Nuffnang

Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

Sunday, October 9, 2011

Just for you

Salam to all

Today nothing "cerita-ceriti" to put in this entry..but when I read this sweet words in one of the web..I think I want to share with all my friends.... and the most important thing I dedicate this words to my beloved husband...thanks for being with me...

Cinta yang ingin dirasakan
Cinta yang begitu dirindukan
Dimana semua orang sangat menunggu saat itu tiba
Semua berharap segera dapat berjumpa

Cinta setelah nikah

Dimana keberkatan dari Allah
Tercurah kepada sepasang manusia yang telah halal baginya
Cinta yang diridhai, penuh keampunan serta kasih sayang Allah

Cinta setelah nikah merupakan perjuangan

Hujan badai dan gelombang kehidupan datang silih berganti
Jadikanlah perbedaan bukan sebagai jarak yang memisahkan
Melainkan untuk saling melengkapi
Setiap manusia memiliki karakter yang berbeda
Tak ada manusia yang sempurna
Karena kesempurnaan hanya milik Allah semata

Jangan biarkan cinta itu redup, kemudian mati
Tumbuhkan cinta itu karna Allah
Saat engkau tergores luka dan kecewa
Tulislah dihamparan pasir
Agar sirna ditelan ombak kecintaan karna-Nya

Saat kebahagiaan menghiasi
Maka ukirlah dibatu karang
Karna bila badai ombak kehidupan menerjang
Ia akan kokoh dalam naungan cinta-Nya

Maka,
Bila segala cobaan datang menghampiri
Bila badai ombak kehidupan menerjang
Kita selesaikan dengan cinta, sayangku...
Kerana aku mencintaimu kerana Allah...

*Muhasabah Cinta*
(Annisa Mutiara Hati)

Musliyana...

Sunday, April 10, 2011

Syukur...

Alhamdulillah..Syukur padaMU ya Allah......
Rezeki dari Allah..tak kira rezeki ape pun..kita kena bersyukur atas segala rezeki dikurniakanNYA....AMIN....

Syukur kerana kita diberikan kesihatan tubuh badan dan masih bernafas di atas bumi pinjaman Allah SWT, dpt kita jalani tugasana kita seharian..setiap kaki melangkah...bersyukurlah setiap kurniaan ILAHI...

Monday, August 16, 2010

catatan hati

Salam Ramadhan untuk semua...

Sejak bermulanya puasa 12 August yg lalu, saya tiada idea apa yang nak dimasukkan di blog..maaf ye kwn2.
Alhamdulillah..umat Islam di New Zealand menyambut awal Ramadhan pada 12 August, lewat sehari dari bumi Malaysia..dan pada tarikh itu jugalah tarikh yg membawa pengertian untuk saya..dimana saya telah lahir kemuka bumi ini hasil pertarungan mama 29 tahun yang lalu..Mama..tidak terbalas jasamu...Entry kali ini umpama catatan hati anugerahnurani..Tak pernah saya masukkan dalam entry blog kisah2 macam ini..:)

Syukur pada Allah SWT kerana saya masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi pinjaman Allah SWT. dan yang paling bermakna tahun ini ialah hari dimana kami di NZ bermula puasa..Ramai juga kawan2 saya lahir di bulan ini...Selamat Hari Lahir kawan-kawan ( Siti Asiah, Siti Nur 'Aisyah, Lutfiah Natrah dan lain-lain) maaf ye kalau ada yang saya tak ingat...kalau mengikut tahun, sesiapa yang lahir pada tahun 1981, tahun tersebut pada bulan Ogos itu ialah bulan Syawal mengikut kalendar Islam...:).Tetapi untuk tahun 2010 ini ialah bulan Ramadhan..

Bila umur telah meningkat..saya selalu terfikir, adakah amalan saya sudah cukup??Sudah tentu tidak...!!..Bila orang tny apa azam tahun ini..saya tak dapat jawab di mulut..sbb hati saya dah menjawab dalam diam ketika itu...itulah azam saya pada tahun ini...tingkatkan ilmu dan amal...Ya Allah permudahkanlah jalan hambamu ini....lorongkanlah hati-hati kami di jalanmu...Amin....

***********************************
Sebagai ibu dan isteri , dalam urusan kerja seharian..banyak yang kita dapat belajar dan muhasabah dari hasil kerja kita sebenarnya..Walaupun dalam mendidik dan mengasuh anak-anak kecil, banyak yang kita belajar dari mereka sebenarnya..Ketika memasak, membasuh, berjalan dsb. Mama pernah berpesan pada saya ketika saya belum berumahtangga dulu...Semasa memasak, biarlah hati sentiasa berzikir pada Allah..doa pada makanan. Saya cuba amalkan apa yang termampu...Alhamdulillah dgn izin Allah SWT..Abah pun pernah berpesan benda yang sama..Cuma bagi yang sibuk, saya rasa kita boleh berzikir ketika kaki2 kita melangkah..dalam menghantar anak ke sekolah, dalam perjalanan ke university dsb..Ketika memasak, sambil mengacau senduk di kuali...

Saya bukanla org yg "alim" dalam bab ilmu agama ini..tapi tak salah kiranya kalau kita berkongsi ilmu..satu benda yang mudah yang boleh kita lakukakn secara istiqamah..Zikir Fatimah antara yang mudah dan bila2 masa sahaja kita boleh lakukan....

Zikir ini dinamakan Zikir Fatimah kerana diambil dari kisah Fatimah puteri Rasulullah.Fatimah r.a mengadu pada Rasulullah SAW ketika dia sudah penat mengisar gandum dan meminta pembantu pada Rasulullah untuk membantu beliau mengisar gandum. Tetapi Rasulullah menyuruh beliau berzikir "Subhanallah" (sebanyak 33 kali), "Alhamdulillah"(sebanyak 33 kali) dan "Allahuakbar"(sebanyak 33 kali)..InsyaAllah, Allah akan permudahkan urursan kamu..Yakinlah pada Allah..

Wassalam

Tuesday, August 3, 2010

Ahlan wa sahla Ya Ramadhan

Diam tak diam..kurang dari seminggu saja lagi umat Islam akan menjalani ibadah puasa..Salam Ramadhan Anugerahnurani ucapkan untuk semua..tak kiralah yang selalu singgah kat blog ni ataupun yang baru sahaja singgah di blog ni..Blog Anugerah Nurani juga..hanya sebuah blog catatan..pengalaman ketika kami sekeluarga bermusafir di tempat org...

Syukur ke hadrat Allah kerana kita masih lagi diberi kesempatan bertemu Ramadhan karim untuk tahun ini...Entry kali ini..saya just nak sharing sedikit info ttg puasa..jika masih ada yg belum tahu..atau sebagai peringatan untuk sesiapa yg dah tahu..

Apa itu Puasa?

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.. Source : e-zakat.com (click)

SYARAT WAJIB DAN SAH PUASA
 
 
SYARAT WAJIB PUASA
Berakal
Tidak wajib bagi orang yang hilang akal seperti gila dan pitam yang berpanjangan (pengsan)
Akhil Baligh (cukup umur)
Islam
Kuasa berpuasa
Dikecualikan orang sakit yang kurang mampu puasa, orang tua dan sebagainya

SYARAT SAH PUASA
Islam
Berakal
Suci daripada haid atau nifas
Niat
Imsak iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa

FADHILAT PUASA
 
 
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."    
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti." 

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
 




.. Selamat Berpuasa semua..

 

Monday, July 19, 2010

Bunga...

Salam Sya'ban untuk semua...

Mmmm..topik/En3 kali ni bukan nak masak menu bunga..Bunga cengkih ke bunga lawang ke..:)hihi..Tapi saja nak sembang-sembang tentang bunga2 ciptaan Allah SWT di atas muka bumi pinjaman sementara...Sebagai muhasabah diri sendiri yg selalu terlupa...dan nak kongsikan bersama sahabat2 sekelian... (sebelum baca cuba click lagu dibawah-dan sambil membaca entry ini:)Tapi kalau nak click akhir sekali pun tak pe..)


Tetiba bila tengok gambar-gambar bunga , teringat tentang ttg perumpamaan yg sering dikaitan dengan bunga ialah wanita/perempuan/gadis dsb...Betulkah Bunga= Wanita??saya pun tiada jawapannya...Dan selalunya kita mesti bayangkan perkataan bunga ini mesti cantik..dan cantik pula dikaitkan dgn pelbagai benda2 yg cantik seperti perhiasan...

"Allah itu cantik..dan Allah itu sukakan kecantikkan" pepatah Arab ini ialah kata-kata yang saya dengar masa di sekolah menegah dulu..Memang betul, kalau kita nak buat sesuatu..kita cuba buat yang terbaik..sehabis baik yang kita mampu buat...jadi kalau kita nak buat sesuatu yg cantik..niatkan ianya kerana Allah SWT..dan fitrah kita sebagai manusia pun sukakan sesuatu yg cantik..contoh..rumah yang cantik..kereta yang cantik..perhiasan yang cantik..dan sebagainya..."cantik" ini pun merupakan satu perkataan yang terlalu subjektif untuk semua org...contohnya..ada org tengok rumah itu cantik..Tetapi untuk org lain ianya tak cantik..mm..perkataan yang terlalu subjektif untuk kita dapatkan definisi yang sebenar..


Sebagai anak,isteri dan ibu..kita cuba jadi BUNGA yang cantik untuk org-org tersayang disekeliling kita. Contohnya kita cuba jadi bunga yang cantik untuk suami kita...Saya akui..memang banyak dugaan dan cabaran untuk jadi bunga yang cantik ini..Apapun kita mesti berusaha...berusaha hingga ke akhir hayat...
Syurga isteri terletak di bawah kaki suami..syurga anak terletak dibawah kaki ibu... renung-renugkanlah..Jadi kalau yang belum ada suami..letaklah hak cinta dan kasih sayang pada tempat yang sebenarnya...Sama-samalah kita kejar Cinta, Kasih , Sayang dan Redha Ilahi...

Ya Allah berilah kami kekuatan untuk perjalanan kami..
Ya Allah KAU dampingilah kami sepanjang perjuangan kami
Ya Allah permudahkanlah jalan kami..
Amin

 Lagu Hijjaz- PuterikuSayang..untuk sahabat-sahabat semua...
saya suka lagu ni..femes masa zaman-zaman sekolah dulu..:)


Tuesday, July 13, 2010

Selamat Datang Sya'aban

Rejab, Sya'ban dan Ramadhan

Masa terus berlalu cepat meninggalkan kita..Kadang-kadang kita alpa dgn aktiviti seharian..kita leka dgn kehidupan kita..entry kali ni sekadar peringatan buat diri yg selalu terlupa..alpa..dlm mencari kerdhaan Allah..

Ya Allah..jauhilah kami dari kejahilan..jauhilah kami dari kemungkaran..jauhilah kami dari maksiat...
Ya Allah..dekatkanlah hati-hati kami dgn jalanMU..
Ya Allah,ampunilah dosa-dosa kami..tempatkanlah kami dikalangan org2 yg beriman..
Ya Allah..hiasilah hati-hati kami dgn Nur, hidayahMu..dan kasih sayangMU...
Ya Allah..jauhilah kami dari siksa api neraka.

Amin..

Selamat Tinggal Rejab...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Datang Sya'ban...
Ayuh..sama-sama kita tingkatkan amalan kita...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ramadhan yg sedia menanti...
Dengan harapan kita akan bertemu lagi Ramadhan tahun ini..hayati kemuliaannya dgn penuh keinsafan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Reminder buat sahabt2 yg tinggal puasa..ganti cepat2..masa dah terlalu singkat...jgn lengah2 lagi..
buat sahabat2 yg dah habis "bayar" puasa..jom kita puasa sunat...

Wednesday, May 19, 2010

Petua Mencuci Hati


Entry kali ini berkisar tentang hati... Oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

Source: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Sunday, January 10, 2010

Ibu Oh Ibu

Lama betul tak bersembang2 di blog ni...
N3 ni macam nak muhasabah diri jer...saja sembang2 di blog..

IBU-OH-IBU

Ibu oh Ibu...
Kau Serikandi...
Penat jerihmu tidak terperi (tak tahu betul ke tak part ni)
Sanggup bersusah dan menderita....."


Bila teringat lagu ni memang diakui memang susah menjadi ibu...
Bila teringat anak-anak..semuanya tanggungjawab...
Zaman ibu2 kita dahulu yang ada anak 8,10,15...
Tak dapat bayangkan macam mana waktu harian@tugasan diorg
Kita ni yang ada anak 2, 3 je buat sikit dah rasa macam tak larat..
Padahal sekarang bnyk teknologi yang membantu (mesin basuh, Dryer, mesin menguli etc)
Adakah kita terlalu dimanjakan...
Tapi ianya memudahkan....hihih

Kadang2 bila dah ralit dgn kerja2 kita..
ter"lewa" sikit dgn hal anak-anak...

Selalunya...
Anak-anak lebih rapat dgn ibu daripada bapa
Anak-anak lebih berkongsi dgn ibu drpd bapa


Ya Allah..bantulah kami kaum Hawa ini
untuk menjadi ibu-ibu yang mithali untuk anak-anak kami
untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah untuk agama bangsa dan negara
Amin..

Monday, July 27, 2009

Mengapa dan kenapa???

Mengapa dan kenapa harus bermuka-muka??

Actually tajuk ni memang dah lama saya ingin ke"utara" kan...Alhamdulillah kali ini dapat saya kongsikan bersama-sama sahabat sekelian..Penulisan yang agak berbeza dari yang sebelumnya..merencanakan apa yang bermain di kotak minda..topik yang perlu dibincang dan tidak perlu dipandang remah..

Kenapa harus kita bermuka-muka??talam dua muka??tak de muka?Jangan bagi muka?
Mengapa harus dlm hidup keadaan sebegini terjadi..
Mengapa harus kita hidup dalam keadaan sebegini?
Kenapa perkara ini perlu bila kita bermasyarakat??

Saya lontarkan apa yg bermain di fikiran terhadap suami tersayang..
"abang, kenapa kat mana-mana pun ada situasi hidup bermuka-muka ini??"..
Kata Si suami yang tak pernah-pernah jemu menjawab persoalan si isteri (yang memang selaunya bnyk sangat tanya itu dan ini)
" sayang, kat mana-mana pun mesti ada benda ni.walaupun ini bukan benda wajib dalam sesuatu organisasi tapi bila org ada "benda" ni..cepat naik pangkat...orang atasan suka..ala-ala permainan politik dalaman pun ada..Ntahla..kenapa mesti ada situasi sebegini..Tapi ada juga org yang tak de "benda" ni boleh naik pangkat"
..katanya..
Saya berkata lagi pada suami
" nanti kita jgnlah jadi org yg macam ni (yg perlu bermuka-muka dsb untuk hidup)...sebab sayang rasa, tak aman kalau hidup dlm macam ni..hati tak tenang buat ape..Mungkin kita pernah buat silap dalam hidup, tapi kita perlu bertaubat di atas segala kesilapan kita.."
Pengalaman ini boleh mematangkan dan menginsafkan diri..Pengalaman yang juga rencah kehidupan kita diatas bumi pinjaman Allah swt..

Alhamdulillah, jika kita jadi org yang diatas...Kita terpilih oleh Allah SWT untuk menjadi nahkoda sesebuah organisasi...walaupun kita menjadi org di bawah..jangan rendah diri..berkerja keraslah kerana kita juga pilihan Allah untuk menjadi orang di bawah..Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita...Walaupun kita jadi org atas di dalam sesebuah organisasi..jadilah tgn yg memberi...rendahkanlah diri..kerana kita sama sahaja di atas muka bumi...Makhluk Allah, Khalifah Allah yang perlu berbuat kebaikan untuk menjaga amanah Allah SWT.


Sekadar muhasbah diri sendiri..Sucikan hati diri sendiri..Menginsafi diri sendiri...agar hidup kita lebih tenang dan diberkati ALLAH...pada saya keadaan hidup yang bermuka-muka ini boleh merosakkan ukhuwah dan sebaginya..boleh merosakkan jiwa..


Ikhlaskan diri dalam beramal??adakah ia sebenarnya susah?? "Kalau kita rasa susah, kita cuba buat sedikit demi sedikit..kuatkan hati..InsyaAllah anda boleh lakukan"Terngiang-ngiang kata-kata ustazah masa ceramah di Multi Purpose Hall dulu..

Pendek kata...hidup kita dalam dunia ini tak selalunya indah..langit tak selalu cerah..malam suram yang tidak berbintang..itulah lukisan alam..(antara lirik-lairik Nasyid Hijjaz -lukisan alam)..Kalau kita buat salah.kita ada masa untuk berubah..kalau kita rasa hati kita susah tidak tenang...bersihkan hati dengan berzikir..InsyaAllah..Allah sentiasa bersama-sama kita



Akhir kata..salam Sya'ban untuk semua...
Bicara hati anuherahnurani~ July 2009~

Wednesday, July 16, 2008

Rezeki

Tak ada berita yang menarik sangat untuk dikisahkan...

Just sharing memorable moment... gambar anak-anak..ketika cari bangunan...sebenarnya we all cari ESOL tak jumpa...ESOL tu one of the community service yang menyediakan English Tutorial...then..we all cari punya cari..tak jumpa..until masa and duit parking dah tamat..baru jumpa...Alhamdulillah...nak dijadikan rezeki kan..masa "lost" tue sempat lagi snap gambar putera-puteri tersayang.
..

Actually masa we all sampai dimuka pintu ESOL tue..person in charge are not around.."will be back in 15 minutes"..stated at the door..so frust jugaklah..sebab dahlah sesat...cari bangunan tak jumpa..then masa parking pun dah habis...so saya ajak hubby balik ajelah..nnt dtg semula..tak der rezeki kot...may be next time...


Then we all naik kereta balik...hubby drive keluar dari kawasan parking...masa lalu di jalan depan ESOL tue pintu terbuka.."abg, pintu dah buka."...kebetulan..parking depan mata jer..dekat jer dengan ESOL..Alhamdulillah..rezeki..so hubby park kete.."gi lah..tanya..pastu isi borang ke ..anak-anak biar dengan abg.."hubby suruh..then saya pun pergi seorang..anak-anak ditinggalkan di kereta....


Alhamdulillah..selesai isi borang di ESOL..and interview ...my class will be begin on Thursday..only 2 hours per week..the best thing what i want to highlight here..kebanyakan kelas-kelas di sini..boleh bawa anak-anak..and some of them free of charge...so mothers can do whatever they want without leaving their children with anybody or somebody...

Berbalik kepada perkataan "rezeki"...Kami bersyukur degan rezeki yang dikurniakan Allah swt kepada kami...dan semoga keberkatan Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami sekeluarga...Apa yang dapat saya ingat ketika belajar (sekolah menengah..)Ustaz ada menyatakan..bahawa..rezeki memang telah ditentukan Allah swt tetapi kita juga kena berusaha...Jika kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh...
tetapi apa yang kita pinta..tak dapat...maka kita kena redha...bahawa itu bukan rezeki kita...Bukan niat saya untuk ber"tazkirah" di sini..cuma sebagai mengingati diri...ketika di tempat orang...sebagai anak perantau...Kadang-kadang bab rezeki ni..perkara kecil pun kita boleh nampak...macam parking kereta tadi contohnya...perkara simple jer...ok tutup bab tue..he..he..

setakat ni jer coretan musliyana kali ini..till meet again..with new story..wassalam

NoTes:

These two pictures below not at the "missing location..."...bersiar dengan anak-anak di waktu petang..sambil menikmati cahaya matahari..walaupun winter...sebab dalam rumah sejuk lagi dari luar..so..kalau dah ada cahaya matahri..dalam ertikata panas...jangan lepaskan peluang ni...


najlaa with her doll stroller and najmi..