Nuffnang

Saturday, March 28, 2009

Kuih Tiram

Last Saturday, Culture Day kat sini, so saya buat "Kuih Tiram". Inilah kali pertama saya buat kuih ni..alhamdulillah...menjadi..disebabkan kuih ni kuih kegemaran saya...saya cuba jugak buat...sebab dulu hanya tahu makan jer kan..tapi memang saya tak tahu pun nama kuih ni KUIH TIRAM.. sebab kat tempat saya panggil kuih ni KUIH KAPAL TERBANG.

Resepi yang saya gunakan dari DAPUR MAT GEBU....(Dapur tanpa sempadan)..(click kat dapur dia)pastu kat dapur SUZI (click kat dapur dia)pun ada jugak...yg ni saya copy dari dapur suzi...sebab sama jer bhn2 dia..SUZI sorry..copy paste je ekk..


Bahan-bahan ( dapat banyak...boleh dapat satu tin besar kot! )

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.
Ni cara2 dari dapur Mat Gebu tue...memang membantu..Memang saya copypaste dari MAT GEBU jer...TQ sebab letak cara2nya..lepas tengok cara kat dapur MAT GEBU nih..baru saya tahu macam mana nak buat kuih ni.

Cara membuatnya :-)

  • Bancuh tepung jagung dengan minyak masak dan kacau hingga menjadi pes yang licin dan tidak berketul2. Ketepikan.
  • Gaul tepung, garam, telur dan mentega hingga rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambul terus menggaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulatkan dan bagi kepada 2 bahagian (mat bagi pada 3 bahagian). Ambil satu bahagian, canai nipis dan sapu dengan pes tepung tadi rata (lebih kurang 1 1/2 camca besar).
  • Kemudian gulung kemas2 macam nak buat swiss roll. Ketatkan gulungan dan potong lebih kurang 1.5 cm, seperti gambar di bawah.
  • Ambil satu bahagian. Canai nipis memanjang seperti dalam gambar.
  • Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas, mat goreng 3 kuih sekali goreng sebab yang mat buat ni besar, kalau nak buat kecil, doh (sebelum dicanai) tadi bagi kepada bahagian yang lebih kecil, canai dan sapu pes tepung, gulung dan potong kecil, canai dan goreng...tapi keje kena lebih laaa..Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Salut dengan gula kastor.

5 comments:

lady zaini said...

hehe..akak panggil kuih kapal terbang kemek..

p/s: u've got mail..

Taiping to Batu Pahat said...

ai diyana,
A'ah la org utara panggil kue kapal terbang. Memang lepas siap masak die akan jadi rangup pecah2 ek? Tgk masa potong ingatkan die akan jadi licin je surface kueh tu..hehe
-rin

Umie said...

umie pun panggil kuih kapal terbang...hehehe... ala,tetiba teringat masa kecik2 dulu selalu tolong mak buat kuih nie...skrg nie nak buat sendiri kompem la check resepi dulu...hehehe

Musliyana said...

salam lady zaini..

i got your mail

Rin,
Bila tgok nama kuih tiram , dyn pun confius..and rupa2nya di utara je pangil kuih kapal terbang..

Umie,
Tak pelah.umi tolong jugak mak buat..dyn tunggu mak balik kenduri..kan selalu org bg bila gi kenduri...kau Utarala..tmpt lain tak tahulah..

wanita besi said...

diyana ... ni kuih org tua2 dolu..hihik...salute betul laa ...diyana leh buat!! Kagum kak ila !!!