Syukur ke hadrat Allah kerana kita masih lagi diberi kesempatan bertemu Ramadhan karim untuk tahun ini...Entry kali ini..saya just nak sharing sedikit info ttg puasa..jika masih ada yg belum tahu..atau sebagai peringatan untuk sesiapa yg dah tahu..
Apa itu Puasa?
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.. Source : e-zakat.com (click)
SYARAT WAJIB DAN SAH PUASA
| 
 | 
FADHILAT PUASA
| Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya." Hadith                               2                               Ubadah                               Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa  Rasulullah SAW                               bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan  hampir                               menjelang:                               "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,  di                               mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya  dengan                               keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni                               dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu,  melihat                               di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi  kebaikan                               yang besar dan berbangga mengenaimu di  hadapan                               malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah  kepada Allah                               Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya  orang yang                               bernasib malang ialah dia yang dinafikan  daripada                               rahmat Allah pada bulan ini." Hadith                               3                               Abu Sa'id  Al Khudri ra.                               meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda:                               "Setiap hari siang dan malam pada bulan                               Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala  membebaskan                               begitu banyak sekali roh daripada api  neraka. Dan                               pada setiap orang Islam pada setiap hari  siang dan                               malam doanya pasti akan diterima." Hadith                               4                                Abu  Hurairah ra.                               meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda:                               "Terdapat tiga jenis orang yang doa  mereka                               tidak ditolak; doa daripada orang yang  berpuasa                               sehinggalah dia berbuka puasa; imam  (penguasa)                               yang adil, dan orang yang dizalimi yang  kerana                               doanya itu Allah mengangkatnya melepasi  awan dan                               membuka untuknya pintu-pintu langit dan  Allah                               berfirman: "Daku bersumpah demi  kemuliaanKu,                               sesungguhnya Daku pasti menolongmu  walaupun pada                               suatu masa nanti."  Hadith                               5                                Ibn  Umar                               ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda:                               "Sesungguhnya Allah dan para  malaikatNya                               mengirim rahmat ke atas mereka yang  memakan sahur."                                Hadith                               6                               Abu  Hurairah ra.                               meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda:                               "Barangsiapa berbuka satu hari di siang                               hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang  wajar (disegi                               syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan  dapat                               menampung atau mengganti hari tersebut  walaupun                               akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya." | 
| 
 | 





 
No comments:
Post a Comment