Nuffnang

Friday, January 30, 2009

First busy week

My busy world started last week(on 27 January)..Nak tahu kenapa??My daughter go to kindy everyday..and the most important things...MORNING SESSION KINDY...Kalau dulu..3 days jer per week(evening session)...Org lain dah lama busy dengan suasana sebegitu rupa..Saya baru mula merasainya...

Firstly, on that Tuesday morning tu memang saya risau if my daughter susah nak bangun pagi..Alhamdulillah, she's very excited on that day..and hari-hari berikutnya..bangun jer dari tidur..straightly takes her towel and takes shower...So for me dia tak rumit sgt bab bangun pagi ke sekolah..Cuma bab breakfast jer..lambat terbuka selera mkn pagi...

Every Wed and Friday she need to bring her lunchbox..A day before kindy start last week..I bought Dora lunchbox for her..sbb mmg dah dia suka sgt dgn Dora tu kan..he.he...Bertambah semangat dia ke sekolah..

Dan apa lagi..tiap tiap mlm before tidur dah nak kena set dalam kepala nak masak apa untuk my daughter..Bukannya apa..Mamanya pun excited anak ke sekolah pagi..he..he..Walaupun hanya kindy..ini antara menu yang Najlaa bawa ke sekolah..


Donut kegemarannya..Tapi mama buat lain skit..pintal skit..
Bun Sardin...Najlaa baru suka makan sardin..

Ok cukup dulu cerita-cerita tantang kesibukkan saya dengan kisah anak bersekolah ..just sharing my story with my friends...

Tuesday, January 20, 2009

Mexican bun

I got this recipe from UK..ownernye...Noreen..one of my new blogger friend.Kalau tengok Dapur Noreen ni..Semua roti menarik-menarik untuk dicuba...This is one of the recipe yang saya cuba untuk kali kedua...Untuk kali kedua saya campurkan Wheat Flour with High Grade / high Protein Flour plus raisin...Tapi saya buat taklah secantik tuan punya resepi...Bahan-bahan dan caranya ada dibawah...sorry Noreen..dicopy paste jer...



Bahan-bahan (14 biji):
400gm tepung roti
2 camt yis
1 camt garam
50gm mentega - dicairkan
60gm gula pasir
1 biji telur
100ml susu segar
110ml air sejuk

Bahan2 topping:
100gm mentega
100gm tepung kek - tepung gandum pun boleh
80gm gula aising
2 biji telur
1-2 camt serbuk kopi segera/nescafe - dibancuh dengan 1 camt air panas

cara:
  1. cara membuat topping: pukul mentega dan gul aising pada kelajuan sederhana selama 5 min sehingga adunan ringan dan gebu
  2. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  3. setelah itu masukkan serbuk kopi
  4. kemudian masukkan pula tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati
  5. masukkan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia digunakan
  6. cara membuat roti: masukkan kesemua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan setting untuk doh
  7. tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
  8. setelah siap keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. tumbuk2kan doh tadi dan bentukkan menjadi bulat yang besar
  10. rehatkan doh tadi selama 10-15 min
  11. setelah itu bahagi2kan doh kepada setiap satu seberat 50gm dan bentukkan menjadi bola
  12. susunkan doh tadi di dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu dan pastikan jarak di antara doh supaya ianya tidak melekat
  13. kemudian tutupkan loyang tadi dengan cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45 min
  14. pada yang tinggal di negara sejuk bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven tanpa on kan dan letakkan dua cawan air panas dikiri kanan loyang tadi
  15. tutupkan oven dan biarkan doh naik dua kali ganda
  16. setelah itu bolehlah dipaipkan dengan topping tadi dengan bentuk spiral bermula dari tengah
  17. lakukan sehingga habis doh tadi dipipekan dengan topping
  18. bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak
  19. enak dihidangkan ketika masih panas

Monday, January 19, 2009

Tag dari Suzi

Tag dr SUZI ni memang dah lama pun..saya ni kalu bab TAG ni memang slow skit..tapi kali ni mudah..kena siapkan jugak..sorry suzi..kali ni baru buat betul-betul...

Do you think that you are hot..??
No...

Upload a pic of you


Why do u you like this picture?

Ni gambar satu family..di Wellington..Masa tu ada Majlis Hari Raya di Embassy..Ini kali pertama berhari raya di perantauan..jauh dari keluarga di Malaysia..

When was the last time you eat pizza?
Tak ingat dah..lupa ...tapi rasanya dalam bulan 12 kot..buat sendiri...nak beli Pizza hut..kena balik Malaysia lah nanti...he..he..

The last song you listen to?
Tak der last song..sebab dekat my blog..I download Nasyid...My favourite..so selalu lah dengar Nasyid yang dikategorikan sebagai song

What are you doing rite now beside doing this..
Melayan Najlaa and Najmi tengah makan..Najmi pula tgh demam..So merengek skit..Walaupun sibuk,Alhamdulillah hubby tolong..thanks..

What name you prefer besides yours?
Soalan ni tak bepe clear nak jawab..he..he..Sorry cikgu suzi..complain pulak..kalu nama panggilan.. Diyana and Nur..kalau nama lain selain nama sendiri..nama yang saya suka tengok susunannya..and cantik ditengok bila tulis..Fatimah Az-Zahra' , Halimatus Sa'adiah

People to tagged

Lady Zaini

Umie

Ilarazali

Chef Ummie

Who is no. 1 ?

My old friend..lama betul..masa awal2 kahwin..kami dok umah sewa dekat2...Bila hubby masing-masing ke University..kami masak sesama..She is also one of brilliant woman..

Who is no. 3?

My naqibah at U dulu..senior university...Now dah buka online shop...Secret Beauty

Say somethin about no. 4

Sifu memasak saya masa mual-mula terbang ke NZ..tiap2 hari tgok online dapur nih..selain dapur suzi this si my favourite kitchen

Who is no. 2?
Also UTHM ladies...jiran kat rumah sewa dulu..rakan sebaya..dia ni pun suka cipta resepi sendiri...sakit perut bila baca blognya...

Sorry suzi baru siapkan tag anda..

Triffles

18 January 2009

A day after Najlaa's birthday party, we had "Majlis Khatam Quran" at Bro Zabidi's house. This event merangkap birthday celebration for his 3 children ( Nureen Afifah, Afiq and Najmin)...Selamat Hari Ulangtahun kelahiran buat ketiga-tiga anak beliau...Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...Sorry no pic snap on that day...betul2 lupa..Cuma apa yang sempat saya buat sebagai memenuhi permintaan Nureen..Trifles..rupanya Trifles yang di"request" yg ada Oreo..saya pernah buat untuk Birthday umminya..tapi kali ni..Heart Trifles jer lah Nureen..sorry...Aunty tersilap..he.he..


Asalnya resepi Trifles cegini..oleh Kak Hanie lagi.. (maaf kak hanie..saya copy lagi)

TRIFFLES

Bahan-Bahan:

1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.

5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut.
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Masukkan ke dalam peti sejuk.


Note: saya tak buat lapisan kek yang bawah sekali..dan cocktail saya letak di atas layer kastard. Untuk dressing atas sekali..saya guna fresh cream di campur dgn icing sugar..mix it until fluffy..kembang gebu dan ringan..Then..masukkan dlm piping bag..then..buat corak sesuka hati...sampai siap...

Sukatan : 300ml fresh cream + 100gm icing sugar

Saturday, January 17, 2009

Najlaa and Najmi Birthday Party....

17 January 2009...

Alhamdulillah, Sabtu lepas...kami sekeluarga selamat mengadakan kenduri kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran Najlaa yang ke-4 (14 January)and belated birthday Najmi(17 October) yang pertama..Kami buat majlis tu petang..Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah mengizinkan kami berjumpa dengan one of Malaysian Welly yang lama jugak sebenarnya kami sekeluarga nak berjumpa( Jestin Sekeluarga)...tapi tak diizinkan Allah sebelum ni...Keluarga Jestin juga dapat hadir di majlis kesyukuran kelahiran anak-anak kami ini...

Bercerita tentang birthday, ini kali kedua saya buat kek birthday..(sambungan yang lepas)Kek kali ini..untuk Najmi saya guna resepi Kek Brownies sama dgn my hubby dulu..untuk kek Najlaa, saya guna resepi kek dari Mat Gebu..Kek 3 rasa...untuk resepinya boleh browse disini

Najmi's Cake - Brownies from Kak Hanie

(gambar atas)
inilah rupa kek Najmi before di "icing' kan
Kek yang selamat di"icing"kan siap pada pukul 2 a.m

Najlaa' s Cake- Kek 3 Rasa from Mat Gebu

(gambar atas)
inilah rupa kek Najlaa before di "icing' kan

Gambar kek yang selamat di"icing"kan

Alhamdulillah majlis berjalan lancar...untuk Maktok, Tok Ma dan kedua-dua Wan dan semua aunties and uncles..Najlaa and Najmi is growing up now..

Gambar-gambar dibawah.."Makan-makan Time"

Dalam rumah

Depan rumah

Belakang rumah

Najlaa, Najmi with their present and neighbour friends Batrisya,Hazim and Ashraf

Najlaa & Najmi bermain dgn b'day presents sblm attend another b'day party (oleh Bro Zabidi & family) keesokan harinya

Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang meluangkan masa hadir ke majlis ini.

Monday, January 12, 2009

Birthday Brownies

13 january 2009, hubby's birthday...

This is my first attempt making birthday cake for my beloved..Yalah..kat Malaysia dulu boleh beli jer..pilih nak yang mana...senang..Bila dah jadi anak perantau ni..Kenalah belajar buat sendiri..So This is my opportunity to make this type of cake..and play with some colour of icing..mix the colours...and etc...Alhamdulillah.. siap jugak akhirnya..And this is also my experiment cake..

Resepi kek ni saya ambil dari dapur Kak Hanieliza..


So bahan-bahan yang digunakan sama seperti Kak Hanie..sorry Kak Hanie, saya copy paste jer.

Bahan BROWNIES

Bahan A

1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat. ( Saya tak guna Krim Coklat, but butter cream sebagai icing)

KERIM COKLAT
Bahan

250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

Thanks to Kak Hanie..tuan punya resepi...

Wait for my second and third birthday cake..for Najlaa (14.01) and Najmi (17.10)belated birthday...

Saturday, January 10, 2009

Raisin Bun

Actually resepi kali ini hasil daripada terjahan ke dapur suzi...(maklumlah ..lama tak menziarah kawan2 blog..kenalan lama semasa mula2 berblogging)Resepi asal ialah ROTI NAIK..memang cantik roti yang suzi buat..and memang naik betul.., tapi saya edit sedikit resepi asal dengan menambah raisin semasa menguli adunan..dan taburkan gula castor diatas adunan sebelum membakar roti.

Saya buat half daripada resei asal dibawah...dan hasil daripada adunan yang separuh, saya dapat buat 16 bun kecil-kecil.


Bahan-bahan:
  • 700 gm tepung roti
  • 50 gm shortening - saya letak minyak masak je...
  • 200 gm air suam kuku
  • 200 gm evaporated milk - sama dgn mamafami pakai susu segar
  • 100 gm gula kastor
  • 1 sudu teh garam
  • 1 packet instant yeast (11g)
  • 2 biji telur
  • sedikit marjerin

Cara-cara
:
  1. Masukkan semua bahan dalam BM dan ON kan.
  2. Setelah siap/naik, keluarkan dan tumbuk utk membuang angin. Uli sekejap.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan bulatkan. Letakkan ke atas dulang pembakar dan biarkan naik lagi.
  4. Sapu dengan susu dan bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu180 C selama 20 - 30 minit.
  5. Apabila sudah masak...keluarkan dr Oven dan sapu dengan marjerin.
  6. Sedap dimakan dengan kari, serikaya, jam atau apa2 je....

kami sekeluarga makan cicah kari daging jer semalam...

Thanks kat suzi sebab berkongsi resepi ni...dan maaf..saya copy paste jer..he.he.


Menuai hasil..

Sorry for being disappeared for a momment...sibuk dengan anak2 sepanjang cuti sekolah...

Actually saya tak tahu tajuk apa yg sesuai untuk entry kali ni...In addition entry kali ni adalah sebagai sambungan entry gardening yang lepas..Sebagai menuai hasil tanaman...ini gambar2 yang dapat saya kongsikan bersama sahabat2 sekelian..


Cabbage yang dikelilingi dgn daun kesum


Cauliflower


Salad, Cabbage, Cauliflower,Lettuce and "Daun bawang"


Cabbage again


Tomato..still green...and cute..


Thursday, January 1, 2009

Salam tahun baru 2009

Salam Tahun Baru buat semua..
Apa azam kita???
Semoga apa yang diazamkan oleh kalian semua dipermudahkan dan diberkatiNya....
Semoga lebaran baru 2009 yang mengiringi kita..dapat mendekatkan kita kepadaNya..

Sebagai memenuhi entry kali ini dan berkongsi ceita..cerita dibawah adalah apa yang baru saya baca di email saya..dan saya rasa ianya amat baik untuk dikongsikan bersama sahabat2 sekelian sebagai renungan kita bersama dan diri saya terutamanya..

NILAI SEBUAH PEKERJAAN
"
Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas
mempertontonkan kepada pelajar di salah sebuah Institut video dari koleksi Stephen
R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?", saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya. Ramai yang mengangguk.

"Well, come on. Ramai yang hantar anak ke medic school agar boleh
rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia
pertama
boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada
ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli
keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri ", saya menyambung provokasi.

"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor,
isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena
berdikari", saya terus mencucuk jarum.

"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi
specialist
nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak
berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang
berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka,
agar kita berjaya", saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di institut tersebut supaya berfikir
bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu
bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar,
anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak
ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang
membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk
membeli
buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang
anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa
menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran,
walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda
bekerja
seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi
peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk
kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah
kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang?
Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai
pertolongan
itu nanti.

"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya
ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana
semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri
sendirilah yang perlu menjawabnya.


PERSOALAN NILAI


Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM
SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja
rumahnya
, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas
walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada
pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu
menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah
menjatuhkan dirinya.

Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya,
hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap
seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang
isteri
juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG.
Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber
kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah
sangat
penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap
pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI - HARGA - KORBAN


Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga.
Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi
mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah
harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran
rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah
harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan
asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita
pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang,
'mereka adalah generasi yang kesunyian'.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh
menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki
itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam
keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih
diri mereka dengan tabiat " Begin With the End in Mind". Lihatlah apa
yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor
perubatan, jurutera dsb

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN


Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin
dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah
selagi
mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi
anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana
korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit,
dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri,
mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan
doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah
seorang daripada mereka.



PROVOKASI DEMI MASA DEPAN


Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak
hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang
kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah.
Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya,
kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia
hablun
minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan
memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali
sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang
paling
utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi
kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah
kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH


Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero
beroleh
quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di
mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak
menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas
perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara
terbesar
, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.