Nuffnang

Monday, December 14, 2009

Egg Tart

Egg Tart

This is first time i try to do Egg Tart..Mula -mula malas nak buat..tapi sebab dah teringin sgt nak mkn..terpaksalah buat...resepi ni saya ambil kat dapur kak hanie..Tapi saya tak gunakan acuan tart (sebab tak de) so taklah secantik kak hanieliza bila buat...saya guna muffin pan je...


TAT TELUR

Bahan Kulit:

500 gm tepung gamdum
11/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Lletakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil
(petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit. (saya bake semula 15 minutes)
9. Sejukkan dan hidangkan.

Filling Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning

Cara:
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak

Memang sedap resepi kak hanie ni...selamat mencuba

Saturday, December 12, 2009

Hanie graduation cake

Kek Coklat Romantika


Ahad 1 Dec kami sampai di NZ..Walaupun Flight dari Auckland ke Palmy agak delay sekejap disebabkan cuaca, Alhamdulillah kami sekeluarga tiba dgn selamat.

6 Dec ada majlis gathering Malaysian sempena graduation Hanie (one of undergrads student kat Massey Palmy ni)....oh..mood memasak bilakah akan tiba..seriously tak tahu nak masak menu apa on that day..Lastly hubby suggest buat kek...So jadilah kek ni...Kek ni dari majalah Saji keluaran Dec 2009..

Kek Coklat Romantika

Bahan-bahan
220 g mentega
225 g gula halus
3 biji telur
sedikit vanilla essence
165 susu segar
165 tepung kek
1 sudu kecil baking powder
60 gm serbuk koko

Cara-cara
1. Satukan mentega dan telur, puttar sebati
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar sekata diselang dengan esen vanila
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan baking powder, kacau sekata diselang seli dgn susu
4. Akhir sekali tuang dlm loyang dan bakar sehingga masak
5. Setelah sejuk, salut dgn icing fondant

Actually dlm majalah ni tak ckp masak suhu bepe..tapi untuk kek ni saya masak 180 darjah celcius selama sejam..

Bingka Bonda

Actually nama resepi ni Bingka tepung je..disebabkan resepi ni resepi mama dari Kampung...maka saya namakan BINGKA BONDA...Setahun yg lepas(2008), masa ,mula-mula sampai NZ,Saya SMS mama.."Mama mcm mana nak buat bingka tepung tu ma...makanan org dlm pantang lepas bersalin yg mcm mama buat selalu tu..?Mama reply SMS lepas tu...(reply resepilah..nnt saya type kat bwh yer..)Saya masih simpan resepi tu di Inbox..walaupun dah lama..dah bnyk kali buat resepi ni tapi asyik lupa nak upload....Alhamdulillah kali ini berkesempatan nak update blog ni.

Bingka ni jugak dinamakan Bingka 4321...nak tahu kenapa...?very simple...tp boleh jugak dinamakan Bingka 54321 kerana bilangan dan ukuran bahan-bahannye..So suka hatilah nak namakan dia ape..

Bahan-bahan

4 cwn susu segar/santan
3 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
Sedikit Pandan Paste (Kalau tak der pandan paste...5 helai daun pandan yer..)

Cara-cara
1. Panaskan oven 180 darjah celcius.
2. Blander semua sekali dalm mesin blander.
3. Sediakan bekas /loyang pembakar
4. Tapis dan tuang kedalam bekas untuk dibakar
5. Masak suhu 180 darjah celcius selama sejam
6. Keluarkan dan biarkan sejuk dahulu baru potong..

Ok selamat mencuba.