Nuffnang

Showing posts with label Ramadhan dan Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan dan Aidilfitri. Show all posts

Wednesday, September 9, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

buat semua
sahabat-sahabat
bloggers,sahabat2,
adik-adik dan
pengunjung anugerahnurani



Jari disusun, maaf dipinta
andai ada terkasar bahasa
terlanjur bicara...

Ikhlas Daripada:
Anugerahnurani 2009

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan Buat Semua

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini lebih bermakna

Salam kemaafan dari saya
andai ada salah dan silap
atau terkasar bahasa


~anugerahnurani~


Monday, October 6, 2008

Sambutan Raya di Malaysian High Commission, Wellington

Ahad, 5 Syawal

Hari ini merupakan hari sambutan Hari Raya di Malaysian High Commission di wellington. Our family tumpang kereta Bro Jaafar and Sis Feeza untuk ke welly kali ini. Sebanyak 6 family yang pergi ke Welly..(Bro Khairul and family, Bro Ziad and family, Bro Izzat and family,Bro Ezani and family,Bro Jaafar and family and my family)..Jam 10.30 pagi kami bertolak dari Palmy...

Hari ini juga merupakan hari bersejarah buat Najmi...Pada 5 Syawal yang lepas Muhammad Najmi selamat dilahirkan di Hospital Besar Sungai Petani, Kedah..That means Najmi setahun hari ini menurut kalendar Islam....

Berbalik kepada cerita ke welly tadi....2 jam lebih perjalanan, kami pun sampai ke destinasi pertama...rumah Adi..one of staff at Malaysian High Commission..Untuk makluman..jika negara-negara komanwel, kedutaan dipanggil High Commission..tapi untuk negara-negara bukan komanwel dipanggil Embassy...

kanak-kanak bergambar di rumah Adi

bergambar kenangan di luar rumah Adi yang viewnya amat cantik...
Sesudah menunaikan solat Zohor kami pun bertolak ke High Commission...kiranya agak lambat juga kami sampai...di Majlis tersebut, makanan disediakan di 3 tempat yang berbeza, tingkat atas sekali, tingkat bawah sekali dan di luar...Kebanyakan postgrads makan di bahagian bawah...

Bergambar kenangan..sebahagian Malaysian Palmy and Malaysian Welly..
(perempuan sahaja)

Bergambar kenangan dengan Adi and his wife

Bergambar kenangan dengan family Sis Mas dan Sis Bell
(Kami kenal dengan keluarga Kak Mas and Kak Bell ni di Sakura Festival di IPc yang lalu)
Alhamdulillah..ukhuwah berpanjangan

Bergambar kenangan..sebahagian Malaysian Palmy and Malaysian Welly..
(lelaki sahaja)

Selesai makan dan "bersembang-sembang" berkenal-kenalan dengan Malaysian kat High Commission, kami pun bergerak pulang ke Palmy...Tapi rombongan balik ke Palmy kali ini hanya dua kereta (kereta Bro Ziad and Bro Khairul) berbanding masa pergi 4 kereta...Kereta kami sempat ke Lower Hutt Welly...kereta Bro Ezani ke bandar Welly...

Bergambar kenangan di westfield Shopping Mall di Lower Hutt..
(Berbaju raya di Shopping mall NZ tau...)

Sunday, October 5, 2008

Gotong-royong sempena majlis sambutan Hari Raya

Jumaat, 3 Syawal....

Malaysian di Palmy (undergrad dan postgrad) bergotong royong untuk majlis sambutan Hari Raya besar-besaran di Massey University pada hari Sabtu hari berikutnya...So pagi tu semua sibuk bergotong royong memasak dan lain-lain..Antara menu di majlis tersebut:-

1. Lontong..diketuai oleh Sis Nina
2. Kuah Kacang..di ketuai oleh Sis Lela
3.Rendang..diketuai oleh bro Ziad
4. Sate..diketuai oleh adik undergrad
5. Nasi Himpit..diketuai oleh adik undergrad
6.Ketupat...diketuai oleh adik undergrad



....Kaum ibu...


...Kaum Bapa...goreng ayam



Memang meriah rumah Bro ziad dan Sis Ila...yang merupakan markas bergotong royong...

1 syawal & 2 Syawal....raya di perantauan

Lama betul blog ni tak ber"update"...Alhamdulillah, kali ini saya berkesempatan meluangkan sedikit masa yang ada masukkan cerita terbaru di entry kali ini..


Some of Malaysian yang datang ke rumah

Rabu, merupakan 1 Syawal di New Zealand, so sama lah hari raya dengan Malaysia...Umat Islam di Palmy ni menunaikan solat Hari Raya di Islamic Center...Lepas menunaikan solat hari raya, kebanyakan Malaysian berkunjung ke hospital...sebab menziarah anak Bro Zabidi dan Sis Syam yang dimasukkan ke wad beberapa hari sebelum Raya...Dugaan Allah swt buat keluarga beliau dan Alhamdulillah baby Nadzif dah sihat dan dibenarkan pulang ke rumah pada 4 syawal.


Wajah-wajah ceria di Hari Raya...

Selesai program di hospital, program kunjung mengunjung pun bermula....Bermacam juadah "Malaysian" di Palmy ni buat...rasa seakan-akan berhari raya di tanah air..ada Lontong Johor, ada Lontong Kelantan, Soto nasi dan semestinya rendang....Alhamdulillah...rumah kami masak Nasi himpit dan kuah kacang sama seperti menu di Kampung apabila tibanya Syawal..dan menu berat " Nasi Kari Dhal"..

Hubby's friend from Germany..Jurgen

2 Syawal, hubby menjemput member dari Pakistan untuk makan tengah hari bersama.

Hubby's friend from Pakistan..Fayyaz


Monday, September 29, 2008

Our "biskut and kek raya"


Alhamdulillah, selesai buat kuih a.k.a biskut raya...hari ni kiranya dah stop kuih raya ni...tinggal kuah kacang and nasi himpit jer..cuma request dari hubby tersayang belum buat lagi.."biskut batik chocolate"...made from biscuit Marie..nasib baik yang ni senang ajer..


Note to my adik-adik:

Salam sayang buat adik-adik kaklong..walaupun tak der projek membuat kuih raya macam selalu@tahun-tahun lepas..Alhamdulillah..I can make it...Tapi biskut raya "Cornflakes Madu" resepi original kakyang, kaklong edit skit ekk...tu projek biskut raya Kaklong dgn Najlaa tahun ni....he..he..Kakngah nanti boleh cuba buat kek Lapis Oreo kat mama and abah ok..

Ok..Semoga bergembira buat keluarga disana..termasuk my dear in-law family...and adik2 ipar tersayang..



Ok..Selamat Hari Raya untuk semua...kedua-dua Mama(Mama Nora'in dan Mama Liza),kedua-dua Abah (Hj. Mohammad dan Hj.Abas)..dan Adik-adik semua...Kakngah Sarah,Pakngah Syidi dan ister-Noni,Kakyang Hajar,Makcik Syida dan Makcik Amni,Paktam Madd,Paktih Amin dan Maktih Muizah, Maksu 'Aliyah dan Maksu Fida....

Selamat Hari Raya buat semua sahabat-sahabat..
dan juga Selamat Hari Raya buat seluruh umat Islam..
Maaf Zahir dan Batin

Saturday, September 27, 2008

Demi masa....

Demi masa...Akhirnya Ramdhan kini kian meninggalkan kita. Adakah Ramadhan kali ini betul2 menginsafkan diri kita semua...??Tepuk dada tanya hati..Sebagai mengingati diri...Rebutlah peluang-peluang terkahir untuk diri kita semua..

Actually dah 3 hari tak sempat nak upload cerita2 terbaru kat entry blog ni...he..he..demam kuih raya pun ada...Khamis, seperti biasa sibuk ke kelas, Jumaat tetiba pula internet nak upload and saving kat entry blog ni ada problem...Sabtu Malam baru dapat duduk lama-lama depan laptop ni..

Khamis, There was a "Social Day" at my ESOL class. Maksudnya hari ni tak belajar 100% sebab christine buat game day. Then lepas habis main, ada makan2 and semua org bawa sedikit makanan. (For Muslims, we are still fasting).Alhamdulillah, kali ini dapat saya uploadkan gambar2 rakan sekelas...



With Christine, my tutor

"Everybody are playing game"

"Everybody are playing game"
(Sis Lela, playing game with Christine group)
My playing group
(From Left-Nazma from Pakistan,Isabella from Burma,Hoa from China
and red snow cap-Najlaa my daughter)


Picture below are my ESOL friends..


With Lisa from Beijing and Hillary my second tutor

Sekian untuk entry kali ini....with lots of luv~diyana~

Lagi kad raya....and penghargaan..

Kad raya ni dari Siti dari Perth,Thanks for this card
(below is Siti's family picture)



Kad raya yang cute atas ni dari Adik Wawa...Thanks for this card


This last kad raya, from Suzi Adelaide..and this appreciation from Suzi too..
(Thanks for both cards, sorry terlambat ambil..ampun ekk..)

Tuesday, September 23, 2008

Puding Roti Nescafe


Here we come..puding roti lagi...he.he.kali ni..Puding Roti Nescafe chocolate chips...

Bahan-bahan:

Roti 8-10 keping (roti ape pun tak pe)
Lebih elok jika dicampur dengan roti burger atau long bread (untuk di susun di bahagian atas)
(sebab kulit roti burger lebih licin)
sedikit bancuhan Nescafe (saya guna setengah cawan)
Gula 3/4 atau 1 cawan
Fresh Milk 1.5 cawan
Cream 1 cawan lebih kurang 300ml
Telur 2-4 biji (kalu saiz besar 2 biji pun dah cukup)
sedikit mentega-disapu pada bekas pembakar dan pada roti
sedikit gula kastor untuk ditabur dibahagian atas
sedikit chocolate chips/chocolate drops untuk taburan

Cara-cara:

1. Blander cream selama beberapa minit...agak kembang sedikit
2. Masukkan Fresh milk, telur dan gula. Blander lagi..sampai naik berbuih..
3.Di dalam bekas pembakar, sapukan mentega dan sapukan juga mentega di atas permukaan roti. sebelah sahaja
4. Susun dibahagian bawah roti biasa (dipotong empat)dan disiram dengan sedikit bancuhan air Nescafe..Kemudian susun lagi roti yang juga dipotong empat dibahagian atas..(dibahagian atas kalau guna roti burger atau Long bread lebih cantik sebab akan lebih berkilat)...dan siram baki air bancuhan Nescafe dibahagian atas
Note: kalu guna roti burger potong dua jela dari bahagian atas roti..kulit jangan dibuang.
5.Kemudian siram sedikit demi sedikit air bancuhan blander tadi keatas permukaan roti.
Selepas habis disiram (kita akan nampak sedikit corak-Nescafe dan susu)
(note: kalau suka nescafe.letaklah lebih sedikit air bancuhan nescafe tapi jangan bnyk sgt..takut berair)
6.Saya suka siram sekali dengan buih2..ini bergantung pada kesukaan anda
7. Tabur chocolate chips atau chocolate drops dan ekmudain sedikit taburan gula kastor..
8. Bakar dengan suhu lebih kurang 180 -190 darjah celcius selama 40 minit
(Tapi masa dah di dalam oven 30 minit kena sentiasa tengok oven) Sebab tempoh masa bergantung pada oven masing2...

Bila dah masak, jangan potong dulu.Biarkan sejuk untuk sejam. Takut terlampau lembab, tapi air lembapan ini sedap (sebab bercampur cream)dan ia seakan2 kuah untuk puding roti.ala-ala koktail..


Kek Lapis Oreo

Sebenarnya dalam hati, dah lama teringin nak cuba buat kek lapis..Sebab, selalu kebanyakkan kek lapis adalah kukus..Lepas menziarah DAPUR TANPA SEMPADAN Mat Gebu..yang penuh dengan pelbagai kuih muih yang menarik...Ternampak kek lapis mat gebu yang Sememangnya menarik untuk dicuba..Sebab bukan KUKUS...Tapi saya buat setengah adunan lebih sedikit dari resepi En Mat Gebu kita..bukan apa..saya budak baru belajar...and baru nak mencuba..Ni first time nak buat kek lapis ni...

Bahan-bahan:
260 gram mentega
6-7 biji telur (kalau saiz kecil)
100 gram gula kastor
50-60 gram biskut marrie diblender halus
25-30 gram serbuk santan (saya guna dessicated coconut yang halus)
50-60 gram susu pekat
90-100 gram tepung gandum
Biskut Oreo (dibuang cream)-saya guna sebungkus setengah yang kecil


Cara-caranya:
1.Putar mentega dengan gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu. Putar lagi
2.Speed medium, masukkan tepung gandum, biskut marrie kisar, serbuk santan dan susu pekat manis.
3. Kacau hingga sebati
4. Bahgi kepada 3 adunana (buat 3 kaler sesuka hati..)
5. Letak 4 sudu besar adunan dan bakar dalam oven "GRILL"....suhu 180 darjah celcius selama 5 minit
6. letakkan lapisan warna seterusnya..dan Grill lagi 5 minit hingga semua selesai

Note: Biskut oreo letak lepas lapisan yang kelima..kalau resepi mat gebulah..
saya letak jer dekat2 nak habis and atas sekali..

Tapi untuk lebih detail resepi ni.kena jenguk dapur Mat Gebu lah...

sebenarnya ..praktis nak buat raya nanti kek lapis ni.

Monday, September 22, 2008

Duit Raya dan KaD Raya dari Akak

Siapa kata dah kahwin pun tak boleh dapat duit raya???..he.he..walaupun bukan reality..tapi dikira duit raya jugak..walaupun kad raya maya...Anyway..thanks untuk AKAK diatas kiriman kad raya dan duit raya maya ini..Akak dah ambil kad raya saye???



Inilah duit raya yang dimaksudkan...RM100 tue...bnyk juga duit raya pertama yang saya dapat ni.Terima kasih sekali lagi...

P/S: Akak, diyana dah ambil kad ekk..TQ

Saturday, September 20, 2008

Donut bersalut coklat

Donut bersalut coklat, adalah kuih yang kami bawa sempena kenduri kesyukuran IFTAR semalam. Saya start buat donut ni pukul 4.00 petang sebab lepas balik dari Sakura Festival, kami tak balik rumah lagi...sebab saya terlupa yang kami sekeluarga tak ada lagi "food container" yang nak letak kuih sempena Syawal nanti..dalam erti kata lain "BALANG KUIH RAYA".Saya beli 4 containers sahaja..then terus balik rumah..

Sebenarnya dah lama teringin nak buat donut cegini...teringat Dunkin Donut kat Malaysia...my favourite..Alhamdulillah..berjaya juga..Ok..resepi yang saya nak tulis dibawah main agak-agak je..Maaf sangat-sangat....

Bahan-bahan:

(*sukatan ini untuk 40 biji donut-small size*)

Tepung gandum (*saya guna 2.5 cawan)
Tepung naik sendiri (* saya guna 1 cawan)
Susu pekat (*2 sudu besar)
sedikit gula
sedikit garam
yeast (mauripan sepeket-11gram)
dried yeast biasa (*1 sudu kecil)
mentega (*saya guna 2 sudu besar)
Telur (*sebiji)
susu segar yang telah di "warm"kan (*saya guna 1 cwn)-agak-agak masa menguli utk buat doh

Bahan-bahan salutan coklat:

(saya tak gunakan double-boil)

Susu pekat (setengah tin)
mentega (*saya letak semalam-agak2 dalam 50 gram)
serbuk koko @ Cocoa powder (agak-agak dalam 5 sudu besar atau 1/3 cawan)


Cara-caranya:

1. Rendamkan yeast (kedua-dua yeast)dalam sedikit air susu segar yang di warmkan..(balance air susu akan digunakan semasa menguli adunan doh)
2. Dalam mangkuk besar masukkan (tepung gandum, tepung naik sendiri, gula, garam,telur, mentegadan susu pekat. Gaul mesrakan
3. Bila rendaman yeast dah naik sedikit buih, massukkan kedalam mangkuk besar tadi..Gaul semuanya dan masukkan air susu yang di warmkan sedikit demi sedikit.
4. Uli dengan perlahan-lahan sehingga menjadi doh. (Saya ada terbaca rahsia donut menjadi gebu- katanya :" uli adunan donut tadi sehingga tiada satupun tepung lekat di tangan kita dan sehingga adunan menjadi lembut") So saya ikut jelah...Alhamdulillah..menjadi
5. Kemudian buat doh besar tadi menjadi kecil -kecil (untuk dibuat donut) dan biarkan sekejap.. sampai doh tadi naik sedikit ...Agak-agak..dlm 30 minit.
6.Panaskan minyak, buat lubang di tengah adunan doh kecil tadi dan goreng donut tadi.
7. Kemudian "golekkan" donut yang telah digoreng di dalam gula
8. Kemudian celupakn donaut yang telah digaul gula tadi di dalam salutan coklat yang telah dimasak.

Cara memasak salutan coklat:

1. Masukkan semua bahan salutan tadi (mentega,susu pekat dan serbok koko)
2. Kacau hingga sebati dan bahan-bahan tadi menjadi pekat

Note: Salutan coklat tadi tidak boleh dibiarkan lama, sebab cepat beku. Masak salutan coklat semasa gorengan donut dah tinggal sikit untuk digoreng. So semasa ini..memang dua kerja berjalan serentak. (menggoreng dan mencelup donut yang telah di "golekkan" di atas gula tadi ke dalam coklat...setelah celupkan donut tadi kedalam coklat, taburkan hiasan)

Friday, September 19, 2008

Kad raya maya

Dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, anugerahnurani ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat berpuasa dan selamat menyambut syawal yang bakal menjelang tak lama lagi...

" jika ada rindu yang terbuku..
ucap salam dikirim...
tanda mengerat ukhuwah...
jika ada salah dan silap...
jari di susun ampun maaf dipinta..."

sumber: www.iluislam.com
Photograph & Design by: annamir@putera.com

Buat semua anak perantau...seperti anugerahnurani ini....sama-samalah kita hayati bait-bait nasyid di bawah..(from Mirwana)
"Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..
dimana arah kita
Renungilah..
hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadaNya..
ini kembara kita"

note: kad raya maya ini ditujukan untuk semua sahabat-sahabat dan pengunjung anugerhnurani, (boleh untuk dicopypaste..sekali dengan sumber asal,dan diletakkan di blog masing-masing)

Selamat Hari Raya




Juadah berbuka semalam

Semalam kami sekeluarga berbuka simple aje...Murtabak and burger..sebenarnya dah kehabisan idea nak masak ape..Jadi berbuka ala kadar aje..


Murtabak ni kegemaran hubby. Saya cuba juga buat..walaupun tak pernah buat pun sebelum ni.Alhamdulillah menjadi. Saya namakan baby murtabak bukannya ape..sebab kecik sangat. Guna kulit popiah yang paling kecil kan..Resepi ni saya jengok dalam dapur ummi.


" Baby Murtabak" yang dihidangkan bersama kari daging

Chicken Pie Cinta Ramadhan



Bahan kulit pie:

Tepung gandum 1.5 cawan

Tepung naik sendiri 1.5 cawan
Garam 3 cubit
Gula 3 cubit
Mentega/butter (agak-agak jer..kdg2 i guna 2 sudu..kdg2 i guna 3 sudu)
air (untuk renjis-renjis masa menguli)
wrapping paper


note: kalau guna tepung gandum seluruh adunan, tambah 1.5 sudu baking powder.

3-4 ketul ayam ambil isinya( kalau bnyk..rasa ayam bnyk)
1 biji bwg besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dimayang halus-untuk menumis)
2-3 biji kentang (dipotong dadu)
1 kiub pati ayam
1 biji carrot (dipotong dadu)-suka hati..dadu pun tak per..panjang2 pun tak per..
2 sudu tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
ada resepi letak mixed vege... skit

(lain2 sayur kalau nak letak ikut citarasa anda..)

cara masak inti untuk chicken pie

1.tumis bwg putih+bwg besar yang dadu tadi, sampai naik wangi..masukkan ayam..
2.Bila ayam dah masak,masukkan kentang,carrot,and lain2 sayuran yang anda nak letak...kacau hingga sebati..
3.pastu letak air skit...masukkan kiub pati ayam..
4.rasalah skit..kalau rasa garam tak cukup(from kiub pati ayam)tambahlah..
5.pastu..letak tepung jagung yang telah dibancuh air skit..
6.biar sampai likat..pastu tutup api..ketepikan..


Mula-mula masukkan tepung,gula dan garam...then, masukkan butter and air...perlahan-lahan uli tepung hingga menjadi doh..Lepas menjadi doh wrap tepung tadi dgn wrapper then masukkan dlm peti ais 20 minit..

"Roll" 2/3 drpd doh tadi (setelah dikeluarkan dr peti ais) supaya melebihi bekas yang kita nak guna untuk buat pie...kemudian letakkan dlm bekas yang nak dibuat pie..Masukkan inti chicken pie yang telah dimasak tadi kedalam kepingan doh yang telah di "roll"kan...(make sure tepung yang di"roll"kan melebihi bekas sebab nanti kita akan letakkan kepingan satu lagi atas dan tepi bahagian bekas akan di "ketipkan")

"Roll" doh yang tinggal (yang balance tadi), buat garisan garisan dengan pisau (mengikut kreativiti anda)dan letakkan diatas permukaan bekas dan ketipkan dengan jari..(ala..tekan skit2..bagi kedua-dua permukaan melekat jer).

Bila dah ketipkan kedua-dua kepingan, gunting supaya kedua-duanya sama dan tekan dengan pisau supaya menjadi corak di sekeliling permukaan pie. Hasil lebihan guntingan, bentukkan menjadi corak hati, gunting dan letakkan di atas permukaan pie.

Sapukan telur dan
bakar dengan suhu 200*C selama 30 minit
(bagi nampak telur tu golden jer atas tue)
.



Wednesday, September 10, 2008

Iftar Ramadhan

Dulu masa di tanah air..bila tiba bulan Ramadhan, banyak bazar-bazar yang selalu dikunjungi..he..he..best pulak..sbb selalu tukar-tukar bazar masa tu..Maklumlah, masa tu masih bekerja dan pada Ramadhan yang lepas tengah sarat pragnentkan Najmi (sebab Najmi lahir 5 Syawal)..Di Johor, ada sejenis air yang amat popular dikalangan masyarakat setempat sana. AIR KATHIRA..berwarna hijau muda..dan air tu merupakan favourite saya dan hubby...tapi bila dah jadi anak perantau ni..tak leh jumpa la Air Kathira tu..hubby pernah bertanya dengan seorang jurujual yang kedainya menjadi "pot kami membeli"..

Hubby: Bang, Air Kathira ni buat macam mana
Abg Air Kathira : bayar RM 500 dulu, sebab saya belajar di Singapore cara nak buat air kathira ni..kos nya RM 500
Hubby : (senyum je lah lepas tue)

So Resepi Air Kathira masih menjadi rahsia. Tup-tup di TV esok ada siaran menunjukkan demo cara nak buat Air Kathira...rupa-rupanya Air Kathira ni dibuat menggunakan buah-buahan..di blender semua sekali..termasuk buah kurma..tapi macam mana wrn Air Kathira jadi hijau pun saya masih tak tahu.sbb tgok siaran tu half way je...he.he.sorry..kalau ada sesiapa yang tahu nk buat Air Kathira ni..bgtaulah ekk..

Ok berbalik bab menziarah Bazar Ramadhan ni..so banyak kuih-muih yang tak pernah buat langsung pun di Malaysia..Contohnya kuih lopes ni..ingatkan susah..sbb nak kena guna daun pisang dan pelbagai...dok overseas ni menjadik pulak..he..he..hubby pun puji..leh buat berniaga la mcm ni..This is my first try buat Kuih Lopes..



Alhamdulillah menjadi jugak kuih Lopes ni..Air Gula taida di dalam gambar

Ni gambar hasil kuih Lopes hasil dari melawat DAPUR SUZI dan UMMI ( dua dapur ni antara dapur kegemaran yang saya jengok bila dah "blank" nak bersilat apa di dapur saya hari ni..) Tapi saya tak menggunakan resepi asal, sebab saya tanak pakai periuk nasi je and tak guna santan.

Juadah berbuka puasa semalam
Ni gambar kuih kedua , yang saya tak pernah buat langsung pun di Malaysia..CUCUR BADAK. Resepi asal saya baca di dapur UMMI tapi buat kesekian kalinya saya edit lagi resepi..saya guna potato je @ubi kentang..tapi saya letak gula semasa adunan dengan tepung. sebab kalu pakai ubi betul manis skit..Alhamdulillah menjadi lagi kuih kedua yang untuk percubaan kali pertama. Intinya pun manjadi mengikut rasa yang saya kehendaki.

Juadah berbuka semalam " Puding Roti Berkoktail"

Kuih ketiga ini ialah Puding roti berkoktail..memang kegemaran saya pun buat puding roti ni...tapi kali ni lain skit..ada koktail..resepi ni pun saya ambil dari dapur ummi. Puding roti berkoktail ni ada kuah yang kena siram atas puding roti ni bila nak makan.Untuk gambaran jelas, ziarahlah dapur Ummi.


Last juadah berbuka semalam, "Bihun Goreng Tom Yam"
Selalu buat bihun biasa je..

Disebabkan hari sebelumya buat Tom Yam dan Tom Yam tak habis lagi..akhirnya juadah berbuka semalam ialah bihun goreng Tom Yam..Tapi saya letak kicap skit supaya Najlaa tak pedas sangat bila nak makan.

P/S:Saya tak boleh tulis panjang-panjang entry kali ni..Nak siap-siap ke kelas ESOL.
~the end~