Nuffnang

Monday, September 28, 2009

Misi Balik Kampung

Alhamdulillah....

Setelah selesai menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri dan menyambut Aidilfitri di New Zealand kami sekeluarga berangkat ke Auckland..Naik flight di Palmy jam 11.20 pg ( di saat-saat org semua sibuk menziarah sahabat-sahabat dan memenuhi jemputan rumah terbuka pada Hari Raya pertama di NZ)..Thanks Kak Nina and Abg Din..sbb jemput kami wpun tgh kalut2 juga pagi tu..Terima kasih yang tak terhingga juga buat jiran-jiran Bro Hezal+Zira dan Bro Yazrin dan Lela..Hanya Allah yg dpt membalas pertolongan kalian

Di Malaysia pada waktu yg sama dah masuk hari Raya kedua..Sebabnya New Zealand menyambut Aidilfitri lewat sehari dari Malaysia..So kami beraya di dlm flight pada hari tersebut.

Hari kedua Raya di New Zealand, Kami naik flight dari Auckland jam 12.50 ptg ke Kuala Lumpur seterusnya Penang..hanya 1 family Melayu Malaysian ( kamilah tu) dan seorang wanita melayu Malaysian..lain-lainye semua bangsa asing kecuali petugas MAS lah...Alhamdulilah sekali lagi..kami sampai dgn selamatnya di KLIA setelah 11 jam perjalanan..kami sampai jam 8.30 mlm..dan flight seterusnya ke Penang jam 11.15 minit malam raya ke -3 di Malaysia dan kami selamat sampai di Penang jam 12.05 pg Hari raya ke -4 di Malaysia..Naik je flight di KLIA ke Penang, Najmi dan Najlaa memang terus tidur..penat perjalanan yang mereka lalui..dan syukur pada Allah sbb Najmi pun tak meragam...

Sampai di Penang Airport, mama IL dan Abah IL, mama , Abah dan Kak yang dah sedai menanti..thanks sbb sanggup tunggu pagi-pagi di Airport...

....to be continued.....Selamat Hari Raya buat semua

Wednesday, September 9, 2009

Puding Roti Marble

Ini kali kedua buat saya buat puding roti ni...Resepi puding roti marble ni saya ambil di dapur suzi...suzi ambil di dapur Hana...saya copy paste kat dapur suzi je resepi ni...sedap sgt puding roti ni..sebab rasa lemak2 susu dsb.


Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Dah lama saya nak cuba buat puding roti marble ni..tp agar2 tak de waktu tu..so bila dah ada 2 kali dah buat lah..Alhamdulillah.

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

buat semua
sahabat-sahabat
bloggers,sahabat2,
adik-adik dan
pengunjung anugerahnurani



Jari disusun, maaf dipinta
andai ada terkasar bahasa
terlanjur bicara...

Ikhlas Daripada:
Anugerahnurani 2009

Thursday, September 3, 2009

bila dia mula belajar...

Kisah ini terjadi sebelum bertolak ke wellington (jemputan berbuka puasa di rumah Duta Malaysia) last Saturday....

Conversation 1:
" Mama, kaklong nak pakai tudung boleh?"
"Tudung Kaklong yang selendang tu kan dah kecik..nnt kita beli baru kat Malaysia"
"Kaklong nak tudung mcm mama tu..yang letak subang-subang tu,
yang tarik-tarik kat ats kepala tu..
(Subang= panggilan anakku untuk brooch)


Aku jadi serba salah..dah anak nak pakai tudung..nak belajar..tak kan nak halang..Islam dah menetapkan kaum hawa menutup aurat..dan rambut adalah aurat..Mmnglah dia akan pakai sekejep..bukak sekejap..buat ini proses pembelajaran..kalau dia tak belajar macam mana...lagipun budak sebesar 4 thn...So I agreed with her...let her knows..Let her learns the process..

Alhamdulillah...dari pagi sebelum bertolak, hinggalah malam semasa solat Tarawikh, barulah dia buka tudung tu...tu pun bila suami kata " Kaklong ok ke?,kalau dah panas nak buka tudung bg kat mama nnt"...So masa dia bermain dgn rakan2 Palmy kat Rumah Jemputan tu baru dia buka..Satu proces yang lama I think for her...



Sempat bergambar sebelum mendengar ceramah "ROAD SHOW PALESTEIN" di Vic Uni, welly

Dia belajar lagi semalam...Kali ni belajar puasa..hari ke 13 Umat Islam dah berpuasa...dia baru nak belajar berpuasa...

Conversation 2 :
" Najlaa, cepat breakfast..we are going to School now..."
"Mama, Kaklong tak nak mkn hari ni..Kaklong nak puasa.."She said
"Are u sure???"
"Yes..."She answered
" Kaklong tahu ke puasa,kalau puasa kita tak boleh makan" (dalam hati kecil seorang ibu masih berfikir..dia hanya minum susu je pagi tadi)
"Kaklong tahu.." She replied

So I just hantar dia ke kindy tanpa bnyk tny...
11.45 pg..I fecth her at Kindy..and ask

Conversation 3:
"Kaklong ok ke?..Kaklong dh mkn belum"
"Ok..Kaklong tak makan lagi..Kaklong puasa"...stated her
"Kita nak hantar abah kat Massey ni..so mama tak bawa ape2 mkn inside the car ok?, Petang nnt baru kita boleh mkn tau..Buka puasa masa Maghrib nnt"
dia angguk je...

Conversation 4:

"Mama...Kaklong hungry ni...Kaklong nak mkn ayam goreng tu..yang dlm oven tu..Pleaselah mama...call abah tny..Kaklong nak mkn ni..Mama please..Kaklong dh tak larat jalan dah ni"(sambil nangis-nangis)
Hubby dah ckp sebelum ke Massey, nnt kalau anak nak mkn bglah..baru first day...
Tapi saje je aku melambat-lambatkan process untuk dia berbuka...
Tangisan dah semakin sayu..

Lastly aku izinkan...so jam 1 .45 tgh dia berbuka...
Dengan wajah gembira...dapat makan ayam goreng tu...


Tuesday, September 1, 2009

Last August Trip..

Salam Ramadhan..Alhamdulillah...kali ni ada kesempatan nak update..
hmm...Ok..kali ni memang betul2 nak update..sbb ada org sound lame tak update...(hihi)

Kisah yang tertinggal nak update...Thanks for beloved hubby for the best birthday present...Tak tahulah..rasa mcm bnyk pulak birthday present hubby bagi tahun ni..Kalau nak listkan mcm bnyk dlm list...hihi....Alhamdulillah...(I love you abang..thanks for all the presents)
Salah satu hadiah present kali ini..ala-ala trip..we all namakan August Trip.Balik ke rumah pun sehari before start puasa..

" dari jauh...bukit kami daki...
dari lurah kami susuri..
dari tasik dan pantai kami renangi...
hinggalah sampai ke Kota Metropolis"

Day 1: Torua, Snowfield Area
Bermulanya perjalanan kami ialah dengan pendakian ke Torua bersama 3 org adik-adik undergrads ( Fairuz, Hafsa and Hafeez)...daki tu bukannya apa...sebab nak main snow....Malangnya cuaca tak berapa elok masa tu..so Skyfield Area tutup at that time..too windy..berdiri pun macam tak stable dgn angin yg kuat tu..but..we enjoy ourselves there..

ALhamdulillah syukur, dapat menikmati suhu dan bentuk muka bumi yang berbeza ciptaan Allah SWT..

Day 2:
Lake Taupo, Huka Falls (Waikato River) and Craters of The Moon Geothermal Walk


Kami bermalam di Turangi..ala-ala holiday house kat situ..Actually, rumah-rumah di Turangi ini banyak di jadikan Holiday Home untuk sesiapa yang ingin bermain snow..Satu rumah ada yang 3 bilik, ada yang 2 bilik ada yang 4 bilik..range harga between $80- $200...ikut bilangan orang dan keluasan dan kemudahan rumah tersebut..Sesiapa yang nak stay kat area sini nanti boleh click kat sini.

Keesokkan harinya kami ke Lake Taupo...Kata hubby keluasan Lake Taupo ni sama besarnya dengan Singapore..Kecantikkan dan keindahan bentuk muka bumi Ciptaan Yang Maha Esa memang menakjubkan...saujana mata memandang..bukit2 yang masih ditutupi kabus di waktu pagi.


Lepas ke Lake Taupo, kami ke Huka Falls, Waikato River..

Inilah aktivity yang ada di Huka Falls ni...

Tempat ketiga yang kami visit hari kedua ini ialah Craters of The Moon, Geothermal Walk...Memang Geothermal ni menakutkan..yelah..asap2 keluar dr dalam tanah..hihi..We had our tracking time there..So kena jalan dalam area tu at about 30 minutes....Sampai lenguh2 Si Najmi..last2 minta abahnya dukung..
Lepas Craters of The Moon, Kami balik luch di Holiday House dan adik-adik undergrds pun balik ke Palmy semula sebab keesokkannya diorg kelas. Ptg hari kedua kami sekeluarga ke Mini Golf Adventure kat Turangi..Sebab keesokkan harinya kami akan bertolak ke Auckland...So semua pakat-pakat main Golf waktu tu..

Day 3 : Candyland Hamilton and Mesra Homestay Auckland.

Lepas Check out dari Turangi..Kami bertolak ke Auckland. Tapi sempat singgah di Candyland , Hamilton sebab Candyland ni ada dekat Highway..But we were very unlucky...takde Candy Show at that time..Candy show only on school holiday and weekend...So bergambar jelah..dan terus bertolak ke Mesra Homestay...Kalau sampai awal, boleh berehar-rehat dulu..


Bergambar bersama owner Mesra Homestay, Aunty Timah..Untuk sesiap yang dtg ke Auckland bolehlah dapatkan layanan mesra di Homestay ni..please visit Mesra Homestay.

Day 4 : Jalan jalan di Kota Metropolis Auckland

Hari ke empat ni, kami jalan2 di Kota Auckland..fuuh..smapai nak tercabut kaki rasanya jalan2..hihi..yelah..di Auckland ni bila tempat yang naik bukit..memang mencuram betul..Hajat di hati nak jumpe my cousin Aiman di Auckland Uni..but dia tak sihat..so tak der rezeki nak jumpe..So we all 3 beranak jalan2 je kat Kota busy tu sambil tunggu suami tercinta menghabiskan kerja di sana.


Bergambar di depan Railway Station Auckland..Bunga-bunga Spring pun dah ada,memang cantik garden tu..
SkyTower of Auckland

Alhamdulillah, hari ni lunch nasi beryani kat Noora's Mediterenean Food..memang sedap nasi ni..sampai tak sempat nak ambil gambar sebab anak-anak dah kelaparan..Najlaa dan Najmi mkn nasi memang habis kali ini..Ayam Nasi Beryani ni..MasyaAllah..punyalah besar..half of the whole chicken untuk sepinggan nasi...nzd 10.90..

Ok cukup little story of that day...

Day 5 : Devenport , Auckland
Last day kat Mesra Homestay...Kami Check out seawal 8 pagi sebab nak berkejar ke Devenport.. Hubby ada appointment kat sana..So kami 3 beranak jelajah pulak kota kecil Devenport Auckland ni..For me..Devenport ini..seolah-olah Kota kecil yang mempunya bangunan Inggeris yang amat cantik..seakan-akan Arrowtown di South Island yang telah kami lawati di South Island dulu..kedai- kedai hanya dua baris jer..ok lets picture begin the story...


Najlaa menikmati keindahan lautan..
sambil memerhati feri berlepas

Day 6 and Day 7 : Ziarah rakan-rakan

Malam lepas checkout Mesra Homestay, kami bermalam di rumah kawan...Dina and her husband Razeef. Kebetulan nak ziarah Dina yang tengah sarat mengandung hanya menunggu hari..Alhamdulillah berkesempatan jugak menziarah Kak Asiah dan Abang Suhaimi sekeluarga (Kakak kepada Dina)..

Keesookan harinya sebelum bertolak ke Hamilton, kami sempat juga menziarah Bihah dan keluarga (semuanya kawan-kawan seuniversiti di Malaysia)...dan kemudian kami bertolak ke Hamilton dan bermalam di Rumah Kak Nani dan Abg Faiz Sekeluarga.Kak Nani ni memang creative dgn idea mencipta makanan...memang sedap nasi lemak dan karipap tu kak nani..thanks..

Day 8 : Napier, Hasting dan bertolak balik ke Palmy

Last day...kami bertolak balik ke Palmy..Kami melalui Napier dan Hasting...Napier dan Hasting ni terkenal dengan kawasan laut dan fruit picking..Kami stop di Hasting untuk solat dan terus balik ke Palmy..sebab esok dah start puasa...

Gambar-gambar di Hasting


The end..Secebis kisah perjalanan keluarga seminggu sebelum berpuasa...Thanks Sayang for the trip..

Actually kami sekeluarga ni tak sabar menunggu raya...Sebabnya nak fly balik ke Malaysia hari ke-3 raya nanti..doakan keselamatan perjalanan kami sekeluarga yer...

Selamat berpuasa dari Anugerahnurani..