Pizza ini antara menu buntu tapi menjadi kegemaran anak-anak..Kat atas inilah wajah-wajah yg suka makan PIZZA....Kalau dalam seminggu buat pizza ni 2-3 kali pun habis jugak..Resepi ni ambil kat dapur Noreen UK...Noreen, saya copy paste je..TQ Noreen sbb sharing this recipe.
Bahan-bahan (2 1/2" pizza):
3 1/4 cawan tepung roti (high protein flour)
1 camt garam
1 cawan air
1 1/2 camt instant yeast
4 camb extra virgin olive oil
topping:
500gm mozarella cheese - separuh diparut dan separuh dipotong panjang macam lidi
1 cawan tomato pasta sauce
green capsicum - dihiris memanjang
buah tomato - dihiris bulat
button mushroom - dihiris
chicken breast - dipotong kiub dan digoreng sekejap
sausage - dihiris dan digoreng sekejap
2 camb extra virgin olive oil
garam dan pepper
cara:
1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan dough setting
2. setelah siap keluarkan dan tumbuk2kan
3. canaikan menjadi bentuk pizza dan letakkan ke atas pizza pan yang telah digris
4. susunkan mozarella cheese yang dipotong memanjang di tepi doh dan kelimkan
5. cucuk2kan doh dengan garfu dan spreadkan 1 camb olive oil ke atasnya
6. selepas itu spread 4 camb tomato pasta sauce dan susunkan segala topping. kemudian sprinkle salt and pepper ke atas doh 7. bakar pizza dengan suhu 190C selama 15 min. kemudian keluarkan dari oven dan taburkan mozarella cheese ke atasnya dan bakar lagi selama 12 min atau sehingga masak
Note: Kali ni saya buat topping tak ikut resepi Noreen..letak je apa yg ada kat rumah...
Selamat mencuba
2 comments:
sedapnya pizza!
kak nani...kak nani nye pizza pun sedap...smpi sekarang saya teringat karipap roti canai akak :)
Post a Comment