Nuffnang

Thursday, April 30, 2009

Gift from Suzi_Adelaide

Gift ni saya dapat dari Suzi..kenalan lama ketika mula-mula ber"blogging"..Thanks Suzi...Blog dapur Suzi yang tak pernah kering dengan pelbagai resepi memang patut dikunjungi.



Now, saya nak panjangkan gift ni buat semua sahabat-sahabat yang datang menziarah AnugerahNurani ni..
jangan segan-segan nak ambil key..
Moga Ukhuwah berpanjangan.



Tuesday, April 28, 2009

Vacation: School Holiday & easter trip

Alhamdulillah...Cuti sekolah anak kali ini,kami berpeluang menjelajah some interesting places at North Island,NZ..Ala-ala budget family vacation kali ni..Destinasi utama kami ialah Auckland.


Kami pergi melalui Lake Taupo, Hamilton,Manukau City and tiba di Destinasi Auckland. selama lebih kurang 10 jam perjalanan(sebab stop for a while at some of the interesting places) = 530km. Dua hari kami bermalam di Auckland dan perjalanan balik ke Palmy pula,kami bermalam di Hamilton dan bertolak ke Palmy melalui Rotorua,Lake Taupo and Palmy.So perjalanan balik lebih panjang dari perjalanan pergi ke Auckland.
********************************************************

First story : Palmy- Auckland

Dari Palmy,kami bertolak jam 9 pagi. Kami sempat singgah di Queen Elizabeth Army Memorial Museum..Dari Army memorial Museum, saujana mata memandang ke arah Mt. Ruepehu. Mount Ruepehu merupakan tempat untuk bermain snow bila winter menjelang.




Mount Ruepehu

Kemudian kami berhenti bersarapan di Lake Taupo, antara Lake yang terbesar di NZ ni..Tak sangka dapat berjumpa dgn Malaysian lain disini..)in the pic, Sis Nora+Bro Affandi and family,Bro Ziad+Sis Ila and family and Bro Ziad's friend (just finished his Phd at Japan)

Lepas makan pagi,kami singgah di Huka Falls.Disebabkan tak nak berhenti lama di Huka Falls,kami cuma berjalan-jalan di padang sebelum sampai ke Huka Falls. Permandangan daun dan pokok-pokok yang kemerah-merahan dan kekuning-kuningan memang mengasyikkan pada musim autumn ni.

Lepas Huka Falls,Kami singgah di Honey Hive..free entry and free tasting..Just for a few minutes and then bertolak ke Auckland.Kami tiba di Auckland jam 8.00mlm,setelah 10jam perjalanan.
From left: Humaira',Najlaa',Ashraf,Daniel and Najmi

Disebabkan hujan,plan kami pada awalnya untukmelawat Zoo Auckland berubah kepada
Kelly Tartoon's Antartic Encounter Underwaterworld.
Kelly Tartoon ni memang menarik and amat berbaloi...for details,please visit http://www.kellytarltons.co.nz/home/page.aspx


Berjalan merentasi Aquarium


Najlaa dan Najmi sedang memerhati ikan pari besar dalam Aquarium.
Selepas 2 hari bermalam di rumah sahabat se"faculty" dulu Dina, Kami bertolak ke Hamilton pada petang Selasa (21 April 2009)...Thanks Dina and Kak Asiah sefamily.

**************************************************
Second Story: (First part )Auckland Hamilton

Destinasi kedua, rumah Kak Nanie,sahabat se"faculty suami di Johor. Sebab Kak Nani baru tiba di Auckland, Alhamdulillah ada rezeki jumpa Abg Faiz and Kak Nani sefamily.Anak Kak Nani yang bongsu sebaya dengan Najmi.Dan kebetulan nama pun sama,Najmi.Dulu sebelum fly ke NZ kami sempat ziarah Kak Nani yang masih berpantang masa tu.

Kanak-kanak yang sentiasa riang gembira
(Najlaa' Afiqah,Fatin Najihah, Fathi Najmi and Muhammad Najmi) Thanks Abg Faiz and Kak Nani
Bergambar di perkarangan tasik Waikato University NZ
********************************************
Second Story: (Second part )Hamilton-Rotorua-Palmy

Tempat pertama yang kami singgah just untuk ambil gambar ialah Hobitton Movie Set (Lords of The Ring)and Farm Tours. Kami hanya singgah dan tengok permandangan dari luar sebab untukke rumah hobitton tu kita perlu menaiki bas tour dan perjalanannya agak lama. Perjalanan kami untuk balikke Palmy masih jauh, so kami stop for a while je kat tempat tu.


Next interesting place yang kami visited ialah ZORB. The Zorb ni tempat org main big ball,and kita boleh masuk dalam ball and ball tu akan tergolek kebawah(orang dan air ada di dalam ball tersebut).Memang adventure aktiviti ini...
Kemudian kami stop sekejap di Agrodome dan kemudian meneruskan perjalanan ke Kirau Park of Rotorua.
Antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika di Rotorua.
Aktiviti merendam kaki dalam air panas.
Berhenti solat di i-site Rotorua
gambar bawah: Lake Rotorua
Sekian untuk kali ini .....pengalaman,bermusafir dan melihat kebesaran Allah di bumi NZ kali ini..
~the end~

Saturday, April 25, 2009

Grand Opening Sale

Our Grand Opening Sale!!!!

http://www.mymuslimart.com/

Dear bloggers , there are several good opportunities for you

1. You can be our customer and
participate in our grand opening sale

2.You can join our Affiliate Program
(be a direct affiliate and be a dealer/resellers)

For further details

You are welcome to visit our online Muslimart
(better view using internet explorer rather than Mozilla Firefox)

Happy Birthday to our online business
(Special thanks to Z,Y and U)

Tuesday, April 7, 2009

For your info

PEMBIAYAAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI (For Malaysian students)

PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KE-2

UNTUK PERHATIAN PELAJAR MALAYSIA (MASTERS/PHD)

PENDAHULUAN

Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

OBJEKTIF PROGRAM

Menyediakan peluang pembiayaan bagi graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan.

PENAJAAN PENGAJIAN

• Penajaan ini HANYA terbuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dalam tahun 2009 serta yang akan memulakan pengajian bagi sesi akademik 2009/2010.
• Calon-calon yang ditaja HANYA akan dibiayai dari segi yuran sepanjang tempoh pengajiannya.
• Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat sarjana ialah empat semester (dua tahun) iaitu tidak melebihi RM10,000.00.
• Tempoh tajaan maksimum bagi pengajian peringkat PhD ialah lapan semester (empat tahun) iaitu tidak melebihi RM20,000.00
• Bagi calon PhD, RM1,500.00 disediakan sebagai bantuan khas penyelidikan dan penyediaan tesis dengan syarat cadangan penyelidikan diluluskan oleh pusat pengajian siswazah/fakulti dan bantuan ini adalah termasuk serta tertakluk kepada had maksimum peruntukan bagi seorang calon PhD iaitu tidak melebihi RM20,000.00.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
a. Syarat-syarat Umum

i. Terbuka kepada WARGANEGARA MALAYSIA yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat PhD para tarikh memulakan pengajian.
iii. Pengajian adalah secara sepenuh masa.
iv. Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
v. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
vi. Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
vii. Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk berkhidmat dengan pihak kerajaan selepas tamat pengajian.

b. Syarat-syarat Khusus

i. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat PhD.
ii. Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara ONLINE melalui laman web KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (www.mohe.gov. my) mulai 19 MAC 2009.

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:-
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi
Presint 2, 62100 Putrajaya
(u.p. Tajaan Khas Bajet Mini 2009)

Tel: 03-88844607/ 4612/4669/ 4634/4618
Faks: 03-88844701
e-mel: bajetmini@mohe. gov.my

Nota: Pembiayaan ini tidak termasuk kos elaun sara hidup. Jika perlu PTPTN ada menyedikan kemudahan pinjaman ini, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi berkenaan.

Monday, March 30, 2009

Tag dari Lady Z

Tag ni dah lama sebenarnya..biasalah..saya ni bab tag-meng"tag"..lmbt skit..sorry yer sis..Petua yang diminta..

Ada satu petua yg saya baca di internet...Masa anak-anak anda tgh tidur-tidur ayam(tgh lali nak tidur) bisisk kat telinga dia..apa yang kita nak kata, apa yg kita harapkan kat dia..contohnya..
"Kaklong kena jadi anak yang solehah tau, dengar cakap mama abah,jadi Good girl, Tak boleh cakap kasar2 dgn orang...and etc"
InsyaAllah apa yg kita ckp dia akan masuk ke telinga..diserap ke otak..dia akan mengangguk-anggukkan kepala padahal matanya terpejam..Saya ada buat kat anak saya masa dia 2 yrs..and nmpk keberkesanannya..Tapi sejak kebelakangan ni saya sering alpa benda ni...he..he..

selain petua...saya dapat ni dari one of my friends..saya rasa agak berguna untuk kita sebagai parents..

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2.
Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
4.
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan
diri mereka beban.
8.
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.
Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.
Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.
Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda


Pembantu Si kecil

Rasa lama betul tak berupdate..Nak stay lelama pun susah skit sekarang ni...

Tajuk kat entry ni bukan nak minta pertolong ke ape2..saje.. jgn risu yer..

kisah my little HERO...Yang selalu sibuk nak buat apa yg mamanya buat...Semua dia nak buat...wpun kecik..vacuum cleaner pun dia"larat" angkat..bukan setakat vacuum jer..kalau kotak groceries pun dia boleh angkat...Tapi kalau nak suruh vaccum dia memang "totally responsibled". Cuma masa vaccum je mamanya..tarik wire, ambil penyambung vaccum tu, and simpan wirenya...semua dia nak buat..yelah.mungkin boring sbb his sister ke kindy.Kalau tak layan dia time tu..dia akan tarik baju ke, tgn ke..suruh main dgn dia..Kalau nak ambil Kaklong(in case dia tidur time tu) mesti dia akan sindiri terjaga..Sebab seronok ke kindy Najlaa.


Ni masa abahnya nak membasuh kereta..tetiba ramai pembantu..he.he..




The end

Saturday, March 28, 2009

Kuih Tiram

Last Saturday, Culture Day kat sini, so saya buat "Kuih Tiram". Inilah kali pertama saya buat kuih ni..alhamdulillah...menjadi..disebabkan kuih ni kuih kegemaran saya...saya cuba jugak buat...sebab dulu hanya tahu makan jer kan..tapi memang saya tak tahu pun nama kuih ni KUIH TIRAM.. sebab kat tempat saya panggil kuih ni KUIH KAPAL TERBANG.

Resepi yang saya gunakan dari DAPUR MAT GEBU....(Dapur tanpa sempadan)..(click kat dapur dia)pastu kat dapur SUZI (click kat dapur dia)pun ada jugak...yg ni saya copy dari dapur suzi...sebab sama jer bhn2 dia..SUZI sorry..copy paste je ekk..


Bahan-bahan ( dapat banyak...boleh dapat satu tin besar kot! )

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.
Ni cara2 dari dapur Mat Gebu tue...memang membantu..Memang saya copypaste dari MAT GEBU jer...TQ sebab letak cara2nya..lepas tengok cara kat dapur MAT GEBU nih..baru saya tahu macam mana nak buat kuih ni.

Cara membuatnya :-)

  • Bancuh tepung jagung dengan minyak masak dan kacau hingga menjadi pes yang licin dan tidak berketul2. Ketepikan.
  • Gaul tepung, garam, telur dan mentega hingga rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambul terus menggaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulatkan dan bagi kepada 2 bahagian (mat bagi pada 3 bahagian). Ambil satu bahagian, canai nipis dan sapu dengan pes tepung tadi rata (lebih kurang 1 1/2 camca besar).
  • Kemudian gulung kemas2 macam nak buat swiss roll. Ketatkan gulungan dan potong lebih kurang 1.5 cm, seperti gambar di bawah.
  • Ambil satu bahagian. Canai nipis memanjang seperti dalam gambar.
  • Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas, mat goreng 3 kuih sekali goreng sebab yang mat buat ni besar, kalau nak buat kecil, doh (sebelum dicanai) tadi bagi kepada bahagian yang lebih kecil, canai dan sapu pes tepung, gulung dan potong kecil, canai dan goreng...tapi keje kena lebih laaa..Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Salut dengan gula kastor.

Wednesday, March 18, 2009

Cream Puff


Cream Puff kali ni..saya follow YOUTUBE jer..untuk resepi dan caranya click disini...CREAM PUFF..

Actually dulu pun saya pernah cuba buat..tapi resepinya cegini pula...

Resepi: Cream Puff

Bahan-bahan...

Bahan A (kulit cream puff)

1. 600 ml air
2. Mentega sebuku (250g)
3.Tepung gandum 340 g
4.Telur 400 g (Lebih kurang 10 biji)
5.Garam 1.5 g


Bahan B (inti cream puff)

1. Tepung Kastard 120g
2.Gula halus 80 g
3.Susu segar 80 g
4.Esssence Vanilla (just beberapa titik)


Cara-cara...
1. Masak mentega bersama air dengan api sederhana hingga mendidih...
2. Bila mendidih, baru masukkan tepung dan garam..tutup api...gaul hingga sebati
3. Biar bahan2 tadi sejuk dahulu (tak perlu masuk peti ais)
4.Kemudian..baru masukkan telur..satu persatu..
Untuk mudah "mixer"kan bahan2 tadi..pukul telur di bekas berasingan baru masukkan ke dalam adunan tepung tadi..
5. kemudian, gunakan sudu besar..letakkan sesudu demi sesudu adunan tadi ke dalam dulang @loyang pembakar yang telah di sapukan mentega sedikit (bukan nya ape....untuk elak melekat jer..)
6. Bakar dengan suhu 220*c,selama 30 minit..

(jangan risau..kalau puan2@saudara saudari letak tak cantik adunan tadi kedalam loyang pembakar...nnt masa tgh bakar..dia naik sendiri dan membentuk dgn cantik..)

Lepas kulitnyer masak baru sediakan inti...

Cara-cara untuk menyediakan inti...
1.Masak di atas api perlahan..gula + susu...
2.Bila gula+ susu tadi dah suam2 kuku..masukkan tepung kastard..
3.Kacau hingga mendidih..masukkan Essence Vanilla
4.Kacau hingga likat..tutup api..

Kemudian...potong tepi cream puff..selalunya ada bahagian yg kita nmpak nipis skit..potong dan masukkan inti sesudu..(ikut suka bnyk mana nak letaklah..)

ok..selamat mencuba..kalu buat kecil letak dgn sudu..lepas puff naik..comey jer...lepas tu..dpt bnyk lah sikit..kalu br nk try..buat half jer bahan2 tadi..