Nuffnang

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Monday, March 30, 2009

Tag dari Lady Z

Tag ni dah lama sebenarnya..biasalah..saya ni bab tag-meng"tag"..lmbt skit..sorry yer sis..Petua yang diminta..

Ada satu petua yg saya baca di internet...Masa anak-anak anda tgh tidur-tidur ayam(tgh lali nak tidur) bisisk kat telinga dia..apa yang kita nak kata, apa yg kita harapkan kat dia..contohnya..
"Kaklong kena jadi anak yang solehah tau, dengar cakap mama abah,jadi Good girl, Tak boleh cakap kasar2 dgn orang...and etc"
InsyaAllah apa yg kita ckp dia akan masuk ke telinga..diserap ke otak..dia akan mengangguk-anggukkan kepala padahal matanya terpejam..Saya ada buat kat anak saya masa dia 2 yrs..and nmpk keberkesanannya..Tapi sejak kebelakangan ni saya sering alpa benda ni...he..he..

selain petua...saya dapat ni dari one of my friends..saya rasa agak berguna untuk kita sebagai parents..

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2.
Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
4.
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan
diri mereka beban.
8.
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.
Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.
Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.
Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda


Monday, March 2, 2009

Ten things we waste

Setelah lama menyepi..akhirnya mood ber"blogging" hadir kembali..bukannya apa..selalu kalau saya menyepi tu..selalu baca blog2 org...terjah dapur2 dengan resepi2 terbaru...cuba resepi2...baca semua email from my Alumni Uni " ReachCircle"..yang berlambak-lambak memenuhi inbox email..he.he..banyak tazkirah-tazkirah, perbincangan dan lain-lain..Dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi email from ReachCircle kali ini..kiriman ahli Alumni..thanks..

Just sharing this..untuk kita fikirkan dan renungkan bersama...bukan untuk ditujukan mana-mana individu..buat renungan diri sendiri terutamanya...

Ten Things We Waste..

1. --Our Knowledge-- Wasted by not taking action with it.

2. --Our Actions-- Wasted by committing them with out sincerity.

3. --Our Wealth-- Wasted by using on things that will not bring us
ajr. We waste our money, our status, our authority, on things which
have no benefit in this life or in akhirah.

4. --Our Hearts-- Wasted because they are empty from the love of
Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace
and contentment. In it's place, our hearts are filled with something
or someone else.

5. --Our Bodies-- Wasted because we don't use them in ibadah and
service of Allah

6. --Our Love-- Our emotional love is misdirected, not towards Allah,
but towards something/someone else.

7. --Our Time-- Wasted, not used properly, to compensate for that
which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds

8. --Our Intellect-- Wasted on things that are not beneficial, that
are detremental to society and the individual, not in contemplation or
reflection.

9. --Our Service-- Wasted in service of someone who will not bring us
closer to Allah, or benefit in dunyaa

10. --Our Dhikr-- Wasted, because it does not effect us or our hearts.

Thursday, January 1, 2009

Salam tahun baru 2009

Salam Tahun Baru buat semua..
Apa azam kita???
Semoga apa yang diazamkan oleh kalian semua dipermudahkan dan diberkatiNya....
Semoga lebaran baru 2009 yang mengiringi kita..dapat mendekatkan kita kepadaNya..

Sebagai memenuhi entry kali ini dan berkongsi ceita..cerita dibawah adalah apa yang baru saya baca di email saya..dan saya rasa ianya amat baik untuk dikongsikan bersama sahabat2 sekelian sebagai renungan kita bersama dan diri saya terutamanya..

NILAI SEBUAH PEKERJAAN
"
Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas
mempertontonkan kepada pelajar di salah sebuah Institut video dari koleksi Stephen
R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?", saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya. Ramai yang mengangguk.

"Well, come on. Ramai yang hantar anak ke medic school agar boleh
rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia
pertama
boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada
ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli
keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri ", saya menyambung provokasi.

"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor,
isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena
berdikari", saya terus mencucuk jarum.

"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi
specialist
nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak
berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang
berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka,
agar kita berjaya", saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di institut tersebut supaya berfikir
bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu
bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar,
anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak
ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang
membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk
membeli
buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang
anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa
menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran,
walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda
bekerja
seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi
peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk
kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah
kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang?
Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai
pertolongan
itu nanti.

"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya
ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana
semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri
sendirilah yang perlu menjawabnya.


PERSOALAN NILAI


Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM
SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja
rumahnya
, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas
walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada
pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu
menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah
menjatuhkan dirinya.

Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya,
hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap
seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang
isteri
juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG.
Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber
kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah
sangat
penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap
pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI - HARGA - KORBAN


Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga.
Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi
mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah
harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran
rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah
harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan
asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita
pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang,
'mereka adalah generasi yang kesunyian'.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh
menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki
itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam
keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih
diri mereka dengan tabiat " Begin With the End in Mind". Lihatlah apa
yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor
perubatan, jurutera dsb

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN


Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin
dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah
selagi
mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi
anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana
korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit,
dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri,
mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan
doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah
seorang daripada mereka.



PROVOKASI DEMI MASA DEPAN


Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak
hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang
kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah.
Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya,
kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia
hablun
minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan
memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali
sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang
paling
utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi
kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah
kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH


Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero
beroleh
quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di
mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak
menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas
perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara
terbesar
, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.