Nuffnang

Thursday, January 1, 2009

Salam tahun baru 2009

Salam Tahun Baru buat semua..
Apa azam kita???
Semoga apa yang diazamkan oleh kalian semua dipermudahkan dan diberkatiNya....
Semoga lebaran baru 2009 yang mengiringi kita..dapat mendekatkan kita kepadaNya..

Sebagai memenuhi entry kali ini dan berkongsi ceita..cerita dibawah adalah apa yang baru saya baca di email saya..dan saya rasa ianya amat baik untuk dikongsikan bersama sahabat2 sekelian sebagai renungan kita bersama dan diri saya terutamanya..

NILAI SEBUAH PEKERJAAN
"
Kenapa anda mahu jadi doktor?", saya melemparkan soalan ini, selepas
mempertontonkan kepada pelajar di salah sebuah Institut video dari koleksi Stephen
R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

"Sebab minat biologi?", saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

"Sebab suka tolong orang?", saya terus bertanya. Ramai yang mengangguk.

"Well, come on. Ramai yang hantar anak ke medic school agar boleh
rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia
pertama
boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada
ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli
keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri ", saya menyambung provokasi.

"Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor,
isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena
berdikari", saya terus mencucuk jarum.

"Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi
specialist
nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak
berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang
berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka,
agar kita berjaya", saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di institut tersebut supaya berfikir
bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu
bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar,
anda tidak akan diberikan 'kemudahan' untuk menjadi pakar. Anda tidak
ada cuti bersalin, seandainya anda 'termengandung' semasa sedang
membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk
membeli
buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang
anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa
menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran,
walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda
bekerja
seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi
peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk
kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah
kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang?
Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai
pertolongan
itu nanti.

"Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?", soalan yang sama saya
ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana
semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri
sendirilah yang perlu menjawabnya.


PERSOALAN NILAI


Kuliah kali ini adalah tentang nilai. APA NILAI YANG DIBAWA DALAM
SEBUAH PEKERJAAN? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja
rumahnya
, kerjanya 'melayan suami', tidak mungkin mampu dibalas
walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada
pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu
menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah
menjatuhkan dirinya.

Hanya 'bibik' sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya,
hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap
seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana Nilai Kasih Sayang. Seorang
isteri
juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG.
Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber
kebencian.

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah
sangat
penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap
pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI - HARGA - KORBAN


Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga.
Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi
mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah
harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran
rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa... itulah
harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan
asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita
pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang,
'mereka adalah generasi yang kesunyian'.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh
menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki
itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam
keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih
diri mereka dengan tabiat " Begin With the End in Mind". Lihatlah apa
yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor
perubatan, jurutera dsb

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN


Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin
dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah
selagi
mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi
anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana
korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit,
dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri,
mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan
doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah
seorang daripada mereka.



PROVOKASI DEMI MASA DEPAN


Atas provokasi inilah, saya mengajak sahabat - sahabat, untuk menyemak
hubung kait bidang pekerjaan dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang
kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah.
Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya,
kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia
hablun
minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan
memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali
sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang
paling
utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi
kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah
kepada kita.

JIKA KERJA JADI IBADAH


Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah 'CEO' kita. The unsung hero
beroleh
quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di
mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak
menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas
perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjalani kerjaya masing-masing. Ia cara
terbesar
, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

3 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah...satu entry yang menarik dan membuka minda untuk berfikir sejenak di mana kita letakkan harga dan nilai diri kita.Terima kasih atas perkongsian yg amat bermakna...

Ajzie said...

saya pun dapat email ini

Unknown said...

Suami pun kena ingat...dengan kasih sayang juga kena beri belanja pada isteri jika mahu isteri buat segala kerja dengan kasih sayang, gembira dan redha.Kita manusia bukan malaikat.

Jangan di buli isteri dan trick tak bagi belanja guna nama Islam sebagai alasan. Kita perlu di hargai.

Kita wanita mahu juga mencantik kan diri for self esteem, for husband... tengok kemampuan juga lah.Isteri kena juga faham bab ini.

Suami..lelaki...mahu isteri yg cantik, kemas, wangi selain dari belanja rumah...kalau tak ada belanja isteri macamana nak fulfil itu semua? Bab kawin lain atas nama Islam di gunakan lagi sekali bila suami dah muak dgn isteri yg membosan kan... Stop using Islam dan kenyataan kata isteri demand belanja menyamai pelacur berbunyi kurang sopan.

Akal di beri Allah untuk kita semua menimbang yang mana salah yang mana betul. Kasih sayang , hormat menghormati antara suami isteri adalah sangat penting bukan semata2 tanggungjawab isteri sahaja mendengar perintah suami membuta tuli. Again here..akal yg di beri Allah for human to seek balance in life. Kalau tak balance apa2 pun akan tumbang.

Minta maaf..tidak ada niat untuk offend sesiapa cuma agak berkecil hati dgn kenyataan isteri yg disamakan dgn pelacur..can use different word. Thats too harsh..Jadi ibu dan isteri sangat berat tanggungjawab.