Nuffnang

Friday, December 31, 2010

Salam tahun baru

Salam untuk semua..

Tahun 2010 telah meninggalkan kita dengan seribu kenangan suka duka dsb..Kini 2011 sudah menjelma dgn seribu keazaman dan pelbagai cita-cita dan kemungkinan inilah tahun yang dpt merialisasikan harapan yg tinggal harapan tahun lepas.

Apa azam tahun baru sahabat-sahabat semua?
Sudah semestinya semua org nak jadi yg terbaik dan lebih baik atau paling baik dari tahun-tahun lepas.Walau apapun azam kita..semoga semua keazaman dpt dicapai dgn redha Allah SWT..

Untuk suami tercinta..Sayang doakan semoga Allah permudahkan jalan untuk pengajian abang...

Untuk diri sendiri...Semoga lebih kuat dan tabah menjadi isteri dan ibu untuk anak-anak. Semoga lebih bersemangat dan terus bersemangat dlm "kerja" yg dilakukan...

Tuesday, December 28, 2010

SuMmEr ReAdiNg PrOgRaM



Summer kali ini..Alhamdulillah Najlaa terpilih untuk pertama kalinya join Summer Reading Program at City Library...gambar kat atas ni masa report-in kat library untuk program membaca ni...


So at least once a week kena report-in kat library...at least 4 times report-in kat library and they will be invited to the grand event at esplanade park...For the first report-in, I shocked. Many chinese name on the list..Tak sangka pekan sekecil ni punya ramai China...So this is the step for report in, bila sampai put your name at the door. Then wait until they call your name and go with the book and read to them.

Second report-in, many Kiwis and others. No Chinese..rasanya hari kami pergi yg awal2 tu mmg ramai Chinese kot...3rd and 4rd report-in mcm biasa...taklah ramai chines or ramai kiwis.

so inilah antara activity cutis ekolah najlaa dis summer...lain2 cerita update nnt ye..wslm

Friday, December 24, 2010

Summer yg rahmat dari Allah

Salam untuk semua...

Entry mengupdate cerita terkini hanya untuk seketika..
Di NZ dah mula cuti sekolah..so kalau di ikutkan lebih kurang sama dgn Malaysia...cuma sekolah di NZ akan bermula semula bulan feb nnt...

Sekarang Summer di NZ..tapi summer tahun ini tak seperti tahun2 lepas..hujan , mendung dan angin yg kuat...boleh dikatakan dlm seminggu...hujan 5 hari..2 hari je yg betul2 summer..ape2pun bersyukur kepada Allah Swt..kerana dapat jugak kami merasai suhu dan cuaca sebegini..kadang2..dalam sehari..ada 4 musim...So setiap kali nak keluar rumah kena get ready dgn cuaca mcm tu...

Esok Xmas day..so our plan is.."mandi sungai"..hopefully cuaca akan ok esok...and 26 dec pulak boxing day...boxing day ni boleh dikatakan sale untuk semua kedai.....

ok..setakat ni je update kali ni..nnt sy cerita ttg program puteri sulung sempena cuti sekolah..SUMMER READING PROGRAM...till meet again..InsyaAllah..

Sunday, December 5, 2010

cuci sawang

Singgah cuci sawang kat blog sendiri.

Assalamualaikum..hai..apelah nak jadi..mmg jadi menjadi2 penyakit tulis kat blog sendiri ni...so kali ni mmg dtg singgah sapu2 umah..kemas apa yg patut...

nanti sambung lagi...

Thursday, October 28, 2010

Start Kindy

 Little update.
Next week 2nd Nov- 1st day School (oppss..kindyla) for Najmi..tak tahu mcm mana..nnt update lagi citer Najmi..tp mmg excited lah nak ke kindy...sbb Najlaa dah ke sekolah..dia mmg excited bila ckp next week ke kindy..hopefully he willl be ok...AMIN

Thursday, October 21, 2010

17 October

Assalamualaikum...jumpe lagi kita ye..:)entry kali ni saya nak cerita ttg angka 17 ni..

Masa berlalu dengan pantas dan cepat sekali...17 October 2007 (5 Syawal) 3 tahun lepas, pagi raya ke -5 saya bertarung melahirkan seorang bayi ditemani suami tersayang disisi..Sebenarnya ini kali pertama untuk suami menemani saya di " Labour Room"..

Masa anak pertama Najlaa Afiqah, suami tak sempat pulang(masih dalam perjalanan) sebab Najlaa over-due 2 hari dari tarikh yg sebenar. Masa EDD( 12 January 2005) tu mmg suami disisi..tapi Najlaa tak nak lahir lagi nampaknya..Najlaa lahir 2 hari dari tarikh sebenar overdue (9.27 pagi)~ seminggu sebelum raya haji.

Berbalik cerita anak kedua- Bayi yg dilahirkan ialah bayi lelaki seberat 3.2 kg..juga jam 9.12 pagi pada tanggal 17 October 2007..seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW lahir kedunia. Alhamdulillah pengalaman melahirkan anak kedua tidaklah lama seperti anak pertama. Kami namakan putera kami Muhammad Najmi bin Musli..Alhamdulillah saya melahirkan Najmi dgn selamat.

17 October 2010, Najmi dah pun genab 3 tahun. Alhamdulillah...dia mmg menceriakan rumah dgn sifat manja dan kenakalannya sebagai adik kepada kaklong Najlaa'...Najmi mmg suka mengusik org2 dlm rumah ni..terutama kaklong Najlaa..sampai adalah lah adengan nangis2...ni muka budak yg dah cukup 3tahun tu...


 17 October tahun ni mama tak sempat nak buat kek sbb malam 17 October Najlaa ada performance untuk Road to Recovery Concert 2010 di Regent Theater on Broadway, Palmerston North. kanak-kanak Malaysia di Palmerston North bersama-sama mengembleng tenaga dan masa untuk buat persembahan kutipan derma bencana alam (banjir di Pakistan dan gempa bumi di Canterbury NZ. Tapi mama cuba menunaikan impian Najmi untuk kek Mickey Mouse keesokkan harinya (18 october) sebab dah lama Najmi request Mickey Mouse cake. Mama pula tak de fondant wrn merah nak buat ribbon bow tu..so mama buat warna lain ye sayang..Moga Najmi jadi anak yg soleh, taat perintah Allah dan ibu bapa..dan menjadi org yg berguna bila bila besar kelak...salam sayang dari Abah, Mama dan Kaklong.we love you very much.

Alhamdulillah menjadi...tengok muka puas hati dia bila dapat kek tu..:) Najlaa siap buat kad lagi untuk adik kesayangan dia sorang ni... she said: To Najmi Love, Happy Birthday, love from Dad, Mum and Najlaa...

ok next is close up Najlaa make -over before performance...seramai 20 org kanak-kanak dari Palmy yg masuk persembahan mlm tersebut.gambar2 lain saya letak kat fb..ntah kenapa blogger tak leh nak upload bnyk2 mlm ni..so ini je yg ada...maaf ye..


ha.ha..Najlaa jadi pengantin mlm 17 October tu...persembahan dari Malaysia ialah perkahwinan tradisional @Traditional Malay Wedding. So adalah tukang silat, persembahan tarian untuk pengantin...full video untuk persembahan malam tu click kat sini... Traditional Malay Wedding by Kids Palmy. Alhamdulillah they did very well malam tu...and they are the only children performer








Di akhir concert mlm tu...semua performer akan buat persembahan serentak...click sini untuk rakaman penuh persembahan akhir malam tu.."We are the world" 


selamat menonton persembahan tersebut..:)

sekian...from Musliyana with Love

Monday, October 4, 2010

Update

View my own blog everyday.
But can't update anything.
I don't know why??
No mood. No time.
Don't know which one need to update first
No topic but have many things to share

This time I named it Three in One...(Three updates  in one entry)

Assalamualaikum...

After a long time, Alhamdulillah..updating mood is back...:)
Our Hari Raya was awesome.Alhamdulillah that Allah give us chances to have Ramadhan and Eid Mubarak again,even at the end of Ramadhan some part at South Island, New Zealand was affected by earthquake.

Better late than never...:)...Happy Eid Mubarak to all my blogger friends


****************************************************

Far away from Malaysia make me miss Malaysia too much when I can't be there on my sisters BIG DAY.. Congrats to both of you. May Allah bless you always and both of you will be in happiness ever.


*********************************************************
A week after Eid Mubarak, I was invited by Mrs Spall, Najlaa's class teacher to have a small workshop for her children in Room 16 to have simple deco on their cuppies. That was a great opportunity for me to have small deco workshop for littlies.. :) and that day was awesome and fun to see they deco their own cuppies.





These Cuppies is for their last day party for this term.



Thursday, August 26, 2010

17 Ramadhan

Salam...

Diam tak diam..dah 17 hari kita berpuasa..Tapi di New Zealand (16 Ramadhan)start puasa lewat sehari dari Malaysia..mmm..begitu cepat masa berlalu...
********************************************************************************
Berpuasa di SMKAK

Bila sebut 17 Ramadhan ni..
Teringat kenangan2 di sekolah menegah SMKAK..dulu..masa ni selalu ada nasyid, gubahan bunga telur dan kad raya gergasi di sekolah oleh setiap kelas..Waktu tu seoalah-olah macam nak kenduri kendara..Setiap kelas bagaikan sudah biasa buat bunga telur..Siap di letak/cucuk di atas pahar mcm nak bw ke rumah pengantin..Masa tu saya masih di Form 4, kelas yang menang kelas kakak2 dan abang form 5 kot..Diarong create bunga telur guna syiling 1 cent..setiap kelopak bunga tu di buat dari syilling 1 cent yg maroon colour tu...pastu uniform untuk hari tu...untuk pelajar puteri ( term yang digunakan waktu tu..)baju putih sekolah dan berkain batik atau songket...Yang lelakinya (pelajar putera)berbaju melayu putih dan bersampin...

******************************************************************************
Berpuasa di UIA

Berpuasa masa di university pula..best jugak..sbb ada mini bazar ramadhan kat dekat dgn kuliyyah Human Sciences and Engine..so lepas habis kelas kat Kuliyyah Econs, maka menapaklah ke kuliyyah HS...sbb Mahallah Hafsa pun mmg nak kena lalu HS..Masa tu selalu dgn Acik, Wani, Mas, Zura, Rusma &Kak Ja time2 nak beli kuih muih and lauk2....Kalau nak kuar jauh skit nak naik moto or kete dgn Zaemah..hhihi...Ikan bakar cafe Hafsa masa tu mmg the bestlah...dgn air cincau..Tapi sekarang adik kata dah tukar tender...Tambah2 dekat2 raya..lagi best..siap bazar baju2 pun ada...:) Best kenangan...I miss my time at UIA...:)

********************************************************************************
Berpuasa masa preggy (with Najlaa and Najmi)

Bila dah berumah tangga ni...puasa bersama org tersayang dan anak2 pun best juga...Alhamdulillah semasa saya pregnant untuk kedua-dua anak saya...mmg saya berpuasa dgn bby didalam perut...Syukur pada Allah kerana Allah bg kekuatan berpuasa penuh...Memang bnyk kenangan berpuasa mms preggy...tambah2  masa pregnant kat Najmi..seolah-olah dapur tak berasap..ada air kathira johor dan etc di bazar...

*******************************************************************************
Berpuasa di perantauan

Kenangan berpuasa di New Zealand, merantau di negara orang...Bazar Ramadhan mmg tak de...masa ni mmg kena buat sendiri kalau teringin nak makan kuih ke lauk ke ape..masa ni lah selalu tepon mama di kampung...mama mcm mana nak masaka ni..mcm mana nak masak itu..hihi..masa ni mmg process pembelajaran memasak yang penuh:)...

Masa kat NZ ni juga selalu iftar di masjid sebab setiap hari disediakan Iftar di Masjid...seronok rasa pelbagai juadah dari negara- negara lain...contohnya, masakan dari negara Fiji, Saudi Arabia, Burma/Myanmar, Pakistan, Jordan, Indonesia, Bangladesh...Orang di sini belrumba-lumba nak sediakan makanan untuk Iftar...moreh mmg tak de kat sini...


********************************************************************************
Begitulah pengalaman2 dan kenangan2 yg dapat dikongsikan kat Anugerah Nurani.....till meet again

Monday, August 23, 2010

Program memasak Iftar di masjid

Salam Ramadhan untuk semua...

Maaf sbb lama tak berupdate..
Entry hari ini berkisah ttg program memasak Iftar community Malaysia di Palmy NZ.

Sabtu lepas, 21/8/2010 pertama kali community Malaysia memasak untuk Iftar di Masjid Cook street. Anggaran masakan untuk 300 org...Alhamdulillah, selesai sudah...Tak seperti tahun2 lepas, community Malaysia hanya memasak untuk pelajar2 Islam di Massey University setiap hari Khamis sepanjang Ramadhan.Anggaran masakan hanya untuk 50-70 org.

Ok..tgok gambar2 yang di snap di bawah...Saya terlupa nak bw camera..saya copypaste gambar dari Saudara Jaafar dan isteri Norfezah dan adik Lutfi.

Menu: Ayam Kurma, Salad, Nasi Putih dan kuih muih
Menu utama dimasak ramai2 oleh kaum bapa di masjid.
Untuk kuih muih, setiap keluarga membuat sumbangan yang kebanyakannya kuih muih tradisional Malaysia.


Kurma in action...

Geng memasak kurma

Process memasak kurma sebanyak 3 periuk

Geng sayur mayur :Salad

Kurma in progress
Semestinya rempah dari Malaysia

Walla...kuih muih ala2 bazar Ramadhan

Karipap ada, seri muka ada, bingka ada, pisang+ kurma(ni menu wajib berbuka)
cucur badak,samosa and spring roll pun ada..Alhamdulillah...

Ruang makan bahagian muslimin

Berbuka dgn kuih-muih + kurma dan pisang dahulu,
kemudian menunaikan solat Maghrib, 
Baru makan nasi

Kaum muslimin tgh tunggu waktu berbuka

"Q" untuk makan nasi

Gambar bawah: Malaysian children
Community Malaysia Muslimat

"palate" sponsor by Burmese
bila makan mcm rasa kerabu pun ada

Muslim Community at Cook Street Mosque.

Alhamdulillah selesai sudah turn Malaysia memasak. seronk bila iftar ramai2 di sini. macam -macam lauk dari pelbagai negara boleh di rasa dan dipelajari..

Monday, August 16, 2010

catatan hati

Salam Ramadhan untuk semua...

Sejak bermulanya puasa 12 August yg lalu, saya tiada idea apa yang nak dimasukkan di blog..maaf ye kwn2.
Alhamdulillah..umat Islam di New Zealand menyambut awal Ramadhan pada 12 August, lewat sehari dari bumi Malaysia..dan pada tarikh itu jugalah tarikh yg membawa pengertian untuk saya..dimana saya telah lahir kemuka bumi ini hasil pertarungan mama 29 tahun yang lalu..Mama..tidak terbalas jasamu...Entry kali ini umpama catatan hati anugerahnurani..Tak pernah saya masukkan dalam entry blog kisah2 macam ini..:)

Syukur pada Allah SWT kerana saya masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bumi pinjaman Allah SWT. dan yang paling bermakna tahun ini ialah hari dimana kami di NZ bermula puasa..Ramai juga kawan2 saya lahir di bulan ini...Selamat Hari Lahir kawan-kawan ( Siti Asiah, Siti Nur 'Aisyah, Lutfiah Natrah dan lain-lain) maaf ye kalau ada yang saya tak ingat...kalau mengikut tahun, sesiapa yang lahir pada tahun 1981, tahun tersebut pada bulan Ogos itu ialah bulan Syawal mengikut kalendar Islam...:).Tetapi untuk tahun 2010 ini ialah bulan Ramadhan..

Bila umur telah meningkat..saya selalu terfikir, adakah amalan saya sudah cukup??Sudah tentu tidak...!!..Bila orang tny apa azam tahun ini..saya tak dapat jawab di mulut..sbb hati saya dah menjawab dalam diam ketika itu...itulah azam saya pada tahun ini...tingkatkan ilmu dan amal...Ya Allah permudahkanlah jalan hambamu ini....lorongkanlah hati-hati kami di jalanmu...Amin....

***********************************
Sebagai ibu dan isteri , dalam urusan kerja seharian..banyak yang kita dapat belajar dan muhasabah dari hasil kerja kita sebenarnya..Walaupun dalam mendidik dan mengasuh anak-anak kecil, banyak yang kita belajar dari mereka sebenarnya..Ketika memasak, membasuh, berjalan dsb. Mama pernah berpesan pada saya ketika saya belum berumahtangga dulu...Semasa memasak, biarlah hati sentiasa berzikir pada Allah..doa pada makanan. Saya cuba amalkan apa yang termampu...Alhamdulillah dgn izin Allah SWT..Abah pun pernah berpesan benda yang sama..Cuma bagi yang sibuk, saya rasa kita boleh berzikir ketika kaki2 kita melangkah..dalam menghantar anak ke sekolah, dalam perjalanan ke university dsb..Ketika memasak, sambil mengacau senduk di kuali...

Saya bukanla org yg "alim" dalam bab ilmu agama ini..tapi tak salah kiranya kalau kita berkongsi ilmu..satu benda yang mudah yang boleh kita lakukakn secara istiqamah..Zikir Fatimah antara yang mudah dan bila2 masa sahaja kita boleh lakukan....

Zikir ini dinamakan Zikir Fatimah kerana diambil dari kisah Fatimah puteri Rasulullah.Fatimah r.a mengadu pada Rasulullah SAW ketika dia sudah penat mengisar gandum dan meminta pembantu pada Rasulullah untuk membantu beliau mengisar gandum. Tetapi Rasulullah menyuruh beliau berzikir "Subhanallah" (sebanyak 33 kali), "Alhamdulillah"(sebanyak 33 kali) dan "Allahuakbar"(sebanyak 33 kali)..InsyaAllah, Allah akan permudahkan urursan kamu..Yakinlah pada Allah..

Wassalam

Tuesday, August 3, 2010

Ahlan wa sahla Ya Ramadhan

Diam tak diam..kurang dari seminggu saja lagi umat Islam akan menjalani ibadah puasa..Salam Ramadhan Anugerahnurani ucapkan untuk semua..tak kiralah yang selalu singgah kat blog ni ataupun yang baru sahaja singgah di blog ni..Blog Anugerah Nurani juga..hanya sebuah blog catatan..pengalaman ketika kami sekeluarga bermusafir di tempat org...

Syukur ke hadrat Allah kerana kita masih lagi diberi kesempatan bertemu Ramadhan karim untuk tahun ini...Entry kali ini..saya just nak sharing sedikit info ttg puasa..jika masih ada yg belum tahu..atau sebagai peringatan untuk sesiapa yg dah tahu..

Apa itu Puasa?

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.. Source : e-zakat.com (click)

SYARAT WAJIB DAN SAH PUASA
 
 
SYARAT WAJIB PUASA
Berakal
Tidak wajib bagi orang yang hilang akal seperti gila dan pitam yang berpanjangan (pengsan)
Akhil Baligh (cukup umur)
Islam
Kuasa berpuasa
Dikecualikan orang sakit yang kurang mampu puasa, orang tua dan sebagainya

SYARAT SAH PUASA
Islam
Berakal
Suci daripada haid atau nifas
Niat
Imsak iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa

FADHILAT PUASA
 
 
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."    
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti." 

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
 




.. Selamat Berpuasa semua..

 

Saturday, July 31, 2010

Photoshooting at Massey University 2010

Salam to all

Lama tak coret2 kat blog ni...Sbb sibuk skit handle everything..."house chores" because of  "my other half" tak balik lagi...

Seperti tahun lepas Malaysian Palmy akan mengadakan Photoshooting sempena Hari Raya...En3 kali ni just coret2 about  last day (Saturday 31July 2010)...So we had our photo shooting for our hari raya 2010..Cepat kan...Puasa pun tak start lagi...Sesi photo shooting ni antara postgraduate and undergrad Massey Uni..

Mmm..mula-mula mama tak nak pegi, sbb dah called and told Abah about that..tp disebabkan si doter beria-ia nak pergi photoshooting..Mama text Abah di ______________...and we all pegila jugak kat Massey Uni tu..mama tak nak pegi sbb tak complete family kan on that day.:(..huhu....Tp bila difikir-fikirkan kembali apa salahnya..photoshooting ramai2 dgn sahabat2 dan adik2 Palmy...Mmg ramai jurugambar2 professional kat tempat tu..walaupun masih belajar lagi..tapi hasil gambar2 adik2 ni mmg menakjubkan..Yasir..akak minta izin kopipes kat sini yer..,,Taraaa...kat bawah ni gambar2 di hari kejadian...

Undergraduate + postgraduate

Post graduate and families
(Ramai juga yg tak ada disebabkan urusan conference dsb.. )
undergraduate ....brothers and sisters
Above pics: The cameramen
Below Pic: The Directors

 THE CREW...
Special Thanks to Saudara Fadhil,Nadly, Yasir, Ajmal dan Lutfi...
serta adik2 dan AJK terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung

(cekak pingang)....
2nd Director said: "children...berdiri elok2"
Say cheese..from kanak-kanak Palmy
 mmmm...memang mencabar nak susun diorg ni untuk sesi photoshooting


Last but not least...
Last pic...
Salam Ramadhan dan Salam AidilFitri 
dari Najlaa dan Najmi untuk semua..
Especially untuk saudara mara di Malaysia


Sunday, July 25, 2010

Belated birthday cake for Jurgen

Salam Sya'ban untuk semua..
N3 hari ni kisah lama..tapi terlupa nak update..Kisah middle July..Hubby requested birthday cake for his research partner from German at Uni..He requested chocolate cake.. Tak kisah lah ape pun..janji chocolate cake..so inilah hasilnye...Belated birthday cake untuk Jurgen..

Saya guna resepi ni..
memang best chocolate cake jugalah bg saya...sbb senang nak buat :)

Best Moist Chocolate Cake

Ingredients

  • 1 cup margarine
  • 1 3/4 cups white sugar
  • 3 eggs
  • 1 1/2 teaspoons vanilla extract
  • 1 1/2 cups milk
  • 2 1/2 cups all-purpose flour
  • 6 tablespoons unsweetened cocoa powder
  • 1 1/2 teaspoons baking soda
  • 1 teaspoon salt

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour a 9x13 inch pan. Sift together the flour, cocoa, baking soda and salt. Set aside.
  2. In a large bowl, cream together the margarine and sugar until light and fluffy. Beat in the eggs one at a time, then stir in the vanilla. Beat in the flour mixture alternately with the milk, mixing just until incorporated. Pour batter into prepared pan.  
  3. Bake in the preheated oven for 40 to 45 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean.
  4. Allow to cool.

 Resepi ni saya google kat internet..kat  sini (click ye)...banyak resepi kat situ... 

Untuk topping...saya guna full ganache...

Ni je gambar yg sempat di snap...masa ke rumah Jurgen tu...ok..slmt mencuba..