Nuffnang

Sunday, February 7, 2010

Roti Sosej@Sausage Bun


Saya ambil (copy -paste) resepi ni dari Dapur Suzi, antara kawan-kawan lama ketika mula2 berblogging....dah lama ambil resepi ni kat dapur suzi (yg penuh dgn resepi), masa tu Suzi masih lagi di Adelaide, Australia..Sekarang beliau dan keluarga dah pulang ke Malaysia..baru kali ni berkesempatan mencuba resepi suzi ni..Bila anak dah mula masuk school, morning tea and lunch nak kena prepare, so bnyk skit menu yg mahu dicuba...Thanks ye Minami and Suzi for sharing this recipe.

Suzi ambil resepi ni dari sini:minami133@myresipi.com .

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 190 ml air
  • 400 gm tepung roti
  • 5 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sudu kecil yis
  • 60 gm butter
  • **bahan2 lain**
  • 12 batang sosej
  • sos cili
  • cheese

Cara-cara

  1. masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
  2. bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
  3. ambil sebiji doh. canaikan
  4. ambil sebatang sosej dan gulung
  5. hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
  6. tolak kiri dan kanan selang seli.
  7. ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
  8. biarkan doh selama 40 minit.
  9. setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.
  10. roti siap dibakar..

Gambar atas: ketika menuggu roti naik untuk 40 min (saya tunggu 30 minit je kot)


Gambar atas: letak topping : saya letak sos cili+sos tomato+sos BBQ+ cheese

Gambar atas: baked untuk suhu 180 darjah celcius selama 20 minit

Gambar atas; sedia untuk dimakan

No comments: