Nuffnang

Thursday, April 30, 2009

Gift from Suzi_Adelaide

Gift ni saya dapat dari Suzi..kenalan lama ketika mula-mula ber"blogging"..Thanks Suzi...Blog dapur Suzi yang tak pernah kering dengan pelbagai resepi memang patut dikunjungi.



Now, saya nak panjangkan gift ni buat semua sahabat-sahabat yang datang menziarah AnugerahNurani ni..
jangan segan-segan nak ambil key..
Moga Ukhuwah berpanjangan.



Tuesday, April 28, 2009

Vacation: School Holiday & easter trip

Alhamdulillah...Cuti sekolah anak kali ini,kami berpeluang menjelajah some interesting places at North Island,NZ..Ala-ala budget family vacation kali ni..Destinasi utama kami ialah Auckland.


Kami pergi melalui Lake Taupo, Hamilton,Manukau City and tiba di Destinasi Auckland. selama lebih kurang 10 jam perjalanan(sebab stop for a while at some of the interesting places) = 530km. Dua hari kami bermalam di Auckland dan perjalanan balik ke Palmy pula,kami bermalam di Hamilton dan bertolak ke Palmy melalui Rotorua,Lake Taupo and Palmy.So perjalanan balik lebih panjang dari perjalanan pergi ke Auckland.
********************************************************

First story : Palmy- Auckland

Dari Palmy,kami bertolak jam 9 pagi. Kami sempat singgah di Queen Elizabeth Army Memorial Museum..Dari Army memorial Museum, saujana mata memandang ke arah Mt. Ruepehu. Mount Ruepehu merupakan tempat untuk bermain snow bila winter menjelang.




Mount Ruepehu

Kemudian kami berhenti bersarapan di Lake Taupo, antara Lake yang terbesar di NZ ni..Tak sangka dapat berjumpa dgn Malaysian lain disini..)in the pic, Sis Nora+Bro Affandi and family,Bro Ziad+Sis Ila and family and Bro Ziad's friend (just finished his Phd at Japan)

Lepas makan pagi,kami singgah di Huka Falls.Disebabkan tak nak berhenti lama di Huka Falls,kami cuma berjalan-jalan di padang sebelum sampai ke Huka Falls. Permandangan daun dan pokok-pokok yang kemerah-merahan dan kekuning-kuningan memang mengasyikkan pada musim autumn ni.

Lepas Huka Falls,Kami singgah di Honey Hive..free entry and free tasting..Just for a few minutes and then bertolak ke Auckland.Kami tiba di Auckland jam 8.00mlm,setelah 10jam perjalanan.
From left: Humaira',Najlaa',Ashraf,Daniel and Najmi

Disebabkan hujan,plan kami pada awalnya untukmelawat Zoo Auckland berubah kepada
Kelly Tartoon's Antartic Encounter Underwaterworld.
Kelly Tartoon ni memang menarik and amat berbaloi...for details,please visit http://www.kellytarltons.co.nz/home/page.aspx


Berjalan merentasi Aquarium


Najlaa dan Najmi sedang memerhati ikan pari besar dalam Aquarium.
Selepas 2 hari bermalam di rumah sahabat se"faculty" dulu Dina, Kami bertolak ke Hamilton pada petang Selasa (21 April 2009)...Thanks Dina and Kak Asiah sefamily.

**************************************************
Second Story: (First part )Auckland Hamilton

Destinasi kedua, rumah Kak Nanie,sahabat se"faculty suami di Johor. Sebab Kak Nani baru tiba di Auckland, Alhamdulillah ada rezeki jumpa Abg Faiz and Kak Nani sefamily.Anak Kak Nani yang bongsu sebaya dengan Najmi.Dan kebetulan nama pun sama,Najmi.Dulu sebelum fly ke NZ kami sempat ziarah Kak Nani yang masih berpantang masa tu.

Kanak-kanak yang sentiasa riang gembira
(Najlaa' Afiqah,Fatin Najihah, Fathi Najmi and Muhammad Najmi) Thanks Abg Faiz and Kak Nani
Bergambar di perkarangan tasik Waikato University NZ
********************************************
Second Story: (Second part )Hamilton-Rotorua-Palmy

Tempat pertama yang kami singgah just untuk ambil gambar ialah Hobitton Movie Set (Lords of The Ring)and Farm Tours. Kami hanya singgah dan tengok permandangan dari luar sebab untukke rumah hobitton tu kita perlu menaiki bas tour dan perjalanannya agak lama. Perjalanan kami untuk balikke Palmy masih jauh, so kami stop for a while je kat tempat tu.


Next interesting place yang kami visited ialah ZORB. The Zorb ni tempat org main big ball,and kita boleh masuk dalam ball and ball tu akan tergolek kebawah(orang dan air ada di dalam ball tersebut).Memang adventure aktiviti ini...
Kemudian kami stop sekejap di Agrodome dan kemudian meneruskan perjalanan ke Kirau Park of Rotorua.
Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika di Rotorua.
Aktiviti merendam kaki dalam air panas.
Berhenti solat di i-site Rotorua
gambar bawah: Lake Rotorua
Sekian untuk kali ini .....pengalaman,bermusafir dan melihat kebesaran Allah di bumi NZ kali ini..
~the end~

Saturday, April 25, 2009

Grand Opening Sale

Our Grand Opening Sale!!!!

http://www.mymuslimart.com/

Dear bloggers , there are several good opportunities for you

1. You can be our customer and
participate in our grand opening sale

2.You can join our Affiliate Program
(be a direct affiliate and be a dealer/resellers)

For further details

You are welcome to visit our online Muslimart
(better view using internet explorer rather than Mozilla Firefox)

Happy Birthday to our online business
(Special thanks to Z,Y and U)

Tuesday, April 7, 2009

For your info

PEMBIAYAAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI (For Malaysian students)

PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KE-2

UNTUK PERHATIAN PELAJAR MALAYSIA (MASTERS/PHD)

PENDAHULUAN

Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

OBJEKTIF PROGRAM

Menyediakan peluang pembiayaan bagi graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan.

PENAJAAN PENGAJIAN

• Penajaan ini HANYA terbuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dalam tahun 2009 serta yang akan memulakan pengajian bagi sesi akademik 2009/2010.
• Calon-calon yang ditaja HANYA akan dibiayai dari segi yuran sepanjang tempoh pengajiannya.
• Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah empat semester (dua tahun) iaitu tidak melebihi RM10,000.00.
• Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat PhD ialah lapan semester (empat tahun) iaitu tidak melebihi RM20,000.00
• Bagi calon PhD, RM1,500.00 disediakan sebagai bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis dengan syarat cadangan penyelidikan diluluskan oleh pusat pengajian siswazah/fakulti dan bantuan ini adalah termasuk serta tertakluk kepada had maksimum peruntukan bagi seorang calon PhD iaitu tidak melebihi RM20,000.00.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
a. Syarat-syarat Umum

i. Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat PhD para tarikh memulakan pengajian.
iii. Pengajian adalah secara sepenuh masa.
iv. Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
v. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
vi. Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
vii. Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak kerajaan selepas tamat pengajian.

b. Syarat-syarat Khusus

i. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat PhD.
ii. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara ONLINE melalui laman web KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (www.mohe.gov. my) mulai 19 MAC 2009.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:-
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi
Presint 2, 62100 Putrajaya
(u.p. Tajaan Khas Bajet Mini 2009)

Tel: 03-88844607/ 4612/4669/ 4634/4618
Faks: 03-88844701
e-mel: bajetmini@mohe. gov.my

Nota: Pembiayaan ini tidak termasuk kos elaun sara hidup. Jika perlu PTPTN ada menyedikan kemudahan pinjaman ini, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.