Nuffnang

Tuesday, April 7, 2009

For your info

PEMBIAYAAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI (For Malaysian students)

PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KE-2

UNTUK PERHATIAN PELAJAR MALAYSIA (MASTERS/PHD)

PENDAHULUAN

Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

OBJEKTIF PROGRAM

Menyediakan peluang pembiayaan bagi graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan.

PENAJAAN PENGAJIAN

• Penajaan ini HANYA terbuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dalam tahun 2009 serta yang akan memulakan pengajian bagi sesi akademik 2009/2010.
• Calon-calon yang ditaja HANYA akan dibiayai dari segi yuran sepanjang tempoh pengajiannya.
• Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah empat semester (dua tahun) iaitu tidak melebihi RM10,000.00.
• Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat PhD ialah lapan semester (empat tahun) iaitu tidak melebihi RM20,000.00
• Bagi calon PhD, RM1,500.00 disediakan sebagai bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis dengan syarat cadangan penyelidikan diluluskan oleh pusat pengajian siswazah/fakulti dan bantuan ini adalah termasuk serta tertakluk kepada had maksimum peruntukan bagi seorang calon PhD iaitu tidak melebihi RM20,000.00.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
a. Syarat-syarat Umum

i. Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat PhD para tarikh memulakan pengajian.
iii. Pengajian adalah secara sepenuh masa.
iv. Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
v. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
vi. Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
vii. Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak kerajaan selepas tamat pengajian.

b. Syarat-syarat Khusus

i. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat PhD.
ii. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara ONLINE melalui laman web KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (www.mohe.gov. my) mulai 19 MAC 2009.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:-
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi
Presint 2, 62100 Putrajaya
(u.p. Tajaan Khas Bajet Mini 2009)

Tel: 03-88844607/ 4612/4669/ 4634/4618
Faks: 03-88844701
e-mel: bajetmini@mohe. gov.my

Nota: Pembiayaan ini tidak termasuk kos elaun sara hidup. Jika perlu PTPTN ada menyedikan kemudahan pinjaman ini, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.

No comments: