Nuffnang

Monday, December 14, 2009

Egg Tart

Egg Tart

This is first time i try to do Egg Tart..Mula -mula malas nak buat..tapi sebab dah teringin sgt nak mkn..terpaksalah buat...resepi ni saya ambil kat dapur kak hanie..Tapi saya tak gunakan acuan tart (sebab tak de) so taklah secantik kak hanieliza bila buat...saya guna muffin pan je...


TAT TELUR

Bahan Kulit:

500 gm tepung gamdum
11/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Lletakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil
(petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit. (saya bake semula 15 minutes)
9. Sejukkan dan hidangkan.

Filling Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning

Cara:
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak

Memang sedap resepi kak hanie ni...selamat mencuba

Saturday, December 12, 2009

Hanie graduation cake

Kek Coklat Romantika


Ahad 1 Dec kami sampai di NZ..Walaupun Flight dari Auckland ke Palmy agak delay sekejap disebabkan cuaca, Alhamdulillah kami sekeluarga tiba dgn selamat.

6 Dec ada majlis gathering Malaysian sempena graduation Hanie (one of undergrads student kat Massey Palmy ni)....oh..mood memasak bilakah akan tiba..seriously tak tahu nak masak menu apa on that day..Lastly hubby suggest buat kek...So jadilah kek ni...Kek ni dari majalah Saji keluaran Dec 2009..

Kek Coklat Romantika

Bahan-bahan
220 g mentega
225 g gula halus
3 biji telur
sedikit vanilla essence
165 susu segar
165 tepung kek
1 sudu kecil baking powder
60 gm serbuk koko

Cara-cara
1. Satukan mentega dan telur, puttar sebati
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar sekata diselang dengan esen vanila
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan baking powder, kacau sekata diselang seli dgn susu
4. Akhir sekali tuang dlm loyang dan bakar sehingga masak
5. Setelah sejuk, salut dgn icing fondant

Actually dlm majalah ni tak ckp masak suhu bepe..tapi untuk kek ni saya masak 180 darjah celcius selama sejam..

Bingka Bonda

Actually nama resepi ni Bingka tepung je..disebabkan resepi ni resepi mama dari Kampung...maka saya namakan BINGKA BONDA...Setahun yg lepas(2008), masa ,mula-mula sampai NZ,Saya SMS mama.."Mama mcm mana nak buat bingka tepung tu ma...makanan org dlm pantang lepas bersalin yg mcm mama buat selalu tu..?Mama reply SMS lepas tu...(reply resepilah..nnt saya type kat bwh yer..)Saya masih simpan resepi tu di Inbox..walaupun dah lama..dah bnyk kali buat resepi ni tapi asyik lupa nak upload....Alhamdulillah kali ini berkesempatan nak update blog ni.

Bingka ni jugak dinamakan Bingka 4321...nak tahu kenapa...?very simple...tp boleh jugak dinamakan Bingka 54321 kerana bilangan dan ukuran bahan-bahannye..So suka hatilah nak namakan dia ape..

Bahan-bahan

4 cwn susu segar/santan
3 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
Sedikit Pandan Paste (Kalau tak der pandan paste...5 helai daun pandan yer..)

Cara-cara
1. Panaskan oven 180 darjah celcius.
2. Blander semua sekali dalm mesin blander.
3. Sediakan bekas /loyang pembakar
4. Tapis dan tuang kedalam bekas untuk dibakar
5. Masak suhu 180 darjah celcius selama sejam
6. Keluarkan dan biarkan sejuk dahulu baru potong..

Ok selamat mencuba.

Saturday, November 28, 2009

My first Engagement cake Deco!...

....Kak Chik Engagement Day....


28 Nov 2009, Kak Chik (my Sister in law's engagement day) 2 days before we fly back to NZ...I did my first engagement cake deco..The roses in that basket not as sweet as Sis Ayu teached me before :-(.. I tried my best to do it......


cupcakes for "hantaran"


cake for hantaran

Selamat Bertunang kak cik...

Sunday, November 15, 2009

AT Last.....i did it..

on 15 nov 2009-Alhamdulillah...selesai ape yg sgt diidam-idamkankan...

"cake deco class!!!"..at last..i did it...


Walaupun hubby sememangnye sibuk dgn kerja researchnye..dpt juga isterinya menyelit2 dgn program tersendiri.....walaupun tak bnyk masa yang diambil untuk menyelit2...but...mmg bermanafaat..and menyeronokkan kelas deco ni...mmg dah lama minta dan teringin nak join kelas ni...Alhamdulillah hubby izinkan dan berpeluang pergi kelas deco ni kali ini...

Ni hasilnye lepas belajar kelas deco cake ni...saya sempat ambil 2 kelas je untuk kali ini...Kelas Novelty cake (cake untuk kanak2) dan Kelas Basketweave (sesuai dijadikan hantaran dan special event)....bermula jam 9.30 pg hingga 1.30 ptg..saya sempat mendeco 2 biji kek ni...

Novelty cake yg saya buat mmg niat untuk Najlaa..sbb masa dok pilih kelas pun dia dh booking barbie ni..alhamdulillah..rezeki saya..kaka yau ajarkan cake yg deco barbie ni..


yg ni pulak...mmg masa nak buat penuh cabaran..hihi..bunga rose tergolek jatuh dr basket..nasibbaik leh cover balik...Thanks kak ayu for the class....yang tak lokek bg tips dan menurunkan ilmu dan teknik mendeco.....Loveliana cakes workshop mmg best...!!!


To my beloved man..Thanks for everything..
Thansk sbb sudi spend masa dgn anak-anak sekejap..during the class..
and thanks jugak kat kak ngah for babysitting them..

Wednesday, November 4, 2009

Najmi is two now..

Coret-coret ketika di Homestay @JB (JB Guesthouse)...

Sedar tak sedar my little son dah masuk dua thn...dulu sebelum fly ke NZ baru 4 bulan..tup2 dah 2 thn...Bila tgok umur anak-anak..Baru terasa begitu cepat masa berlalu..


5 Syawal, 17 October 2007 yg lalu Najmi selamat dilahirkan di Hospital Besar Sungai Petani, jam 9.12 pagi..alhamdulilah kelahiran baby kali ini, suami sempat bersama-sama di "Labour Room".. Teringat pulak masa bersalin Najlaa, suami masih dalam perjalanan pulang dari KL ke Kedah, kerana suami ada xm master di UPM..so masa Najlaa bertarung seorang diri di belik bersalin..
Tahun ni Najmi dpt 2 kek, satu disambut pada 5 Syawal (ni auntie2 yg belanja)..satu lagi 17 October 2009...yg ni mmg mama yg berkenan design deco cake ni.terus je beli...very cute..

Chocolate Cake ini present from maklang, makngah, makcik for his birthday...disambut pada raya kelima baru2 ini...

Ini pula kek yg mmg mama berkenan untuk belikan untuk Najmi...very cute for me..lepas tegok je terus berkenan...kat kedia tu tak de kek Thomas ke Diego ke..so inilah pilihan di hati...


Moga Najmi menjadi anak yg soleh..Taat perintah Allah, Taat abah dan mama, bertanggungjawab....Amin...

Tahun ni mama tak sempat buat kek kat Najmi..may be thn depan..buat kek sama-sama dgn kaklong...doakan niat mama untuk menghadiri kelas deco cake dipermudahkan...

Hopefully dgn coretan2 dlm blog ini dapat dijadikan memori dia hari mendatang....

Monday, November 2, 2009

still in journey...

<<<>>>

Blog ni dah lama sangat tak berupdate..Memang lama sgt2...Bukannnya apa..kelemahan broadband dan kesibukkan sebab "still in journey" membuatkan masa yang amat terhad dan ke"lajuan" internet ni memang membuatkan blog ni masih tak berupdate...

sekarang kami sekeluarga di Johor Bahru..and this can we call " JB again"..sebab ni kali kedua kami ke JB sepanjang balik ni..banyangkan..baru minggu pertama balik dah bertolak ke KL..minggu kedua balik dah ada di Johor..urursan kerja membuatkan kami terpaksa tidak menghiraukan penat yang masih belum habis untuk travel Utara Selatan ni..Alhamdulillah..kami tak diuji dgn demam2..dan anak2 pun kuat..mungkin dari kecik dah hidup asyik berjalan je..

Last trip at JB, we all sempat ke Singapore Zoo..disebabkan mmg urursan kerja hubby di Singapore, so hari yang dia tak de urursan di sana kami bawa anak2 ke Singapore..dan ini pertama kali saya dan anak-anak ke Singapore..Bagi saya, Zoo Singapore mmg best...mmg hapenning...Thanks hubby for this trip..

di pintu masuk..


Save the Forest Drama...
(Drama yang melibatkan animals..mmg seronok..
dan kadang2 ngeri..sbb ada bintanag lalu atas kepala kita...)


(Splash world Drama..Penguin and Sea lion yang terlibat)

wet land world for the kid

Boat ride..sbb very tired nak jalan semua..
`The end`..wait for another story next week..InsyaAllah...

Monday, September 28, 2009

Misi Balik Kampung

Alhamdulillah....

Setelah selesai menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri dan menyambut Aidilfitri di New Zealand kami sekeluarga berangkat ke Auckland..Naik flight di Palmy jam 11.20 pg ( di saat-saat org semua sibuk menziarah sahabat-sahabat dan memenuhi jemputan rumah terbuka pada Hari Raya pertama di NZ)..Thanks Kak Nina and Abg Din..sbb jemput kami wpun tgh kalut2 juga pagi tu..Terima kasih yang tak terhingga juga buat jiran-jiran Bro Hezal+Zira dan Bro Yazrin dan Lela..Hanya Allah yg dpt membalas pertolongan kalian

Di Malaysia pada waktu yg sama dah masuk hari Raya kedua..Sebabnya New Zealand menyambut Aidilfitri lewat sehari dari Malaysia..So kami beraya di dlm flight pada hari tersebut.

Hari kedua Raya di New Zealand, Kami naik flight dari Auckland jam 12.50 ptg ke Kuala Lumpur seterusnya Penang..hanya 1 family Melayu Malaysian ( kamilah tu) dan seorang wanita melayu Malaysian..lain-lainye semua bangsa asing kecuali petugas MAS lah...Alhamdulilah sekali lagi..kami sampai dgn selamatnya di KLIA setelah 11 jam perjalanan..kami sampai jam 8.30 mlm..dan flight seterusnya ke Penang jam 11.15 minit malam raya ke -3 di Malaysia dan kami selamat sampai di Penang jam 12.05 pg Hari raya ke -4 di Malaysia..Naik je flight di KLIA ke Penang, Najmi dan Najlaa memang terus tidur..penat perjalanan yang mereka lalui..dan syukur pada Allah sbb Najmi pun tak meragam...

Sampai di Penang Airport, mama IL dan Abah IL, mama , Abah dan Kak yang dah sedai menanti..thanks sbb sanggup tunggu pagi-pagi di Airport...

....to be continued.....Selamat Hari Raya buat semua

Wednesday, September 9, 2009

Puding Roti Marble

Ini kali kedua buat saya buat puding roti ni...Resepi puding roti marble ni saya ambil di dapur suzi...suzi ambil di dapur Hana...saya copy paste kat dapur suzi je resepi ni...sedap sgt puding roti ni..sebab rasa lemak2 susu dsb.


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Dah lama saya nak cuba buat puding roti marble ni..tp agar2 tak de waktu tu..so bila dah ada 2 kali dah buat lah..Alhamdulillah.

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

buat semua
sahabat-sahabat
bloggers,sahabat2,
adik-adik dan
pengunjung anugerahnurani



Jari disusun, maaf dipinta
andai ada terkasar bahasa
terlanjur bicara...

Ikhlas Daripada:
Anugerahnurani 2009

Thursday, September 3, 2009

bila dia mula belajar...

Kisah ini terjadi sebelum bertolak ke wellington (jemputan berbuka puasa di rumah Duta Malaysia) last Saturday....

Conversation 1:
" Mama, kaklong nak pakai tudung boleh?"
"Tudung Kaklong yang selendang tu kan dah kecik..nnt kita beli baru kat Malaysia"
"Kaklong nak tudung mcm mama tu..yang letak subang-subang tu,
yang tarik-tarik kat ats kepala tu..
(Subang= panggilan anakku untuk brooch)


Aku jadi serba salah..dah anak nak pakai tudung..nak belajar..tak kan nak halang..Islam dah menetapkan kaum hawa menutup aurat..dan rambut adalah aurat..Mmnglah dia akan pakai sekejep..bukak sekejap..buat ini proses pembelajaran..kalau dia tak belajar macam mana...lagipun budak sebesar 4 thn...So I agreed with her...let her knows..Let her learns the process..

Alhamdulillah...dari pagi sebelum bertolak, hinggalah malam semasa solat Tarawikh, barulah dia buka tudung tu...tu pun bila suami kata " Kaklong ok ke?,kalau dah panas nak buka tudung bg kat mama nnt"...So masa dia bermain dgn rakan2 Palmy kat Rumah Jemputan tu baru dia buka..Satu proces yang lama I think for her...



Sempat bergambar sebelum mendengar ceramah "ROAD SHOW PALESTEIN" di Vic Uni, welly

Dia belajar lagi semalam...Kali ni belajar puasa..hari ke 13 Umat Islam dah berpuasa...dia baru nak belajar berpuasa...

Conversation 2 :
" Najlaa, cepat breakfast..we are going to School now..."
"Mama, Kaklong tak nak mkn hari ni..Kaklong nak puasa.."She said
"Are u sure???"
"Yes..."She answered
" Kaklong tahu ke puasa,kalau puasa kita tak boleh makan" (dalam hati kecil seorang ibu masih berfikir..dia hanya minum susu je pagi tadi)
"Kaklong tahu.." She replied

So I just hantar dia ke kindy tanpa bnyk tny...
11.45 pg..I fecth her at Kindy..and ask

Conversation 3:
"Kaklong ok ke?..Kaklong dh mkn belum"
"Ok..Kaklong tak makan lagi..Kaklong puasa"...stated her
"Kita nak hantar abah kat Massey ni..so mama tak bawa ape2 mkn inside the car ok?, Petang nnt baru kita boleh mkn tau..Buka puasa masa Maghrib nnt"
dia angguk je...

Conversation 4:

"Mama...Kaklong hungry ni...Kaklong nak mkn ayam goreng tu..yang dlm oven tu..Pleaselah mama...call abah tny..Kaklong nak mkn ni..Mama please..Kaklong dh tak larat jalan dah ni"(sambil nangis-nangis)
Hubby dah ckp sebelum ke Massey, nnt kalau anak nak mkn bglah..baru first day...
Tapi saje je aku melambat-lambatkan process untuk dia berbuka...
Tangisan dah semakin sayu..

Lastly aku izinkan...so jam 1 .45 tgh dia berbuka...
Dengan wajah gembira...dapat makan ayam goreng tu...


Tuesday, September 1, 2009

Last August Trip..

Salam Ramadhan..Alhamdulillah...kali ni ada kesempatan nak update..
hmm...Ok..kali ni memang betul2 nak update..sbb ada org sound lame tak update...(hihi)

Kisah yang tertinggal nak update...Thanks for beloved hubby for the best birthday present...Tak tahulah..rasa mcm bnyk pulak birthday present hubby bagi tahun ni..Kalau nak listkan mcm bnyk dlm list...hihi....Alhamdulillah...(I love you abang..thanks for all the presents)
Salah satu hadiah present kali ini..ala-ala trip..we all namakan August Trip.Balik ke rumah pun sehari before start puasa..

" dari jauh...bukit kami daki...
dari lurah kami susuri..
dari tasik dan pantai kami renangi...
hinggalah sampai ke Kota Metropolis"

Day 1: Torua, Snowfield Area
Bermulanya perjalanan kami ialah dengan pendakian ke Torua bersama 3 org adik-adik undergrads ( Fairuz, Hafsa and Hafeez)...daki tu bukannya apa...sebab nak main snow....Malangnya cuaca tak berapa elok masa tu..so Skyfield Area tutup at that time..too windy..berdiri pun macam tak stable dgn angin yg kuat tu..but..we enjoy ourselves there..

ALhamdulillah syukur, dapat menikmati suhu dan bentuk muka bumi yang berbeza ciptaan Allah SWT..

Day 2:
Lake Taupo, Huka Falls (Waikato River) and Craters of The Moon Geothermal Walk


Kami bermalam di Turangi..ala-ala holiday house kat situ..Actually, rumah-rumah di Turangi ini banyak di jadikan Holiday Home untuk sesiapa yang ingin bermain snow..Satu rumah ada yang 3 bilik, ada yang 2 bilik ada yang 4 bilik..range harga between $80- $200...ikut bilangan orang dan keluasan dan kemudahan rumah tersebut..Sesiapa yang nak stay kat area sini nanti boleh click kat sini.

Keesokkan harinya kami ke Lake Taupo...Kata hubby keluasan Lake Taupo ni sama besarnya dengan Singapore..Kecantikkan dan keindahan bentuk muka bumi Ciptaan Yang Maha Esa memang menakjubkan...saujana mata memandang..bukit2 yang masih ditutupi kabus di waktu pagi.


Lepas ke Lake Taupo, kami ke Huka Falls, Waikato River..

Inilah aktivity yang ada di Huka Falls ni...

Tempat ketiga yang kami visit hari kedua ini ialah Craters of The Moon, Geothermal Walk...Memang Geothermal ni menakutkan..yelah..asap2 keluar dr dalam tanah..hihi..We had our tracking time there..So kena jalan dalam area tu at about 30 minutes....Sampai lenguh2 Si Najmi..last2 minta abahnya dukung..
Lepas Craters of The Moon, Kami balik luch di Holiday House dan adik-adik undergrds pun balik ke Palmy semula sebab keesokkannya diorg kelas. Ptg hari kedua kami sekeluarga ke Mini Golf Adventure kat Turangi..Sebab keesokkan harinya kami akan bertolak ke Auckland...So semua pakat-pakat main Golf waktu tu..

Day 3 : Candyland Hamilton and Mesra Homestay Auckland.

Lepas Check out dari Turangi..Kami bertolak ke Auckland. Tapi sempat singgah di Candyland , Hamilton sebab Candyland ni ada dekat Highway..But we were very unlucky...takde Candy Show at that time..Candy show only on school holiday and weekend...So bergambar jelah..dan terus bertolak ke Mesra Homestay...Kalau sampai awal, boleh berehar-rehat dulu..


Bergambar bersama owner Mesra Homestay, Aunty Timah..Untuk sesiap yang dtg ke Auckland bolehlah dapatkan layanan mesra di Homestay ni..please visit Mesra Homestay.

Day 4 : Jalan jalan di Kota Metropolis Auckland

Hari ke empat ni, kami jalan2 di Kota Auckland..fuuh..smapai nak tercabut kaki rasanya jalan2..hihi..yelah..di Auckland ni bila tempat yang naik bukit..memang mencuram betul..Hajat di hati nak jumpe my cousin Aiman di Auckland Uni..but dia tak sihat..so tak der rezeki nak jumpe..So we all 3 beranak jalan2 je kat Kota busy tu sambil tunggu suami tercinta menghabiskan kerja di sana.


Bergambar di depan Railway Station Auckland..Bunga-bunga Spring pun dah ada,memang cantik garden tu..
SkyTower of Auckland

Alhamdulillah, hari ni lunch nasi beryani kat Noora's Mediterenean Food..memang sedap nasi ni..sampai tak sempat nak ambil gambar sebab anak-anak dah kelaparan..Najlaa dan Najmi mkn nasi memang habis kali ini..Ayam Nasi Beryani ni..MasyaAllah..punyalah besar..half of the whole chicken untuk sepinggan nasi...nzd 10.90..

Ok cukup little story of that day...

Day 5 : Devenport , Auckland
Last day kat Mesra Homestay...Kami Check out seawal 8 pagi sebab nak berkejar ke Devenport.. Hubby ada appointment kat sana..So kami 3 beranak jelajah pulak kota kecil Devenport Auckland ni..For me..Devenport ini..seolah-olah Kota kecil yang mempunya bangunan Inggeris yang amat cantik..seakan-akan Arrowtown di South Island yang telah kami lawati di South Island dulu..kedai- kedai hanya dua baris jer..ok lets picture begin the story...


Najlaa menikmati keindahan lautan..
sambil memerhati feri berlepas

Day 6 and Day 7 : Ziarah rakan-rakan

Malam lepas checkout Mesra Homestay, kami bermalam di rumah kawan...Dina and her husband Razeef. Kebetulan nak ziarah Dina yang tengah sarat mengandung hanya menunggu hari..Alhamdulillah berkesempatan jugak menziarah Kak Asiah dan Abang Suhaimi sekeluarga (Kakak kepada Dina)..

Keesookan harinya sebelum bertolak ke Hamilton, kami sempat juga menziarah Bihah dan keluarga (semuanya kawan-kawan seuniversiti di Malaysia)...dan kemudian kami bertolak ke Hamilton dan bermalam di Rumah Kak Nani dan Abg Faiz Sekeluarga.Kak Nani ni memang creative dgn idea mencipta makanan...memang sedap nasi lemak dan karipap tu kak nani..thanks..

Day 8 : Napier, Hasting dan bertolak balik ke Palmy

Last day...kami bertolak balik ke Palmy..Kami melalui Napier dan Hasting...Napier dan Hasting ni terkenal dengan kawasan laut dan fruit picking..Kami stop di Hasting untuk solat dan terus balik ke Palmy..sebab esok dah start puasa...

Gambar-gambar di Hasting


The end..Secebis kisah perjalanan keluarga seminggu sebelum berpuasa...Thanks Sayang for the trip..

Actually kami sekeluarga ni tak sabar menunggu raya...Sebabnya nak fly balik ke Malaysia hari ke-3 raya nanti..doakan keselamatan perjalanan kami sekeluarga yer...

Selamat berpuasa dari Anugerahnurani..