Nuffnang

Tuesday, January 20, 2009

Mexican bun

I got this recipe from UK..ownernye...Noreen..one of my new blogger friend.Kalau tengok Dapur Noreen ni..Semua roti menarik-menarik untuk dicuba...This is one of the recipe yang saya cuba untuk kali kedua...Untuk kali kedua saya campurkan Wheat Flour with High Grade / high Protein Flour plus raisin...Tapi saya buat taklah secantik tuan punya resepi...Bahan-bahan dan caranya ada dibawah...sorry Noreen..dicopy paste jer...



Bahan-bahan (14 biji):
400gm tepung roti
2 camt yis
1 camt garam
50gm mentega - dicairkan
60gm gula pasir
1 biji telur
100ml susu segar
110ml air sejuk

Bahan2 topping:
100gm mentega
100gm tepung kek - tepung gandum pun boleh
80gm gula aising
2 biji telur
1-2 camt serbuk kopi segera/nescafe - dibancuh dengan 1 camt air panas

cara:
  1. cara membuat topping: pukul mentega dan gul aising pada kelajuan sederhana selama 5 min sehingga adunan ringan dan gebu
  2. masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  3. setelah itu masukkan serbuk kopi
  4. kemudian masukkan pula tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati
  5. masukkan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia digunakan
  6. cara membuat roti: masukkan kesemua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan setting untuk doh
  7. tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
  8. setelah siap keluarkan dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  9. tumbuk2kan doh tadi dan bentukkan menjadi bulat yang besar
  10. rehatkan doh tadi selama 10-15 min
  11. setelah itu bahagi2kan doh kepada setiap satu seberat 50gm dan bentukkan menjadi bola
  12. susunkan doh tadi di dalam loyang yang telah digris terlebih dahulu dan pastikan jarak di antara doh supaya ianya tidak melekat
  13. kemudian tutupkan loyang tadi dengan cling film dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45 min
  14. pada yang tinggal di negara sejuk bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven tanpa on kan dan letakkan dua cawan air panas dikiri kanan loyang tadi
  15. tutupkan oven dan biarkan doh naik dua kali ganda
  16. setelah itu bolehlah dipaipkan dengan topping tadi dengan bentuk spiral bermula dari tengah
  17. lakukan sehingga habis doh tadi dipipekan dengan topping
  18. bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau sehingga masak
  19. enak dihidangkan ketika masih panas

6 comments:

Suzi said...

sedap roti ni...aroma nya harum satu rumah(bau kopi)....

Ida said...

wah best nih...leh cuba nanti...

hang_lipur said...

best nyer..
tiap kali tgk blog diana...
mesti ada resipi baru!
sorry ek...nadey dah copy semua resipi...tp tah bilaaa sempat nak buatnyer!!! hihihhi thanks!

Umie said...

Dyn, nnt balik Malaysia jgn lupe buat kelas masakan..bole umie join nnt..heehehe

Aisyah said...

diana ni memang pandai masak.. hehe.

Musliyana and family said...

Salam to all..

Suzi: mmg sedap aromanya..kopi pulak tue..he.he

Ida: cubalah nnt..best jugak..sekali sekala rasa roti coffee nih..

Hang lipur:tak pe nadey..copy jer...mana ada tiap kali..kalu najmi tak kacau..baru leh update bnyk2..

Umie: kelas memasak?ha..ha..mana boleh lawan kak azjie and gengs lagik.memasak untuk diri sendiri lepas lah..ha.ha..dah beli rumah ke kat pt raja?

Aisyah: ibu aisyah, sini kalu tak buat pakai tak merasalah jwbnya..nk balik msia..jauh..hu..hu