-demam menjelang permulaan winter kali ini..

Monday, May 4, 2009

Bermain dan memasak

Packed weekend

Minggu ni rasanya agak busy buat kami sekeluarga..Ntah apa yg dibusykan pun tak tahu..But I love this type of activity..bukan ape..menyihatkan badan...Nak tahu ape activitynyer...

1. Bread Pudding Cooking Class
2. Netball game
3. Football game


*****************************************************************

1. Bread Pudding Cooking Class.

He..he..saje je gempak tajuk tu..bukannye kelas pun..Ada 2-3 org adik-adik undergrads minta saya ajar cara membuat Puding roti..Tak sangka saya...rupanya ada org nak belajar buat Puding Roti ni..Thanks Hafeez, Lutfi, Afnan and Fairuz..dapat akak turunkan ilmu tu..hihi..Moga dpt pahala..
antara step untuk buat puding roti

Ala-ala kelas memasak tu bermula jam 1 ptg (Sabtu)..Tapi diorg lmbt sampai..sbb beli brg2 kat Pak N Save..maka kelas bermula jam 2...Sebenarnya ada postgrad(Sis Feeza) minta saya jemput dia sama untuk buat puding roti ni..Tapi saya call tak berjawab..May be saya terlambat Call or diaorg dah keluar...Sorry Sis..xdpt buat sama-sama..
Diaorg ni memang tekun
(tengah sapu butter and chocolate spread kat roti)

Tengah tunggu puding roti dibakar..

Puding roti yang dah siap dibakar dan sedia untuk menjamu selera

2. Netball Game


This si my favourite activity..dapat saya main sukan kegemaran saya...sebenarnya ..saya just join team yg nak bermain untuk Bersatu Games 2009...bukan saya wakil tau..saja bermain penuhkan position dengan adik-adik and postgrads Massey Uni..So bolehlah saya bermain sukan kegemaran saya petang Sabtu dan Petang Ahad...But no pics for this game..bukan ape..seronok bermain..tak sempat snap pun..

3. Football game

Football game ni ialah "PERLAWANAN PERSAHABATAN" antara Adik-adik undergrads(Malaysian) and postgrads(Malaysian) Massey University..Hubby bermain di position "right defence"..Tapi gambar tak dapat diambil..(sorry abang..hihi)..Terlalu jauh location tu..Keputusan permainan 4(Undergrads)-2(Postgrads)..Ini "friendly game" yang kedua antara Postgrads and Undergrads Malaysian..First Friendly Game Postgrads menang (2) dan Undergrads (1)..Ini pun antara latihan menjelang BERSATU GAMES bulan Julai nanti.

Sesi warming up..Postgrads
Barisan pemain simpanan..
(From right, Bro Khairul,Bro Fitry and bro Afie)

Permainan sedang berlangsung

Barisang penyokong yang tetap setia menyokong dari belakang
(From left, Sis Zura, Sis Laila and Aida(Laila's daughter))

(From left, Alya, Najlaa, Husna and Tiesya)
Gambar atas dan bawah...
anak-anak yg tetap setia disisi ayah,bapa,papa dan abah bermain

(Penyokong paling kecil..Najmi dan Uzair)

~the end~