Nuffnang

Tuesday, July 28, 2009

Marble cake


Resepi ini saya dapat dari dapur kak hanieliza..Memang sedap gebu kek ni..dalam 2 minggu ni dah kali ke3 buat kek ni..kali pertama- masa makan-makan perjumpaan Malaysian Manawatu Assosiation..pertama kali buat wrnakan 2 kaler je..pink and wrn asal...keesokkannya saya buat sekali lagi untuk family mkn dirumah (sebab my daughter tny ttg kek smlm sbb dh habis bw masa perjumpaan tu- lagipun sejuk2 mcm ni diorg asyik lapar je)..disamping sedekah untuk jiran2 sebelah rumah..Yang kedua ni saya wrnkan 3 wrn..and selang 3 hari lepsa tu saya buat sekali lagi..sebab ada jemputan ke rumah.kali ni saya wrnkan hijau kuning pulak..(yg ni tak sempat ambil gambar)memang mudah dan sedap kek ni..hubby pun ckp sedap.

ini resepi "power" dari kak hani untu marble kek tu (saya copypaste dr fotopages kak hani)
Marble Cake

Bahan

250 gm butter
210 gm gula kaster
5 biji telur
1 s/k esen vanilla
240 gm tepung superfine ]
1 s/k baking powder ] ayakkan

20 gm serbuk koko
80 ml susu segar

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 180'C selama 10 minit.
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu dan juga esen vanilla.
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
5. Kacau rata sehingga adunan betui sebati.
6. Bahagikan adunan kpd 2 bahagian [masukkan dalam mangkuk yg berasingan].
7. Masukkan serbuk koko dalam 1 bahagian [mangkuk] dan kacau rata.
8. 1 bahagian [mangkuk] lagi dibiarkan warna asal.
9. Sediakan loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
10. Sudukan adunan ke dalam tengah loyang secara berselang seli warna koko dan warna asal.
11. Bakar selama 50 - 60 minit atau sehingga kek masak.
12. Sejukkan dan potong. Hidangkan.