Nuffnang

Monday, March 30, 2009

Tag dari Lady Z

Tag ni dah lama sebenarnya..biasalah..saya ni bab tag-meng"tag"..lmbt skit..sorry yer sis..Petua yang diminta..

Ada satu petua yg saya baca di internet...Masa anak-anak anda tgh tidur-tidur ayam(tgh lali nak tidur) bisisk kat telinga dia..apa yang kita nak kata, apa yg kita harapkan kat dia..contohnya..
"Kaklong kena jadi anak yang solehah tau, dengar cakap mama abah,jadi Good girl, Tak boleh cakap kasar2 dgn orang...and etc"
InsyaAllah apa yg kita ckp dia akan masuk ke telinga..diserap ke otak..dia akan mengangguk-anggukkan kepala padahal matanya terpejam..Saya ada buat kat anak saya masa dia 2 yrs..and nmpk keberkesanannya..Tapi sejak kebelakangan ni saya sering alpa benda ni...he..he..

selain petua...saya dapat ni dari one of my friends..saya rasa agak berguna untuk kita sebagai parents..

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2.
Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)
3.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila
berhadapan dengan persekitaran)
4.
Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
, mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.
Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.
Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh
. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan
diri mereka beban.
8.
Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.
Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.
Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.
Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai
orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda


Pembantu Si kecil

Rasa lama betul tak berupdate..Nak stay lelama pun susah skit sekarang ni...

Tajuk kat entry ni bukan nak minta pertolong ke ape2..saje.. jgn risu yer..

kisah my little HERO...Yang selalu sibuk nak buat apa yg mamanya buat...Semua dia nak buat...wpun kecik..vacuum cleaner pun dia"larat" angkat..bukan setakat vacuum jer..kalau kotak groceries pun dia boleh angkat...Tapi kalau nak suruh vaccum dia memang "totally responsibled". Cuma masa vaccum je mamanya..tarik wire, ambil penyambung vaccum tu, and simpan wirenya...semua dia nak buat..yelah.mungkin boring sbb his sister ke kindy.Kalau tak layan dia time tu..dia akan tarik baju ke, tgn ke..suruh main dgn dia..Kalau nak ambil Kaklong(in case dia tidur time tu) mesti dia akan sindiri terjaga..Sebab seronok ke kindy Najlaa.


Ni masa abahnya nak membasuh kereta..tetiba ramai pembantu..he.he..




The end

Saturday, March 28, 2009

Kuih Tiram

Last Saturday, Culture Day kat sini, so saya buat "Kuih Tiram". Inilah kali pertama saya buat kuih ni..alhamdulillah...menjadi..disebabkan kuih ni kuih kegemaran saya...saya cuba jugak buat...sebab dulu hanya tahu makan jer kan..tapi memang saya tak tahu pun nama kuih ni KUIH TIRAM.. sebab kat tempat saya panggil kuih ni KUIH KAPAL TERBANG.

Resepi yang saya gunakan dari DAPUR MAT GEBU....(Dapur tanpa sempadan)..(click kat dapur dia)pastu kat dapur SUZI (click kat dapur dia)pun ada jugak...yg ni saya copy dari dapur suzi...sebab sama jer bhn2 dia..SUZI sorry..copy paste je ekk..


Bahan-bahan ( dapat banyak...boleh dapat satu tin besar kot! )

  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sudu tepung jagung**
  • **6 sudu minyak**

Cara-cara

  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.
Ni cara2 dari dapur Mat Gebu tue...memang membantu..Memang saya copypaste dari MAT GEBU jer...TQ sebab letak cara2nya..lepas tengok cara kat dapur MAT GEBU nih..baru saya tahu macam mana nak buat kuih ni.

Cara membuatnya :-)

  • Bancuh tepung jagung dengan minyak masak dan kacau hingga menjadi pes yang licin dan tidak berketul2. Ketepikan.
  • Gaul tepung, garam, telur dan mentega hingga rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambul terus menggaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulatkan dan bagi kepada 2 bahagian (mat bagi pada 3 bahagian). Ambil satu bahagian, canai nipis dan sapu dengan pes tepung tadi rata (lebih kurang 1 1/2 camca besar).
  • Kemudian gulung kemas2 macam nak buat swiss roll. Ketatkan gulungan dan potong lebih kurang 1.5 cm, seperti gambar di bawah.
  • Ambil satu bahagian. Canai nipis memanjang seperti dalam gambar.
  • Kemudian goreng dalam minyak sederhana panas, mat goreng 3 kuih sekali goreng sebab yang mat buat ni besar, kalau nak buat kecil, doh (sebelum dicanai) tadi bagi kepada bahagian yang lebih kecil, canai dan sapu pes tepung, gulung dan potong kecil, canai dan goreng...tapi keje kena lebih laaa..Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyaknya atas paper towel. Salut dengan gula kastor.

Wednesday, March 18, 2009

Cream Puff


Cream Puff kali ni..saya follow YOUTUBE jer..untuk resepi dan caranya click disini...CREAM PUFF..

Actually dulu pun saya pernah cuba buat..tapi resepinya cegini pula...

Resepi: Cream Puff

Bahan-bahan...

Bahan A (kulit cream puff)

1. 600 ml air
2. Mentega sebuku (250g)
3.Tepung gandum 340 g
4.Telur 400 g (Lebih kurang 10 biji)
5.Garam 1.5 g


Bahan B (inti cream puff)

1. Tepung Kastard 120g
2.Gula halus 80 g
3.Susu segar 80 g
4.Esssence Vanilla (just beberapa titik)


Cara-cara...
1. Masak mentega bersama air dengan api sederhana hingga mendidih...
2. Bila mendidih, baru masukkan tepung dan garam..tutup api...gaul hingga sebati
3. Biar bahan2 tadi sejuk dahulu (tak perlu masuk peti ais)
4.Kemudian..baru masukkan telur..satu persatu..
Untuk mudah "mixer"kan bahan2 tadi..pukul telur di bekas berasingan baru masukkan ke dalam adunan tepung tadi..
5. kemudian, gunakan sudu besar..letakkan sesudu demi sesudu adunan tadi ke dalam dulang @loyang pembakar yang telah di sapukan mentega sedikit (bukan nya ape....untuk elak melekat jer..)
6. Bakar dengan suhu 220*c,selama 30 minit..

(jangan risau..kalau puan2@saudara saudari letak tak cantik adunan tadi kedalam loyang pembakar...nnt masa tgh bakar..dia naik sendiri dan membentuk dgn cantik..)

Lepas kulitnyer masak baru sediakan inti...

Cara-cara untuk menyediakan inti...
1.Masak di atas api perlahan..gula + susu...
2.Bila gula+ susu tadi dah suam2 kuku..masukkan tepung kastard..
3.Kacau hingga mendidih..masukkan Essence Vanilla
4.Kacau hingga likat..tutup api..

Kemudian...potong tepi cream puff..selalunya ada bahagian yg kita nmpak nipis skit..potong dan masukkan inti sesudu..(ikut suka bnyk mana nak letaklah..)

ok..selamat mencuba..kalu buat kecil letak dgn sudu..lepas puff naik..comey jer...lepas tu..dpt bnyk lah sikit..kalu br nk try..buat half jer bahan2 tadi..

Tuesday, March 17, 2009

Short update..short time..short story

Rasa lama jer my blog ni tak berupdate..Actually memang lama pun..Ntahle..bile pegang je laptop..tegok benda lain dulu..pastu time nak update blog jer..selalu compete dgn my son@little prince tu...so tak berupdate lah jawabnye...But I'm still alive...he.he..Just celebrate our 5th Anniversary on 14 March 2009 yang lalu...Nak buat kek mulanya...Hubby kata " mm...Abang tak suka kek...Abg suka yang pedas..."So I buat curry puff jer..(walaupun dlm hati ni..memang nak buat kek special untuk dia)Dah memang favourite dia...From now onward..our anniversary menu will be Curry puff..or chicken or Beef Pie...sebab intinye lebih kurang sama kan...

My Journal:

Recently busy dgn activiti terbaru.."business secara kecil-kecilan"...Jual nasi bungkus..ayat orang kampung...Terngiang-ngiang kata my beloved..dah ada degree in business..bila lagi nak guna..bila difikir2..memang betul..actually bukannlah saya ni tergolong dlm org2 yang pandai memasak...Bila dah start follow hubby ni baru 24 hours be official D.O(dapur Officer)..Then baru belajar sikit demi sedikit..and memang saya ni suka berjual-jual ni..apatah lagi membeli....

Memori lama:
Dulu masa di University, 2nd year, jual jubah yang bersulam-sulam, tudung-tudung dan kain2ela..Alhamdulillah..sekali balik kampung memang habis..Maklumlah..bila bawa balik kampung jer..Mak sedara semuanya cikgu@cikgi..So memang senang terjual...and at the same time ambil upah menjahit masa di University...So sekali balik adalah 2-3 pasang baju kurung yang dibawa balik..or curtain bilik2 yang dibawa balik untuk jahit...

First year kerja as Marketing Exec..huhuh..memang penat carik customer...But its ok..walaupun dgn gaji yang sedikit..saya top-up sambil2 jual gelang,cincin dan rantai kristal dari Sabah...sebab minat gelang2 ni..Time ni memang dah kahwin..and dah ada Najlaa' pun masa tu...so memang cari kerja dekat dgn hubby..walaupun gaji tak seberapa..

Hopefully kerja yang saya ceburi sekarang dipermudahkan dan diberkati AllahSWT...

Entry kali ni...like my journal or my diary pulak..

Just for you...
Days grow into months
and months into years,
but time in its flight
cannot erase the beauty
of the day that you accept me
in "akad" that unite us
or the memory
of that happy occasion

And as each anniversary comes
it brings with it
not only pleasant recollections
but the realisation that my love for you
has grown sweeter and deeper
with each passing day
With each new joy
you give me
with everything we share...

....The end...

Thursday, March 5, 2009

Cheese Brownies


Baru first time cuba buat cheese brownies ni...atas nya terlebih garing skit..tapi bila masuk "fridge"and keluarkan semula..memang penuh dgn rasa coklat..

I got this recipe from this web site and many more recipe there...

Cheesecake Brownies
1/2 cup butter
2-oz dark chocolate, chopped
1 cup sugar
2 large eggs
1 tsp vanilla extract
2/3 cup flour
2 tbsp cocoa powder
1/4 tsp salt

8-oz cream cheese, room temperature
1/3 cup sugar
1 large egg
1/2 tsp vanilla extract

Preheat oven to 350F. Line an 8×8-inch square baking pan with aluminum foil and lightly grease.

In a small, heatproof bowl, melt butter and chocolate together. Stir with a fork until very smooth. Set aside to cool for a few minutes.
In a large bowl, whisk together sugar, eggs and vanilla extract. Whisking steadily, pour chocolate mixture into sugar mixture. Stir until smooth. Sift flour, cocoa powder and salt into the bowl and stir until just combined.
Pour into prepared pan and prepare cheesecake mixture.
In a medium bowl, beat cream cheese, sugar, egg and vanilla extract until smooth. Drop in dollops onto prepared brownie batter. Gently swirl two batters with a butter knife.
Bake for 35-40 minutes, until brownies and cheesecake are set. A knife inserted into the cheesecake mixture should come out clean and the edges will be lightly browned.
Cool in the pan completely before slicing and serving, either at room temperature or chilled.
Brownies can be refrigerated, covered, for several days.

Makes 16 large brownies.


Source:

http://bakingbites.com/2008/07/cheesecake-brownies/

Monday, March 2, 2009

Children day 2009 at Convention center

1 March 2009 - Children Day

Sunday...after hubby siapkan kerjanya untuk hari tersebut, Saya ajak dia drive ke Convention Centre...Bukannya tak tahu drive ke sana..saja jer(nak manja skit..he.he)..Lagipun,sebab org ramai, takut tak ada parking...Alhamdulillah hubby agreed..(Thanks abang).Banyak aktiviti diadakan di Convention Centre ni..Venue sepatutnya ialah di The Square, tapi disebabkan cuaca yang tak menentu, maka tempat ditukar.Banyak jugak free gift on that day. So memang menarik sangat. Last year we all memang tak sempat tengok suasana "Children Day" ni..sebab sampai di NZ middle March,cuma sempat "Culture Day" sebab tarikhnya end of March. Semua sekolah termasuk kindergarten Najlaa terlibat untuk Children day kali ni..saya hanya donate baking for fund raising kindy jer...Gambar-gambar dibawah ni antara aktiviti-aktiviti yang diadakan on that day.


Hand printed activity.

Yang bestnya hand printed ni sebab buat di placemate.So boleh buat alas makan nnt..Najlaa and Najmi memang tak lepaskan peluang..Then Najlaa naik "GOOFY " yang pusing-pusing ala-ala eyes of Malaysia tu, and she meet her kindy's friend, Keith

Najmi hanya tengok dari bawah jer..sebab seat belt untuk GOOFY tu tak sesuai untuk Najmi..Tapi dia suka jer sebab dah dapat sebiji belon...

Mary's Go round


Najlaa dan Najmi memancing present "free" from Mitre 10,
Najlaa dapat sticker, Najmi dapat Bola Rugby
(Actually Najmi dpt bola tennis, tapi hadiahnya ditukar oleh petugas sebelah tu)


Last activity before we went back home..Pony riding. Najlaa ride that pony. Mulanya memang dia ok..Tapi bila Pony dah jalan.muka dah jadi panic..hubby and Najmi dah tunggu kat kereta because free parking dah habis time limit..Mama yang jadi camerawoman ni pun takut jugak kat Pony ni..bila dia buat action tak nak jalan..memang ngerilah..but..Well Done to Najlaa..sebab berjaya atasi ketakutan ni..

the end

Ten things we waste

Setelah lama menyepi..akhirnya mood ber"blogging" hadir kembali..bukannya apa..selalu kalau saya menyepi tu..selalu baca blog2 org...terjah dapur2 dengan resepi2 terbaru...cuba resepi2...baca semua email from my Alumni Uni " ReachCircle"..yang berlambak-lambak memenuhi inbox email..he.he..banyak tazkirah-tazkirah, perbincangan dan lain-lain..Dan saya rasa terpanggil untuk berkongsi email from ReachCircle kali ini..kiriman ahli Alumni..thanks..

Just sharing this..untuk kita fikirkan dan renungkan bersama...bukan untuk ditujukan mana-mana individu..buat renungan diri sendiri terutamanya...

Ten Things We Waste..

1. --Our Knowledge-- Wasted by not taking action with it.

2. --Our Actions-- Wasted by committing them with out sincerity.

3. --Our Wealth-- Wasted by using on things that will not bring us
ajr. We waste our money, our status, our authority, on things which
have no benefit in this life or in akhirah.

4. --Our Hearts-- Wasted because they are empty from the love of
Allah, and the feeling of longing to go to Him, and a feeling of peace
and contentment. In it's place, our hearts are filled with something
or someone else.

5. --Our Bodies-- Wasted because we don't use them in ibadah and
service of Allah

6. --Our Love-- Our emotional love is misdirected, not towards Allah,
but towards something/someone else.

7. --Our Time-- Wasted, not used properly, to compensate for that
which has passed, by doing what is righteous to make up for past deeds

8. --Our Intellect-- Wasted on things that are not beneficial, that
are detremental to society and the individual, not in contemplation or
reflection.

9. --Our Service-- Wasted in service of someone who will not bring us
closer to Allah, or benefit in dunyaa

10. --Our Dhikr-- Wasted, because it does not effect us or our hearts.

Sunday, March 1, 2009

Marble Bread


Resepi roti ni berkenan di hati masa singgah blog Suzi..macam-macam resepi ada di dapur suzi tu...puas kalau nak cuba semua..Menarik-menarik pulak tue...he.he..suzi jgn marah tau..Promote dapur suzi kali ni...cuma Marble bread ni saya buat dlm bentuk loaf jer..Malas skit kan..Tapi yang suzi buat tu lagi cantik..

Bahan-bahan
  • 200 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 140 ml susu segar
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air
Cara-cara
  1. masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
  2. perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
  4. satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
  5. tutupkan keseluruhan adunan tadi
  6. potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
  7. letak dlm sandwish loaf.
  8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
  9. siap dibakar dan sejukkan atas redai.

Roti Bebola Bergula or Sugar Ball

Resepi asal dari Noreen UK... Saya edit sedikit, masukkan ball tu dalam bekas muffin...biarkan bebola tu naik dalam bekas muffin...Resepi Noreen ni saya copy paste jer...

Bahan-bahan:
200gm tepung roti
4gm instant yeast
20gm gula pasir/kastor
3gm garam
10gm tepung susu atau skim milk
20gm unsalted butter
130ml air

mentega dan gula kastor secukupnya

cara:
  1. masukkan kesemua bahan ke dalam breadmaker
  2. tekankan untuk setting dough dan tunggu sehingga siap (lebih kurang 1 1/2 jam)
  3. setelah siap keluarkan dari breadmaker dan letakkan doh di atas papan pencanai
  4. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
  5. kemudian bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan biarkan doh rehat selama 10-15 min
  6. setelah itu bahagi2kan doh kepada beberapa bola kecil dengan setiap satu seberat 20gm (ini bergantung pada size yang disukai)
  7. bentukkan setiap doh kecil menjadi bola dan susunkan ke dalam tin/dulang pembakar yang telah digris terlebih dahulu
  8. tutupkan tin tadi dengan cling film atau tuala lembab dan biarkan doh naik dua kali ganda (lebih kurang 45min - 1jam)
  9. note: pada negara 4 musim bolehlah disimpan doh ini di dalam oven tanpa on kannya dan letakkan dua cawan air panas kiri dan kanan tin tadi dan tutupkan pintu oven
  10. setelah doh naik bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  11. sesudah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan gula halus
  12. hidangkan sebagai minuman petang