Nuffnang

Monday, September 29, 2008

Our "biskut and kek raya"


Alhamdulillah, selesai buat kuih a.k.a biskut raya...hari ni kiranya dah stop kuih raya ni...tinggal kuah kacang and nasi himpit jer..cuma request dari hubby tersayang belum buat lagi.."biskut batik chocolate"...made from biscuit Marie..nasib baik yang ni senang ajer..


Note to my adik-adik:

Salam sayang buat adik-adik kaklong..walaupun tak der projek membuat kuih raya macam selalu@tahun-tahun lepas..Alhamdulillah..I can make it...Tapi biskut raya "Cornflakes Madu" resepi original kakyang, kaklong edit skit ekk...tu projek biskut raya Kaklong dgn Najlaa tahun ni....he..he..Kakngah nanti boleh cuba buat kek Lapis Oreo kat mama and abah ok..

Ok..Semoga bergembira buat keluarga disana..termasuk my dear in-law family...and adik2 ipar tersayang..



Ok..Selamat Hari Raya untuk semua...kedua-dua Mama(Mama Nora'in dan Mama Liza),kedua-dua Abah (Hj. Mohammad dan Hj.Abas)..dan Adik-adik semua...Kakngah Sarah,Pakngah Syidi dan ister-Noni,Kakyang Hajar,Makcik Syida dan Makcik Amni,Paktam Madd,Paktih Amin dan Maktih Muizah, Maksu 'Aliyah dan Maksu Fida....

Selamat Hari Raya buat semua sahabat-sahabat..
dan juga Selamat Hari Raya buat seluruh umat Islam..
Maaf Zahir dan Batin

Saturday, September 27, 2008

Demi masa....

Demi masa...Akhirnya Ramdhan kini kian meninggalkan kita. Adakah Ramadhan kali ini betul2 menginsafkan diri kita semua...??Tepuk dada tanya hati..Sebagai mengingati diri...Rebutlah peluang-peluang terkahir untuk diri kita semua..

Actually dah 3 hari tak sempat nak upload cerita2 terbaru kat entry blog ni...he..he..demam kuih raya pun ada...Khamis, seperti biasa sibuk ke kelas, Jumaat tetiba pula internet nak upload and saving kat entry blog ni ada problem...Sabtu Malam baru dapat duduk lama-lama depan laptop ni..

Khamis, There was a "Social Day" at my ESOL class. Maksudnya hari ni tak belajar 100% sebab christine buat game day. Then lepas habis main, ada makan2 and semua org bawa sedikit makanan. (For Muslims, we are still fasting).Alhamdulillah, kali ini dapat saya uploadkan gambar2 rakan sekelas...



With Christine, my tutor

"Everybody are playing game"

"Everybody are playing game"
(Sis Lela, playing game with Christine group)
My playing group
(From Left-Nazma from Pakistan,Isabella from Burma,Hoa from China
and red snow cap-Najlaa my daughter)


Picture below are my ESOL friends..


With Lisa from Beijing and Hillary my second tutor

Sekian untuk entry kali ini....with lots of luv~diyana~

Lagi kad raya....and penghargaan..

Kad raya ni dari Siti dari Perth,Thanks for this card
(below is Siti's family picture)



Kad raya yang cute atas ni dari Adik Wawa...Thanks for this card


This last kad raya, from Suzi Adelaide..and this appreciation from Suzi too..
(Thanks for both cards, sorry terlambat ambil..ampun ekk..)

Tuesday, September 23, 2008

Puding Roti Nescafe


Here we come..puding roti lagi...he.he.kali ni..Puding Roti Nescafe chocolate chips...

Bahan-bahan:

Roti 8-10 keping (roti ape pun tak pe)
Lebih elok jika dicampur dengan roti burger atau long bread (untuk di susun di bahagian atas)
(sebab kulit roti burger lebih licin)
sedikit bancuhan Nescafe (saya guna setengah cawan)
Gula 3/4 atau 1 cawan
Fresh Milk 1.5 cawan
Cream 1 cawan lebih kurang 300ml
Telur 2-4 biji (kalu saiz besar 2 biji pun dah cukup)
sedikit mentega-disapu pada bekas pembakar dan pada roti
sedikit gula kastor untuk ditabur dibahagian atas
sedikit chocolate chips/chocolate drops untuk taburan

Cara-cara:

1. Blander cream selama beberapa minit...agak kembang sedikit
2. Masukkan Fresh milk, telur dan gula. Blander lagi..sampai naik berbuih..
3.Di dalam bekas pembakar, sapukan mentega dan sapukan juga mentega di atas permukaan roti. sebelah sahaja
4. Susun dibahagian bawah roti biasa (dipotong empat)dan disiram dengan sedikit bancuhan air Nescafe..Kemudian susun lagi roti yang juga dipotong empat dibahagian atas..(dibahagian atas kalau guna roti burger atau Long bread lebih cantik sebab akan lebih berkilat)...dan siram baki air bancuhan Nescafe dibahagian atas
Note: kalu guna roti burger potong dua jela dari bahagian atas roti..kulit jangan dibuang.
5.Kemudian siram sedikit demi sedikit air bancuhan blander tadi keatas permukaan roti.
Selepas habis disiram (kita akan nampak sedikit corak-Nescafe dan susu)
(note: kalau suka nescafe.letaklah lebih sedikit air bancuhan nescafe tapi jangan bnyk sgt..takut berair)
6.Saya suka siram sekali dengan buih2..ini bergantung pada kesukaan anda
7. Tabur chocolate chips atau chocolate drops dan ekmudain sedikit taburan gula kastor..
8. Bakar dengan suhu lebih kurang 180 -190 darjah celcius selama 40 minit
(Tapi masa dah di dalam oven 30 minit kena sentiasa tengok oven) Sebab tempoh masa bergantung pada oven masing2...

Bila dah masak, jangan potong dulu.Biarkan sejuk untuk sejam. Takut terlampau lembab, tapi air lembapan ini sedap (sebab bercampur cream)dan ia seakan2 kuah untuk puding roti.ala-ala koktail..


Kek Lapis Oreo

Sebenarnya dalam hati, dah lama teringin nak cuba buat kek lapis..Sebab, selalu kebanyakkan kek lapis adalah kukus..Lepas menziarah DAPUR TANPA SEMPADAN Mat Gebu..yang penuh dengan pelbagai kuih muih yang menarik...Ternampak kek lapis mat gebu yang Sememangnya menarik untuk dicuba..Sebab bukan KUKUS...Tapi saya buat setengah adunan lebih sedikit dari resepi En Mat Gebu kita..bukan apa..saya budak baru belajar...and baru nak mencuba..Ni first time nak buat kek lapis ni...

Bahan-bahan:
260 gram mentega
6-7 biji telur (kalau saiz kecil)
100 gram gula kastor
50-60 gram biskut marrie diblender halus
25-30 gram serbuk santan (saya guna dessicated coconut yang halus)
50-60 gram susu pekat
90-100 gram tepung gandum
Biskut Oreo (dibuang cream)-saya guna sebungkus setengah yang kecil


Cara-caranya:
1.Putar mentega dengan gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu. Putar lagi
2.Speed medium, masukkan tepung gandum, biskut marrie kisar, serbuk santan dan susu pekat manis.
3. Kacau hingga sebati
4. Bahgi kepada 3 adunana (buat 3 kaler sesuka hati..)
5. Letak 4 sudu besar adunan dan bakar dalam oven "GRILL"....suhu 180 darjah celcius selama 5 minit
6. letakkan lapisan warna seterusnya..dan Grill lagi 5 minit hingga semua selesai

Note: Biskut oreo letak lepas lapisan yang kelima..kalau resepi mat gebulah..
saya letak jer dekat2 nak habis and atas sekali..

Tapi untuk lebih detail resepi ni.kena jenguk dapur Mat Gebu lah...

sebenarnya ..praktis nak buat raya nanti kek lapis ni.

Monday, September 22, 2008

Duit Raya dan KaD Raya dari Akak

Siapa kata dah kahwin pun tak boleh dapat duit raya???..he.he..walaupun bukan reality..tapi dikira duit raya jugak..walaupun kad raya maya...Anyway..thanks untuk AKAK diatas kiriman kad raya dan duit raya maya ini..Akak dah ambil kad raya saye???



Inilah duit raya yang dimaksudkan...RM100 tue...bnyk juga duit raya pertama yang saya dapat ni.Terima kasih sekali lagi...

P/S: Akak, diyana dah ambil kad ekk..TQ

Sunday, September 21, 2008

Gift to Najlaa and Najmi


Gift ni saya dapat dari Ida nun di Aussie untuk anak-anak (Najlaa dan Najmi)...Ida is one of my blogger friend...Anyway, Thanks Ida for this cute present for my kids..

Saya pun nak panjangkan present ni kat sesapa yang melawat Anugerah Nurani..untuk ambil virtual gift nie...Especially untuk sesiapa yang ada anak-anak and Baby...Ambil ekk..jangan malu-malu ambil...

Special note to my friend at Johor: Kak Zakiah ambil tau untuk ecah, Ummie pun boleh ambil( Diyana tau ummie suke baby smile atas ni, misah_azlis jangan segan-segan ambil, kak azie bg present ni kat 2putera puteri kak azie...

Saturday, September 20, 2008

Donut bersalut coklat

Donut bersalut coklat, adalah kuih yang kami bawa sempena kenduri kesyukuran IFTAR semalam. Saya start buat donut ni pukul 4.00 petang sebab lepas balik dari Sakura Festival, kami tak balik rumah lagi...sebab saya terlupa yang kami sekeluarga tak ada lagi "food container" yang nak letak kuih sempena Syawal nanti..dalam erti kata lain "BALANG KUIH RAYA".Saya beli 4 containers sahaja..then terus balik rumah..

Sebenarnya dah lama teringin nak buat donut cegini...teringat Dunkin Donut kat Malaysia...my favourite..Alhamdulillah..berjaya juga..Ok..resepi yang saya nak tulis dibawah main agak-agak je..Maaf sangat-sangat....

Bahan-bahan:

(*sukatan ini untuk 40 biji donut-small size*)

Tepung gandum (*saya guna 2.5 cawan)
Tepung naik sendiri (* saya guna 1 cawan)
Susu pekat (*2 sudu besar)
sedikit gula
sedikit garam
yeast (mauripan sepeket-11gram)
dried yeast biasa (*1 sudu kecil)
mentega (*saya guna 2 sudu besar)
Telur (*sebiji)
susu segar yang telah di "warm"kan (*saya guna 1 cwn)-agak-agak masa menguli utk buat doh

Bahan-bahan salutan coklat:

(saya tak gunakan double-boil)

Susu pekat (setengah tin)
mentega (*saya letak semalam-agak2 dalam 50 gram)
serbuk koko @ Cocoa powder (agak-agak dalam 5 sudu besar atau 1/3 cawan)


Cara-caranya:

1. Rendamkan yeast (kedua-dua yeast)dalam sedikit air susu segar yang di warmkan..(balance air susu akan digunakan semasa menguli adunan doh)
2. Dalam mangkuk besar masukkan (tepung gandum, tepung naik sendiri, gula, garam,telur, mentegadan susu pekat. Gaul mesrakan
3. Bila rendaman yeast dah naik sedikit buih, massukkan kedalam mangkuk besar tadi..Gaul semuanya dan masukkan air susu yang di warmkan sedikit demi sedikit.
4. Uli dengan perlahan-lahan sehingga menjadi doh. (Saya ada terbaca rahsia donut menjadi gebu- katanya :" uli adunan donut tadi sehingga tiada satupun tepung lekat di tangan kita dan sehingga adunan menjadi lembut") So saya ikut jelah...Alhamdulillah..menjadi
5. Kemudian buat doh besar tadi menjadi kecil -kecil (untuk dibuat donut) dan biarkan sekejap.. sampai doh tadi naik sedikit ...Agak-agak..dlm 30 minit.
6.Panaskan minyak, buat lubang di tengah adunan doh kecil tadi dan goreng donut tadi.
7. Kemudian "golekkan" donut yang telah digoreng di dalam gula
8. Kemudian celupakn donaut yang telah digaul gula tadi di dalam salutan coklat yang telah dimasak.

Cara memasak salutan coklat:

1. Masukkan semua bahan salutan tadi (mentega,susu pekat dan serbok koko)
2. Kacau hingga sebati dan bahan-bahan tadi menjadi pekat

Note: Salutan coklat tadi tidak boleh dibiarkan lama, sebab cepat beku. Masak salutan coklat semasa gorengan donut dah tinggal sikit untuk digoreng. So semasa ini..memang dua kerja berjalan serentak. (menggoreng dan mencelup donut yang telah di "golekkan" di atas gula tadi ke dalam coklat...setelah celupkan donut tadi kedalam coklat, taburkan hiasan)

Sakura Festival 2008

Semalam, Sabtu....hubby dah plan nak ajak kami sekeluarga ke Sakura Festival 2008 at IPC (International Pacific College)kira-kira 25 minit perjalanan dari rumah..10 pagi, kami sekeluarga pun dah siap-siap.Bukannye apa..takut org ramai..Lagipun nak singgah Massey University dulu, sebab hubby nak ambil kerja-kerjanya balik ke rumah. Tepat jam 11 pagi kami pun sampai di IPC. Di bawah ni ada gambar2 cantik bunga sakura yang dapat dikongsikan bersama.


Actually bnyk activity kat Festival ni..Antara aktiviti-aktivitinya ialah performing culture performance,martial arts, craft, and etc.

Maori Kapa Haka

Vietnamese Dance

Indonesian Dance

Japanese Drum

" kat belakang kami terdapat deretan bunga sakura yang cantik"

" Gambar bunga sakura dari dekat"
(Najmi excited pegang benda baru)

" Bunga sakura ni ditanam di sepanjang tasik ni"
" Cantik ciptaan Allah swt"
Ramai orang berkunjung ke Sakura Festival ini. Kami juga sempat bertemu sahabat-sahabat Malaysian dari Wellington yang ber"konvoi" untuk datang ke festival ini. Antara orang yang saya jumpa di Festival Sakura ni ialah orang kampung saya sendiri(Kampung Bujang)..Husband kepada Sis Bell dari Wellington. Tapi saya tak kenal sangat dengan suaminya..Maklumlah duduk di kampung waktu cuti sahaja dan waktu selainnya di asrama.Nanti saya akan bertanyakan abah di kampung. Apa yang dapat disimpulkan kat sini ialah..."kecilnya dunia kita sebenarnya.."dari sekampung tempat berjumpanya di New Zealand.Bab kecilnya dunia pinjaman Allah ini bukan berhenti di sini sahaja,selepas itu kami terjumpa pula pasangan Sis Mas dan suami(juga dari Welly), bila dah bersembang-sembang..Sis Mas pula berasal dari Pantai Merdeka..sekampung dengan nenda hubby.

Jam 1.30 pm kami pun bergegas pulang dari Festival Sakura ini. Najlaa pun dapat benda yang diidamkan..(bila gi shopping complex mesti nak rantai)..So kat Sakura Festival ni, Najlaa dapat rantai manik idamannya..handmade by orang tempatan sini.

Hari ini ada jemputan berbuka puasa dari Sis Yati and family, Bro Ziad and Sis Ila dan Bro Zabidi and family..Jemputan Iftar kesyukuran sempena kejayaan mereka lulus Phd confirmation seminar..Congratulation buat semua.So kena balik awal sebab kuih yang hendak dibawa tak buat lagi.Anyway thanks atas jemputan.

~the end~musliyana

Friday, September 19, 2008

Kad raya maya

Dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, anugerahnurani ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat berpuasa dan selamat menyambut syawal yang bakal menjelang tak lama lagi...

" jika ada rindu yang terbuku..
ucap salam dikirim...
tanda mengerat ukhuwah...
jika ada salah dan silap...
jari di susun ampun maaf dipinta..."

sumber: www.iluislam.com
Photograph & Design by: annamir@putera.com

Buat semua anak perantau...seperti anugerahnurani ini....sama-samalah kita hayati bait-bait nasyid di bawah..(from Mirwana)
"Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..
dimana arah kita
Renungilah..
hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadaNya..
ini kembara kita"

note: kad raya maya ini ditujukan untuk semua sahabat-sahabat dan pengunjung anugerhnurani, (boleh untuk dicopypaste..sekali dengan sumber asal,dan diletakkan di blog masing-masing)

Selamat Hari Raya




Resepi Burger Malaysia...edited version

Actually "Baby Burger Malaysia" ni dah lama saya buat, cuma tak pernah dimasukkan dalam entry lagi. Disebabkan saya ni sukakan kuih yang cute mute"jadi, saya buat "Burger" very small and cute..(cute bukan sebab cantik..sebab kecil molek)

Secara ikhlas, tiada sukatan tetap untuk membuat adunan doh ni, sebab saya main agak-agak jer..So bahan di bawah ni mengikut sukatan dan citarasa tersendiri lah..

Bahan yang diperlukan:

Tepung gandum
Yeast (kalau guna mauripan lagi cantik)
garam secubit
gula secubit
Susu pekat 2 sudu
Air untuk menguli adunan doh (tetapi saya gunakan susu segar yang telah disuamkan)
So saya menguli adunan menggunakan air susu segar tu jer...


Inti:

Sambal ikan bilis (penyediaan-mengikut kaedah dan citarasa tersendiri)
Carrot dan kobis (yang telah diparut)

cara-cara
1. rendamkan sekejap Yeast (mauripan) dalam sedikit susu segar suam.
(Biar sampai naik buih sedikit)
2. masukkan tepung, gula ,garam dan gaul mesrakan..Masukkan rendaman yeast tadi
3. Uli adunan doh tadi. Kalau dah biasa buat donut, caranya memang serupa
4. Biar naik sekali ganda dan tumbuk adunan untuk keluarkan angin.
5. Buat doh menjadi bulat-bulat kecil.."very cute size"

6. Biarkan sebentar, naik sedikit dari saiz asal
7. Panaskan minyak untuk menggoreng

8. Goreng doh yang tekah dijadikan bulat-bulat kecil hingga keperang-perangan
9. Angkat dan toskan sekejap


10. Potong dibahagian tepi untuk dimasukkan inti (bahagian yang warnanya putih sedikit)
11. Masukkan inti sambal kemudian carrot dan kobis
12. Sedia untuk dihidangkan

Resepi apam balik


Resepi apam balik ni saya terjumpa dalam "dapur/buku koleksi resepi-resepi"dari Wan No..Nampak menarik dan mudah nak buat. Saya dah cuba 2 hari lepas. Tapi terlupa nak snap and tgh kalut masa tue... So saya copy paste jer...masukkan dalam blog buat rujukan saya.

Bahan-bahan :

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula
1 butir telur
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Bahan taburan :

1 cawan kacang goreng ~ ditumbuk
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim

Kaedah penyediaan :

1. Mesinkan telur dan gula (guna blender je)
2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.
4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu
senduk adunan. Tutup kuali sebentar.
5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.
6. Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum
dicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.
2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan
minyak terlebih dahulu.

Juadah berbuka semalam

Semalam kami sekeluarga berbuka simple aje...Murtabak and burger..sebenarnya dah kehabisan idea nak masak ape..Jadi berbuka ala kadar aje..


Murtabak ni kegemaran hubby. Saya cuba juga buat..walaupun tak pernah buat pun sebelum ni.Alhamdulillah menjadi. Saya namakan baby murtabak bukannya ape..sebab kecik sangat. Guna kulit popiah yang paling kecil kan..Resepi ni saya jengok dalam dapur ummi.


" Baby Murtabak" yang dihidangkan bersama kari daging

Baby Murtabak

Resepi murtabak ni saya jengok dari dapur Ummi..saya copy paste je ummi and edit skit.

Bahan:-
Kulit popia yang kecil secukupnya untuk dijadikan kulit murtabak baby
Filling:-
Bawang putih
Serbuk kari daging
Serbuk kari kurma
minced beef
sedikit air
garam
telor (letak 2 biji)

Cara Membuat:-
Bancuh serbuk kari daging dan kurma dengan sedikit air menjadi pes. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes, kacau seketika. Masukkan minced beef dan masukan sedikit air. Gaul-mesrakan. Kacau sekali-sekala dan perasakan dengan garam. (sedikit saja garam, kerana kulit popia suda ada rasa masin). Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan dalam mangkuk. Kemudian pukul telor, masukkan telor tadi ke dalam mangkuk inti tadi. Kacau rata. Letakkan inti atas kulit popia dan lipat menjadi 4 sei. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan goreng murtabak menggunakan api yang sederhana kecil. Goreng hingga kedua-dua belah keperangan.

Chicken Pie Cinta Ramadhan



Bahan kulit pie:

Tepung gandum 1.5 cawan

Tepung naik sendiri 1.5 cawan
Garam 3 cubit
Gula 3 cubit
Mentega/butter (agak-agak jer..kdg2 i guna 2 sudu..kdg2 i guna 3 sudu)
air (untuk renjis-renjis masa menguli)
wrapping paper


note: kalau guna tepung gandum seluruh adunan, tambah 1.5 sudu baking powder.

3-4 ketul ayam ambil isinya( kalau bnyk..rasa ayam bnyk)
1 biji bwg besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dimayang halus-untuk menumis)
2-3 biji kentang (dipotong dadu)
1 kiub pati ayam
1 biji carrot (dipotong dadu)-suka hati..dadu pun tak per..panjang2 pun tak per..
2 sudu tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
ada resepi letak mixed vege... skit

(lain2 sayur kalau nak letak ikut citarasa anda..)

cara masak inti untuk chicken pie

1.tumis bwg putih+bwg besar yang dadu tadi, sampai naik wangi..masukkan ayam..
2.Bila ayam dah masak,masukkan kentang,carrot,and lain2 sayuran yang anda nak letak...kacau hingga sebati..
3.pastu letak air skit...masukkan kiub pati ayam..
4.rasalah skit..kalau rasa garam tak cukup(from kiub pati ayam)tambahlah..
5.pastu..letak tepung jagung yang telah dibancuh air skit..
6.biar sampai likat..pastu tutup api..ketepikan..


Mula-mula masukkan tepung,gula dan garam...then, masukkan butter and air...perlahan-lahan uli tepung hingga menjadi doh..Lepas menjadi doh wrap tepung tadi dgn wrapper then masukkan dlm peti ais 20 minit..

"Roll" 2/3 drpd doh tadi (setelah dikeluarkan dr peti ais) supaya melebihi bekas yang kita nak guna untuk buat pie...kemudian letakkan dlm bekas yang nak dibuat pie..Masukkan inti chicken pie yang telah dimasak tadi kedalam kepingan doh yang telah di "roll"kan...(make sure tepung yang di"roll"kan melebihi bekas sebab nanti kita akan letakkan kepingan satu lagi atas dan tepi bahagian bekas akan di "ketipkan")

"Roll" doh yang tinggal (yang balance tadi), buat garisan garisan dengan pisau (mengikut kreativiti anda)dan letakkan diatas permukaan bekas dan ketipkan dengan jari..(ala..tekan skit2..bagi kedua-dua permukaan melekat jer).

Bila dah ketipkan kedua-dua kepingan, gunting supaya kedua-duanya sama dan tekan dengan pisau supaya menjadi corak di sekeliling permukaan pie. Hasil lebihan guntingan, bentukkan menjadi corak hati, gunting dan letakkan di atas permukaan pie.

Sapukan telur dan
bakar dengan suhu 200*C selama 30 minit
(bagi nampak telur tu golden jer atas tue)
.



Thursday, September 18, 2008

Cerita semalam

Lama rasanya tak menulis di blog ni..asyik ziarah blog dan dapur orang lain..tengok resepi..pastu tutup laptop...then memasak untuk berbuka..Semenjak dua menjak ni..ntah apelah yag disibukkan pun tak tahu...maaf yer kawan2..

Dua hari lepas (Rabu) niat di hati teringin sangat mencuba "chicken pie" untuk juadah berbuka..So hari tu kami berbuka simple je lah..Chicken Pie dan bihun goreng aje..So sempatlah juga snap hasil "chicken pie" tu..saya namakan Chicken Pie Cinta Ramadhan..buat sempena bulan Ramadhan...

"Chicken Pie Cinta Ramadhan"


" Potongan pertama hati ni..Najlaa dah booking dulu.."


Semalam (Khamis), sibuk buat homework untuk my class..biasalah..lepas mengumpul semua maklumat( mlm Isnin dan Selasa) malas betul nak writing. Lepas bersahur hari Kahmis baru siapkan writing. Alhamdulillah siap juga akhirnya..Topic assignment: Education system in your country.

Kami Malaysian (Sis Lela, Sis Nina and her son and me with my daughter)berkongsi kereta ke kelas...so jimat skit.Mengikut planing asal, kelas ESOL kali ni, akan visit Moari College..Tapi ditangguhkan pula..Mungkin di atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. So sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.


anak-anak yang menjadi peneman ibu ke kelas
(Ashraf-left, Sis Nina's son and Najlaa-right)


Juadah berbuka hari Khamis(semalam) pun agak simple. Nasi Ayam dan Apam balik je. Alhamdulillah, rezeki lebih pula semalam jiran hantar seri muka@Pulut sekaya kata orang Kedah..Pertama kali dalam hidup saya buat apam balik ni..(sorry tak sempat snap gambar)..Rupanya agak mudah bahan2 dia.." Napelah tak tahu dulu ekk"...But my first try tak bepe molek jadinya..saiz tak bepe kena..he..he..tapi rasanya dah menjadi..nanti kena buat lagi...Tapi si Najmi makan habis dua keping untuk dia seorang...So saya fikir oklah tue ekk..

Hari ni Jumaat, pagi-pagi lagi dah ziarah dapur suzi dan Ummi..nampak sesuatu yang menarik untuk dicuba...murtabak.. ni..sebab tengok dapur suzi dah ada mini murtabak, so today nak try pulaklah...bukannya apa..kebetulan bahan yang digunakan dah ada di rumah dan tak payah ke kedai lagi..InsyaAllah..hari ni saya nak try murtabak pula..doakan menjadi yer..

Ok stop dulu, sebab nak kena sediakan inti murtabak..Lagipun Najmi tengah baik "sweet dream" tue..senang nak bersilat di dapur..he.he..

~till meet again~