Nuffnang

Saturday, January 10, 2009

Raisin Bun

Actually resepi kali ini hasil daripada terjahan ke dapur suzi...(maklumlah ..lama tak menziarah kawan2 blog..kenalan lama semasa mula2 berblogging)Resepi asal ialah ROTI NAIK..memang cantik roti yang suzi buat..and memang naik betul.., tapi saya edit sedikit resepi asal dengan menambah raisin semasa menguli adunan..dan taburkan gula castor diatas adunan sebelum membakar roti.

Saya buat half daripada resei asal dibawah...dan hasil daripada adunan yang separuh, saya dapat buat 16 bun kecil-kecil.


Bahan-bahan:
  • 700 gm tepung roti
  • 50 gm shortening - saya letak minyak masak je...
  • 200 gm air suam kuku
  • 200 gm evaporated milk - sama dgn mamafami pakai susu segar
  • 100 gm gula kastor
  • 1 sudu teh garam
  • 1 packet instant yeast (11g)
  • 2 biji telur
  • sedikit marjerin

Cara-cara
:
  1. Masukkan semua bahan dalam BM dan ON kan.
  2. Setelah siap/naik, keluarkan dan tumbuk utk membuang angin. Uli sekejap.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan bulatkan. Letakkan ke atas dulang pembakar dan biarkan naik lagi.
  4. Sapu dengan susu dan bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu180 C selama 20 - 30 minit.
  5. Apabila sudah masak...keluarkan dr Oven dan sapu dengan marjerin.
  6. Sedap dimakan dengan kari, serikaya, jam atau apa2 je....

kami sekeluarga makan cicah kari daging jer semalam...

Thanks kat suzi sebab berkongsi resepi ni...dan maaf..saya copy paste jer..he.he.


3 comments:

Suzi said...

...comelnya roti naik diyana...anak2 mesti teruja nak makan...

Musliyana and family said...

to suzi..tak secantik roti suzi

Tie said...

Hah...kak tie baru buat roti semalam...cicah dengan kari juga.. macam berjanji je, kan...