Nuffnang

Thursday, August 26, 2010

17 Ramadhan

Salam...

Diam tak diam..dah 17 hari kita berpuasa..Tapi di New Zealand (16 Ramadhan)start puasa lewat sehari dari Malaysia..mmm..begitu cepat masa berlalu...
********************************************************************************
Berpuasa di SMKAK

Bila sebut 17 Ramadhan ni..
Teringat kenangan2 di sekolah menegah SMKAK..dulu..masa ni selalu ada nasyid, gubahan bunga telur dan kad raya gergasi di sekolah oleh setiap kelas..Waktu tu seoalah-olah macam nak kenduri kendara..Setiap kelas bagaikan sudah biasa buat bunga telur..Siap di letak/cucuk di atas pahar mcm nak bw ke rumah pengantin..Masa tu saya masih di Form 4, kelas yang menang kelas kakak2 dan abang form 5 kot..Diarong create bunga telur guna syiling 1 cent..setiap kelopak bunga tu di buat dari syilling 1 cent yg maroon colour tu...pastu uniform untuk hari tu...untuk pelajar puteri ( term yang digunakan waktu tu..)baju putih sekolah dan berkain batik atau songket...Yang lelakinya (pelajar putera)berbaju melayu putih dan bersampin...

******************************************************************************
Berpuasa di UIA

Berpuasa masa di university pula..best jugak..sbb ada mini bazar ramadhan kat dekat dgn kuliyyah Human Sciences and Engine..so lepas habis kelas kat Kuliyyah Econs, maka menapaklah ke kuliyyah HS...sbb Mahallah Hafsa pun mmg nak kena lalu HS..Masa tu selalu dgn Acik, Wani, Mas, Zura, Rusma &Kak Ja time2 nak beli kuih muih and lauk2....Kalau nak kuar jauh skit nak naik moto or kete dgn Zaemah..hhihi...Ikan bakar cafe Hafsa masa tu mmg the bestlah...dgn air cincau..Tapi sekarang adik kata dah tukar tender...Tambah2 dekat2 raya..lagi best..siap bazar baju2 pun ada...:) Best kenangan...I miss my time at UIA...:)

********************************************************************************
Berpuasa masa preggy (with Najlaa and Najmi)

Bila dah berumah tangga ni...puasa bersama org tersayang dan anak2 pun best juga...Alhamdulillah semasa saya pregnant untuk kedua-dua anak saya...mmg saya berpuasa dgn bby didalam perut...Syukur pada Allah kerana Allah bg kekuatan berpuasa penuh...Memang bnyk kenangan berpuasa mms preggy...tambah2  masa pregnant kat Najmi..seolah-olah dapur tak berasap..ada air kathira johor dan etc di bazar...

*******************************************************************************
Berpuasa di perantauan

Kenangan berpuasa di New Zealand, merantau di negara orang...Bazar Ramadhan mmg tak de...masa ni mmg kena buat sendiri kalau teringin nak makan kuih ke lauk ke ape..masa ni lah selalu tepon mama di kampung...mama mcm mana nak masaka ni..mcm mana nak masak itu..hihi..masa ni mmg process pembelajaran memasak yang penuh:)...

Masa kat NZ ni juga selalu iftar di masjid sebab setiap hari disediakan Iftar di Masjid...seronok rasa pelbagai juadah dari negara- negara lain...contohnya, masakan dari negara Fiji, Saudi Arabia, Burma/Myanmar, Pakistan, Jordan, Indonesia, Bangladesh...Orang di sini belrumba-lumba nak sediakan makanan untuk Iftar...moreh mmg tak de kat sini...


********************************************************************************
Begitulah pengalaman2 dan kenangan2 yg dapat dikongsikan kat Anugerah Nurani.....till meet again

Monday, August 23, 2010

Program memasak Iftar di masjid

Salam Ramadhan untuk semua...

Maaf sbb lama tak berupdate..
Entry hari ini berkisah ttg program memasak Iftar community Malaysia di Palmy NZ.

Sabtu lepas, 21/8/2010 pertama kali community Malaysia memasak untuk Iftar di Masjid Cook street. Anggaran masakan untuk 300 org...Alhamdulillah, selesai sudah...Tak seperti tahun2 lepas, community Malaysia hanya memasak untuk pelajar2 Islam di Massey University setiap hari Khamis sepanjang Ramadhan.Anggaran masakan hanya untuk 50-70 org.

Ok..tgok gambar2 yang di snap di bawah...Saya terlupa nak bw camera..saya copypaste gambar dari Saudara Jaafar dan isteri Norfezah dan adik Lutfi.

Menu: Ayam Kurma, Salad, Nasi Putih dan kuih muih
Menu utama dimasak ramai2 oleh kaum bapa di masjid.
Untuk kuih muih, setiap keluarga membuat sumbangan yang kebanyakannya kuih muih tradisional Malaysia.


Kurma in action...

Geng memasak kurma

Process memasak kurma sebanyak 3 periuk

Geng sayur mayur :Salad

Kurma in progress
Semestinya rempah dari Malaysia

Walla...kuih muih ala2 bazar Ramadhan

Karipap ada, seri muka ada, bingka ada, pisang+ kurma(ni menu wajib berbuka)
cucur badak,samosa and spring roll pun ada..Alhamdulillah...

Ruang makan bahagian muslimin

Berbuka dgn kuih-muih + kurma dan pisang dahulu,
kemudian menunaikan solat Maghrib, 
Baru makan nasi

Kaum muslimin tgh tunggu waktu berbuka

"Q" untuk makan nasi

Gambar bawah: Malaysian children
Community Malaysia Muslimat

"palate" sponsor by Burmese
bila makan mcm rasa kerabu pun ada

Muslim Community at Cook Street Mosque.

Alhamdulillah selesai sudah turn Malaysia memasak. seronk bila iftar ramai2 di sini. macam -macam lauk dari pelbagai negara boleh di rasa dan dipelajari..

Monday, August 16, 2010

catatan hati

Salam Ramadhan untuk semua...

Sejak bermulanya puasa 12 August yg lalu, saya tiada idea apa yang nak dimasukkan di blog..maaf ye kwn2.
Alhamdulillah..umat Islam di New Zealand menyambut awal Ramadhan pada 12 August, lewat sehari dari bumi Malaysia..dan pada tarikh itu jugalah tarikh yg membawa pengertian untuk saya..dimana saya telah lahir kemuka bumi ini hasil pertarungan mama 29 tahun yang lalu..Mama..tidak terbalas jasamu...Entry kali ini umpama catatan hati anugerahnurani..Tak pernah saya masukkan dalam entry blog kisah2 macam ini..:)

Syukur pada Allah SWT kerana saya masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi pinjaman Allah SWT. dan yang paling bermakna tahun ini ialah hari dimana kami di NZ bermula puasa..Ramai juga kawan2 saya lahir di bulan ini...Selamat Hari Lahir kawan-kawan ( Siti Asiah, Siti Nur 'Aisyah, Lutfiah Natrah dan lain-lain) maaf ye kalau ada yang saya tak ingat...kalau mengikut tahun, sesiapa yang lahir pada tahun 1981, tahun tersebut pada bulan Ogos itu ialah bulan Syawal mengikut kalendar Islam...:).Tetapi untuk tahun 2010 ini ialah bulan Ramadhan..

Bila umur telah meningkat..saya selalu terfikir, adakah amalan saya sudah cukup??Sudah tentu tidak...!!..Bila orang tny apa azam tahun ini..saya tak dapat jawab di mulut..sbb hati saya dah menjawab dalam diam ketika itu...itulah azam saya pada tahun ini...tingkatkan ilmu dan amal...Ya Allah permudahkanlah jalan hambamu ini....lorongkanlah hati-hati kami di jalanmu...Amin....

***********************************
Sebagai ibu dan isteri , dalam urusan kerja seharian..banyak yang kita dapat belajar dan muhasabah dari hasil kerja kita sebenarnya..Walaupun dalam mendidik dan mengasuh anak-anak kecil, banyak yang kita belajar dari mereka sebenarnya..Ketika memasak, membasuh, berjalan dsb. Mama pernah berpesan pada saya ketika saya belum berumahtangga dulu...Semasa memasak, biarlah hati sentiasa berzikir pada Allah..doa pada makanan. Saya cuba amalkan apa yang termampu...Alhamdulillah dgn izin Allah SWT..Abah pun pernah berpesan benda yang sama..Cuma bagi yang sibuk, saya rasa kita boleh berzikir ketika kaki2 kita melangkah..dalam menghantar anak ke sekolah, dalam perjalanan ke university dsb..Ketika memasak, sambil mengacau senduk di kuali...

Saya bukanla org yg "alim" dalam bab ilmu agama ini..tapi tak salah kiranya kalau kita berkongsi ilmu..satu benda yang mudah yang boleh kita lakukakn secara istiqamah..Zikir Fatimah antara yang mudah dan bila2 masa sahaja kita boleh lakukan....

Zikir ini dinamakan Zikir Fatimah kerana diambil dari kisah Fatimah puteri Rasulullah.Fatimah r.a mengadu pada Rasulullah SAW ketika dia sudah penat mengisar gandum dan meminta pembantu pada Rasulullah untuk membantu beliau mengisar gandum. Tetapi Rasulullah menyuruh beliau berzikir "Subhanallah" (sebanyak 33 kali), "Alhamdulillah"(sebanyak 33 kali) dan "Allahuakbar"(sebanyak 33 kali)..InsyaAllah, Allah akan permudahkan urursan kamu..Yakinlah pada Allah..

Wassalam

Tuesday, August 3, 2010

Ahlan wa sahla Ya Ramadhan

Diam tak diam..kurang dari seminggu saja lagi umat Islam akan menjalani ibadah puasa..Salam Ramadhan Anugerahnurani ucapkan untuk semua..tak kiralah yang selalu singgah kat blog ni ataupun yang baru sahaja singgah di blog ni..Blog Anugerah Nurani juga..hanya sebuah blog catatan..pengalaman ketika kami sekeluarga bermusafir di tempat org...

Syukur ke hadrat Allah kerana kita masih lagi diberi kesempatan bertemu Ramadhan karim untuk tahun ini...Entry kali ini..saya just nak sharing sedikit info ttg puasa..jika masih ada yg belum tahu..atau sebagai peringatan untuk sesiapa yg dah tahu..

Apa itu Puasa?

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.. Source : e-zakat.com (click)

SYARAT WAJIB DAN SAH PUASA
 
 
SYARAT WAJIB PUASA
Berakal
Tidak wajib bagi orang yang hilang akal seperti gila dan pitam yang berpanjangan (pengsan)
Akhil Baligh (cukup umur)
Islam
Kuasa berpuasa
Dikecualikan orang sakit yang kurang mampu puasa, orang tua dan sebagainya

SYARAT SAH PUASA
Islam
Berakal
Suci daripada haid atau nifas
Niat
Imsak iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa

FADHILAT PUASA
 
 
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."    
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti." 

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
 




.. Selamat Berpuasa semua..