Nuffnang

Monday, December 14, 2009

Egg Tart

Egg Tart

This is first time i try to do Egg Tart..Mula -mula malas nak buat..tapi sebab dah teringin sgt nak mkn..terpaksalah buat...resepi ni saya ambil kat dapur kak hanie..Tapi saya tak gunakan acuan tart (sebab tak de) so taklah secantik kak hanieliza bila buat...saya guna muffin pan je...


TAT TELUR

Bahan Kulit:

500 gm tepung gamdum
11/2 cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Cara.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Lletakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil
(petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit. (saya bake semula 15 minutes)
9. Sejukkan dan hidangkan.

Filling Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
1/2 s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning

Cara:
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak

Memang sedap resepi kak hanie ni...selamat mencuba

3 comments:

misah said...

dyn..cam sedap je tart telur tu. last week jiran akak ada bg tart fruit. sedap, cam kat bakeri. dia cakap dia letak crisco gak kat doh tart tu, so pastri tu bila digigit ada rasa cam ada flake sikit.

Musliyana said...

kak misah

crisco tu ape ekk?..dyn buat doh biase jer

lady zaini said...

terer pun, siap dengan crust lagi. rajin lerr diyana nih :)