Nuffnang

Monday, July 27, 2009

Mengapa dan kenapa???

Mengapa dan kenapa harus bermuka-muka??

Actually tajuk ni memang dah lama saya ingin ke"utara" kan...Alhamdulillah kali ini dapat saya kongsikan bersama-sama sahabat sekelian..Penulisan yang agak berbeza dari yang sebelumnya..merencanakan apa yang bermain di kotak minda..topik yang perlu dibincang dan tidak perlu dipandang remah..

Kenapa harus kita bermuka-muka??talam dua muka??tak de muka?Jangan bagi muka?
Mengapa harus dlm hidup keadaan sebegini terjadi..
Mengapa harus kita hidup dalam keadaan sebegini?
Kenapa perkara ini perlu bila kita bermasyarakat??

Saya lontarkan apa yg bermain di fikiran terhadap suami tersayang..
"abang, kenapa kat mana-mana pun ada situasi hidup bermuka-muka ini??"..
Kata Si suami yang tak pernah-pernah jemu menjawab persoalan si isteri (yang memang selaunya bnyk sangat tanya itu dan ini)
" sayang, kat mana-mana pun mesti ada benda ni.walaupun ini bukan benda wajib dalam sesuatu organisasi tapi bila org ada "benda" ni..cepat naik pangkat...orang atasan suka..ala-ala permainan politik dalaman pun ada..Ntahla..kenapa mesti ada situasi sebegini..Tapi ada juga org yang tak de "benda" ni boleh naik pangkat"
..katanya..
Saya berkata lagi pada suami
" nanti kita jgnlah jadi org yg macam ni (yg perlu bermuka-muka dsb untuk hidup)...sebab sayang rasa, tak aman kalau hidup dlm macam ni..hati tak tenang buat ape..Mungkin kita pernah buat silap dalam hidup, tapi kita perlu bertaubat di atas segala kesilapan kita.."
Pengalaman ini boleh mematangkan dan menginsafkan diri..Pengalaman yang juga rencah kehidupan kita diatas bumi pinjaman Allah swt..

Alhamdulillah, jika kita jadi org yang diatas...Kita terpilih oleh Allah SWT untuk menjadi nahkoda sesebuah organisasi...walaupun kita menjadi org di bawah..jangan rendah diri..berkerja keraslah kerana kita juga pilihan Allah untuk menjadi orang di bawah..Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita...Walaupun kita jadi org atas di dalam sesebuah organisasi..jadilah tgn yg memberi...rendahkanlah diri..kerana kita sama sahaja di atas muka bumi...Makhluk Allah, Khalifah Allah yang perlu berbuat kebaikan untuk menjaga amanah Allah SWT.


Sekadar muhasbah diri sendiri..Sucikan hati diri sendiri..Menginsafi diri sendiri...agar hidup kita lebih tenang dan diberkati ALLAH...pada saya keadaan hidup yang bermuka-muka ini boleh merosakkan ukhuwah dan sebaginya..boleh merosakkan jiwa..


Ikhlaskan diri dalam beramal??adakah ia sebenarnya susah?? "Kalau kita rasa susah, kita cuba buat sedikit demi sedikit..kuatkan hati..InsyaAllah anda boleh lakukan"Terngiang-ngiang kata-kata ustazah masa ceramah di Multi Purpose Hall dulu..

Pendek kata...hidup kita dalam dunia ini tak selalunya indah..langit tak selalu cerah..malam suram yang tidak berbintang..itulah lukisan alam..(antara lirik-lairik Nasyid Hijjaz -lukisan alam)..Kalau kita buat salah.kita ada masa untuk berubah..kalau kita rasa hati kita susah tidak tenang...bersihkan hati dengan berzikir..InsyaAllah..Allah sentiasa bersama-sama kita



Akhir kata..salam Sya'ban untuk semua...
Bicara hati anuherahnurani~ July 2009~

3 comments:

Nor Khaizura said...

itu asam garam kehidupan..
dalam hidup ini ada banyak benda yang berlaku yang cukup membahagiakan kita dan juga sebaliknya. sedang belajar sabar, redha dan ikhlas..dan jujurnya semua itu bukan mudah.

Musliyana said...

salam zura..

thanks sbb sama-sama concern tajuk ni...a'a..bukan mudah..masih jauh perjalanan kita..masih bnyk yg perlu dipelajari

raudhah insyirah said...

hi sis... insyaAllah next feb i'll fly to otago... will stay there for two years, actually there are 57 of us from malaysia...hopefully we all can pass the examination this end of the year... pray for us sis! hehe...sis kat north island erkk...bleh la kteorang jengjalan g sana nanti hihihi