Alhamdulillah..Menu lunch kami sekeluarga untuk hari ini..Resepi Stuffed Crust Pizza.. (click here for recipe)Noreen ni tunjuk step by step how to do it..
Bila ziarah dapur Noreen resepi roti ni..mata tersangkut kat Chocolate Swirl Bun Noreen..memang menarik..Sesiapa yang nak tengok bagaimana cara membuat Swirl Bun..jemput ke Dapur Noreen.Bun Kami untuk dinner ala-ala swirl bun jugak sebab saya guna cara membuat swirl (sebab baru nak belajar)..but menggunakan resepi Ikan Bilis Bun Noreen..Saya buat Swirl Bun inti kaya and curry. So saya copy paste resepi bun ikan bilis yang saya gunakan untuk kali ini..
Ini resepi Ikan bilis Bun..saya ambil dari Dapur Noreen.Thanks kerana berkongsi resepi dan berkongsi bnyk tips tentang membuat roti.
400gm tepung roti
100gm tepung kek
90gm gula kastor
10gm tepung susu
1 camt bread improver
5gm garam
11gm instant yeast
1 biji telur
220gm air sejuk
70gm marjerin/butter/unsalted butter
sambal ikan bilis atau ikut selera masing2
sedikit olive oil untuk sapuan atas roti
cara:
- masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
- biarkan sehingga siap dalam 1 1/2 jam
- keluarkan dan letakkan doh di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
- tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
- kemudian potongkan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola
- lakukan sehingga habis dan biarkan doh rehat selama 10 min
- kemudian ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di atas tangan
- isikan dengan inti sambal ikan bilis dan tutupkan semula menjadi bola
- lakukan sehingga habis dan letakkan doh tadi ke dalam baking tray
- pastikan setiap doh dijarakkan supaya ianya tidak akan bercantum apabila proses penaikan doh semula dan apabila semasa dibakar
- biarkan doh tadi naik sekali lagi selama 45 min
- pada yang tinggal di negara 4 musim letakkan baking tray yang berisi roti ke dalam oven. letakkan dua cawan air panas di dalam oven dan tutupkan pintu oven. tidak perlu di ON kan oven tadi
- setelah itu bakar pada suhu 190C selama 10-12 min atau sehingga masak dan keperangan
- apabila sudah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan olive oil supaya ianya sentiasa lembut
4 comments:
Dyn.. Wahhh.. mengancamnye pizza ngan roti tu. heheh..kami kat sini makan roti beli je. macam maleh nak buat.
wah cantik roti tu gebu gebu...boleh bukak kedai roti
salam kak misah..
ni case teringat kat pizza hut ni tau..sbb tu gulung chesse kat tepi keliling pizza tu..he.hee
salam kak nani..
jeles tgok roti kak nani swirl choholate tu..tu yg try jugak tu,,guna kaya yg kak nani ajaq lah
diyana...nnt balik malaysia..bole buat demo kat kitorang erk!! hiksss
menyelerakan sungguh!!!
Post a Comment