Nuffnang

Showing posts with label Experience. Show all posts
Showing posts with label Experience. Show all posts

Tuesday, March 17, 2009

Short update..short time..short story

Rasa lama jer my blog ni tak berupdate..Actually memang lama pun..Ntahle..bile pegang je laptop..tegok benda lain dulu..pastu time nak update blog jer..selalu compete dgn my son@little prince tu...so tak berupdate lah jawabnye...But I'm still alive...he.he..Just celebrate our 5th Anniversary on 14 March 2009 yang lalu...Nak buat kek mulanya...Hubby kata " mm...Abang tak suka kek...Abg suka yang pedas..."So I buat curry puff jer..(walaupun dlm hati ni..memang nak buat kek special untuk dia)Dah memang favourite dia...From now onward..our anniversary menu will be Curry puff..or chicken or Beef Pie...sebab intinye lebih kurang sama kan...

My Journal:

Recently busy dgn activiti terbaru.."business secara kecil-kecilan"...Jual nasi bungkus..ayat orang kampung...Terngiang-ngiang kata my beloved..dah ada degree in business..bila lagi nak guna..bila difikir2..memang betul..actually bukannlah saya ni tergolong dlm org2 yang pandai memasak...Bila dah start follow hubby ni baru 24 hours be official D.O(dapur Officer)..Then baru belajar sikit demi sedikit..and memang saya ni suka berjual-jual ni..apatah lagi membeli....

Memori lama:
Dulu masa di University, 2nd year, jual jubah yang bersulam-sulam, tudung-tudung dan kain2ela..Alhamdulillah..sekali balik kampung memang habis..Maklumlah..bila bawa balik kampung jer..Mak sedara semuanya cikgu@cikgi..So memang senang terjual...and at the same time ambil upah menjahit masa di University...So sekali balik adalah 2-3 pasang baju kurung yang dibawa balik..or curtain bilik2 yang dibawa balik untuk jahit...

First year kerja as Marketing Exec..huhuh..memang penat carik customer...But its ok..walaupun dgn gaji yang sedikit..saya top-up sambil2 jual gelang,cincin dan rantai kristal dari Sabah...sebab minat gelang2 ni..Time ni memang dah kahwin..and dah ada Najlaa' pun masa tu...so memang cari kerja dekat dgn hubby..walaupun gaji tak seberapa..

Hopefully kerja yang saya ceburi sekarang dipermudahkan dan diberkati AllahSWT...

Entry kali ni...like my journal or my diary pulak..

Just for you...
Days grow into months
and months into years,
but time in its flight
cannot erase the beauty
of the day that you accept me
in "akad" that unite us
or the memory
of that happy occasion

And as each anniversary comes
it brings with it
not only pleasant recollections
but the realisation that my love for you
has grown sweeter and deeper
with each passing day
With each new joy
you give me
with everything we share...

....The end...

Monday, March 2, 2009

Children day 2009 at Convention center

1 March 2009 - Children Day

Sunday...after hubby siapkan kerjanya untuk hari tersebut, Saya ajak dia drive ke Convention Centre...Bukannya tak tahu drive ke sana..saja jer(nak manja skit..he.he)..Lagipun,sebab org ramai, takut tak ada parking...Alhamdulillah hubby agreed..(Thanks abang).Banyak aktiviti diadakan di Convention Centre ni..Venue sepatutnya ialah di The Square, tapi disebabkan cuaca yang tak menentu, maka tempat ditukar.Banyak jugak free gift on that day. So memang menarik sangat. Last year we all memang tak sempat tengok suasana "Children Day" ni..sebab sampai di NZ middle March,cuma sempat "Culture Day" sebab tarikhnya end of March. Semua sekolah termasuk kindergarten Najlaa terlibat untuk Children day kali ni..saya hanya donate baking for fund raising kindy jer...Gambar-gambar dibawah ni antara aktiviti-aktiviti yang diadakan on that day.


Hand printed activity.

Yang bestnya hand printed ni sebab buat di placemate.So boleh buat alas makan nnt..Najlaa and Najmi memang tak lepaskan peluang..Then Najlaa naik "GOOFY " yang pusing-pusing ala-ala eyes of Malaysia tu, and she meet her kindy's friend, Keith

Najmi hanya tengok dari bawah jer..sebab seat belt untuk GOOFY tu tak sesuai untuk Najmi..Tapi dia suka jer sebab dah dapat sebiji belon...

Mary's Go round


Najlaa dan Najmi memancing present "free" from Mitre 10,
Najlaa dapat sticker, Najmi dapat Bola Rugby
(Actually Najmi dpt bola tennis, tapi hadiahnya ditukar oleh petugas sebelah tu)


Last activity before we went back home..Pony riding. Najlaa ride that pony. Mulanya memang dia ok..Tapi bila Pony dah jalan.muka dah jadi panic..hubby and Najmi dah tunggu kat kereta because free parking dah habis time limit..Mama yang jadi camerawoman ni pun takut jugak kat Pony ni..bila dia buat action tak nak jalan..memang ngerilah..but..Well Done to Najlaa..sebab berjaya atasi ketakutan ni..

the end

Monday, February 2, 2009

Weekend Activities...

Ini antara aktiviti- aktiviti yang dapat dirakamkan pada hujung-hujung minggu..

1. Weekend at Massey University



Gambar-gambar diatas dirakamkan ketika meneman hubby kat Massey masa weekend..

2. Weekend at Fielding

Fielding dgn Palmerston North ni..taklah jauh sgt..lebih kurang 30 minit..Fielding hanya pekan kecil..Tapi menurut sahabat saya...Fielding ni memang tiada lampu isyarat..Bila masuk pekan tu pun memeng tak nampak lampu isyarat.. Kami bertolak dalam pukul 12.30 tghr...so memang lunch di Fielding lah...


Gambar diatas, menara jam di tgh2 pekan FieldingLepas penat berjalan2 dan ambil gambar...Kami berpicninc kat Park yang berdekatan..kebetulan tempat kami nak picnic tu berhadapan dgn Training Golf for kids..memang menarik...Tapi kami tak masuk ke tempat training tu...just duduk berkelah jer..sebab memang dah lapar sgt...
Pond yang berdekatan dengan tempat berkelah...

3. Weekend at Lido Aquatic Center
One of the best place at Palmy ni..Lido Aquatic Center..kami ambil $9.00nzd per entry for a family..Hubby tanya person incharge at counter masa beli tiket untuk masuk..

"Can my wife wear scarf in the pool?".. "Yes"..she said.."but just inform life guard there.."
Alhamdulillah..bersyukur sgt..bukannya apa..memang saya tak ada swimming sut pun..belikan anak-anak jer..dan memang ramai jugak minah salleh sini pakai track bottom and shirt jer mandi..so oklah untuk saya..sbb memang pun saya pakai pakaian jenis yang sama...So tiada halangan untuk terjun dengan anak2..


Gambar bawah: Najmi yang kesejukkan


Banyak kemudahan yang disediakan kat sini..family changing room pun ada...So kalu bawa baby masuk swimming..senang nak changing lepas mandi tu..Selain swimming pool..Spa pun ada..Yang bestnya..bila bayar $9.00nzd tu..boleh mandi selama mana kita suka..dan apa shj..kecuali steam room..byr fees lain...



4. Weekend at Library

Aktiviti ni ialah aktiviti kegemaran Najlaa..bukannya apa..dia boleh borrow DVD kat library..and main laptop kecil kat situ..So kali ni..we all pergi ajak Batriesya..Najlaa's bestfriend here..

The end~

Saturday, January 17, 2009

Najlaa and Najmi Birthday Party....

17 January 2009...

Alhamdulillah, Sabtu lepas...kami sekeluarga selamat mengadakan kenduri kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran Najlaa yang ke-4 (14 January)and belated birthday Najmi(17 October) yang pertama..Kami buat majlis tu petang..Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah mengizinkan kami berjumpa dengan one of Malaysian Welly yang lama jugak sebenarnya kami sekeluarga nak berjumpa( Jestin Sekeluarga)...tapi tak diizinkan Allah sebelum ni...Keluarga Jestin juga dapat hadir di majlis kesyukuran kelahiran anak-anak kami ini...

Bercerita tentang birthday, ini kali kedua saya buat kek birthday..(sambungan yang lepas)Kek kali ini..untuk Najmi saya guna resepi Kek Brownies sama dgn my hubby dulu..untuk kek Najlaa, saya guna resepi kek dari Mat Gebu..Kek 3 rasa...untuk resepinya boleh browse disini

Najmi's Cake - Brownies from Kak Hanie

(gambar atas)
inilah rupa kek Najmi before di "icing' kan
Kek yang selamat di"icing"kan siap pada pukul 2 a.m

Najlaa' s Cake- Kek 3 Rasa from Mat Gebu

(gambar atas)
inilah rupa kek Najlaa before di "icing' kan

Gambar kek yang selamat di"icing"kan

Alhamdulillah majlis berjalan lancar...untuk Maktok, Tok Ma dan kedua-dua Wan dan semua aunties and uncles..Najlaa and Najmi is growing up now..

Gambar-gambar dibawah.."Makan-makan Time"

Dalam rumah

Depan rumah

Belakang rumah

Najlaa, Najmi with their present and neighbour friends Batrisya,Hazim and Ashraf

Najlaa & Najmi bermain dgn b'day presents sblm attend another b'day party (oleh Bro Zabidi & family) keesokan harinya

Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang meluangkan masa hadir ke majlis ini.

Saturday, November 22, 2008

Assorted Cheddar sausage buns

This is my first try making sausage buns...I did it using " mesin menguli tangan berkuasa tinggi"...or high volt hand kneading machine..the original machine that I got...I did that buns this afternoon after having leasure time with my childreen at baby swimming pool.

Semua ni gara-gara teringin nak makan sausage bun and motivasi dari Kak Nina..one of Palmy's friend..Tiada sukatan khusus untuk buat roti ni..I just try it according donut preparation...Because my dauhter loves donut..Here are some of bun's pictures..



Gambar sebelum masuk oven untuk dibakar...roti baru "naik"


Tarra...Assorted sausage buns...dah siap..


Alhamdulillah..menjadi dan sedia untuk dimakan...I put some sugar and cheese after brush the buns with egg...

Thursday, November 20, 2008

cerita cerita....penawar duka...







Nothing much to put in this entry...







Just wanna share my experienced
..Last night, I cooked one traditional food " Seri muka" a.k.a PULUT SEKAYA bak kata org kedah...disebabakan i don't have any steamer which enough to make this food, So i borrowed it from Sis Syam (sifu for traditional food)...This traditional food is my favourite food..."Tok, teringat pulut sekaya tok ni..."so by hook or by crook, i need to learn to di this food..kalu tak..sampai bila pun memang tak tahu buat.

Step pertama:"blog hopping" for that recipe..at last i found it in "Dapur Kak Hanieliza"...salin resepi..and tengok segala keperluan untuk menyediakan pulut sekaya ni...so kalu sesiapa yang nak resepi ni..kena melawat dapur kak hanie lah yer..

Step kedua:ape lagi kalu bukan ke rumah kak syam..pinjam periuk kukus...

Step ketiga: Mulakan "bersilat" di dapur...jeng..jeng..jeng

Actually masa memulakan operasi di dapur ni bermula jam 5.30 petang, selepas selesai fetch Najlaa from kindy..and went back from Massey University..My daughter's Kindy (Riverdale) held "special day" for special person..so I need to join her activities at her kindy..

Berbalik cerita "serimuka'..proses mengukus pulut berjalan dengan lancar, but proses menyediakan inti diatas pulut berlaku beberapa insiden...My INTI tak menjadi...agak berkuah di atas serimuka..so tak dapat potong lagi pada mlm kejadian tu...Saya biar semalamam...esoknyer..saya grill pulak kuih serimuka tu...barulah keras skit..Alhamdulillah...walaupun tak seperti kuih serimuka org lain..kuih serimuka saya seperti gambar di atas..I WILL TRY IT NEXT TIME..sampai menjadi..InsyaAllah..mungkin saya kurang letak tepung masa "memblander" inti tue...

Begitulah pengalaman saya dalam menyediakan kuih serimuka..buat kali pertama sepanjang hidup saya..

The end

Saturday, July 5, 2008

'Hujan ais' di depan rumah

Dari semalam...sampai hari ni cuaca mendung..tak sangka hujan ais turun kat Palmy..Itulah Kuasa Allah swt...


Najlaa' tanya "mama, nape hujan macam ni..?".."Kat sini Allah bagi turun hujan ais"...cantik kan..!!!so today terpaksa cancel nak pergi pasar...disebabkan hujan ais yang lebat...cuma pergi gathering di rumah kak fiza&jaafar je petang nanti(di samping menyambut ahli baru family Malaysia: Dr. Rozita & Amri)...


Dah hujan ais turun ala-ala "snow"..excited la kami dan jiran-jiran Malaysia kat Botanical Road ni(actually dekat2 je umah..)he.he..kalau snow betul rasanya tak kasar macam hujan ais ni..Ingatkan kami (Malaysian) je yang excited..rupa-rupanya semua org keluar rumah...termasuklah Mat Saleh sini....see..suasana selepas "hujan ais" ...




Najlaa' and her friends..(husna,dayah,ashraf&haris)(mama friends' Kak Tara & Lela)



Najlaa' nak cycling juga kat atas ais ni..



di depan rumah dan kereta kami



bergambar bersama jiran-jiran Malaysia (Taufik & Family and Yazrin & Family)


Suasana jalanraya di depan rumah

Gambar atas: Our Family di entrance jalan dekat rumah

Gambar bawah: Najlaa di garden belakang rumah

Wednesday, July 2, 2008

JaUh TaPi DeKaT....TaPi JaUh TeTaP JaUh


Kali ini kami ingin berbicara tentang pengalaman sebagai anak perantau...


Walaupun duduk jauh di
New Zealand (NZ), tapi tempoh perjalanan balik ke hometown (Kedah) lebih kurang 10-12 jam…tak jauh beza macam perjalanan naik kereta dari Johor (tempat kerja sblm smbg belajar) ke Kedah jugek..

Walaupun duduk jauh di NZ, berita-berita terkini yang berlaku kat Malaysia (Msia) kami dapat tau jugek (baca paper online, email, blog etc), macam duduk kat Msia plak.

Walaupun duduk jauh di NZ, cerita-cerita / drama Melayu still boleh tengok kat tv3.com.my (sekrg tgh dok ikut cerita “Sindarela”), macam duduk kat Msia jugek.

Walaupun duduk jauh di NZ, gosip2 terkini di Msia dapat tau jugek (blog, on-line paper, email etc)…macam duduk kat Msia pulak

Walaupun duduk jauh di NZ, makanan halal senang nak cari (roti canai, kebab dll)…macam duduk kat Msia jugek

Order kat Kebabs on Queen..dalam shopping mall 'plaza'

Makanan dah sampai...kebab & nasi + burger kebab + kentang goreng + air oren

Roti canai pun ada jual kat sini..siap cop halal JAKIM lagi


Walaupun duduk jauh di NZ, tiada halangan untuk buat ibadah (masjid dekat dgn rumah, kat University pun ada masjid, orang lain x kacau kita buat ibadah etc), macam kat Msia jugek

Walaupun duduk jauh di NZ, tetap rasa selamat (orang Kiwi & Maori kat NZ x kacau) macam duduk kat Msia jugek..semoga Msia terus selamat, aman, makmur dan sentosa…AMIN…

Walaupun duduk jauh di NZ, masakan2 Malaysia (nasi lemak, ‘bengkang’, nasi beriani etc) tetap ada….sebab isteri tersayang tolong masak...takpun boleh jugek makan masa gathering famili Malaysian kat sini setiap bulan (kadang2 tiap2 minggu)…

Walaupun duduk jauh di NZ, tetap boleh main sepak takraw dgn member2 Msian..kadang2 students dari Oman pun join sama main sepak takraw

Walaupun duduk jauh di NZ, tiap2 hari cakap Bahasa Melayu kat rumah…macam kat Msia jugek

Walaupun duduk jauh di NZ, still boleh tengok orang kat Msia ‘live’ (YM guna webcam etc)…

Walaupun duduk jauh di NZ, bila telefon famili & member2 kat Msia..dengar clear jugek macam duduk kat Msia pulak

Walaupun duduk jauh di NZ, tapi tetap telefon famili kat Kedah at least sekali setiap minggu, macam duduk kat Malaysia jugek, setiap minggu telefon famili..


Gambar famili kami di Kedah (dari kiri: kakak amni, kakngah sarah, najlaa, isteri tersayang diyana, myself, father in-law, mother in-law, adik 'aliah, my mother, my father, kakcik syida, kaktih izah & adik fidah) ..yg xde dlm gmbr..angah mursyidi, dik mat, dik min & kak yang (sebab kakyanglah camerawoman nyer..)


Walaupun duduk jauh di NZ, hati tetap dekat pada famili dan kengkawan…


APA-APA PUN JAUH TU TETAP JAUH
…sebab tu la kami sekeluarga tak dapat balik ke Malaysia untuk hadiri Majlis Perkahwinan adik kami…Mursyidi dengan pasangannya Nor Ruzaini (19 Julai di Johor & 26 Julai di Kedah)…kami mohon maaf banyak2 ye…kalau kami nak balik Msia kena balik 4 orang (kosnya paham2 je la..) lagipun kami baru aje sampai di NZ bulan Mac 2008 yang lalu. Kami doakan semoga majlis perkahwinan berjalan lancar dan diredhai Allah…semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat…Mursyidi & Nor Ruzaini..

Kepada saudara mara kami yang bakal/telah mendirikan rumah tangga dan bertunang tahun ini (Apit, Balqis, Miliki, Wiyah, makteh eja, mak uda leha…), kami juga mendoakan semoga majlis berjalan lancar dan berbahagia dgn pasangan masing2 hingga ke akhir hayat.