Nuffnang

Friday, May 28, 2010

May's Birthday Girls Cake order

Thanks untuk adik- adik yg order...
Semoga semua happy...



Sedia untuk di pick-up...

Wednesday, May 19, 2010

Petua Mencuci Hati


Entry kali ini berkisar tentang hati... Oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

Source: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Tuesday, May 18, 2010

Simple Kobanna &IFC cake deco

...Dalam seminggu dua ni mmg tak sempat nak update blog...Ni activity end of April lepas...So kek ni dinamakan Kobana dan IFC cakelah..resepi cari tak jumpe...hihi...

..Chocolate cake with Cream Cheese filling...


Chocolate Ganache icing

Ni gambar masa kat majlis tersebut...saya tak bawa camera close up cream cheese kat tengah tu..sorry yer...ni pun "ambil" kat album one of adik undergrad-Yasir..akak pinjam ye...Oh lupa..Tukang potong kek kat belakang dewan tu nama Ain..

Program tersebut memang best...

Sunday, May 9, 2010

Banana Fudge Cake

Hari ni buat kek pisang..kek pisang ni nama dia Banana Fudge Bread. Resepi ni dari buku yg dipinjam kat city libray - K.I.T.C.H.E.N for kids by Jennifer Low...dalam buku ni ada 100 of recipes that can really make by you and your children...resepi dlm buku ni mudah2 sbb boleh buat bersama your kids. It's really fun.


mmm..nampak tak resepi ni..?punya lah malas nak taip balik..Tapi kalau sesiapa serius nak cuba and kalau tak nampak resepi ni bgtau ye..saya taip kan resepi ni.



Actually dalam resepi ni dia suruh bake dalam bread loaf tin...tapi saya rasa mcm tak muat..sbb tu saya buat dlm ring cake tin ni...Alhamdulillah...menjadi..dan memang sedap dan cantik gebu elok kek ni..dah lama saya cari resepi kek pisang yg betul2 gebu kembang bila dah siap bake...


Dalam resepi tu tak de pun tabur white chocolate bites...tapi maklumlah sbb suka coklat kan..tabur je..bagi nampak selerak2 skit kat atas tu dgn kaler putih...hihi..


ok...dah tinggal setegah dah kek ni kat atas pinggan ni...selamat mencuba.