Nuffnang

Wednesday, September 10, 2008

Iftar Ramadhan

Dulu masa di tanah air..bila tiba bulan Ramadhan, banyak bazar-bazar yang selalu dikunjungi..he..he..best pulak..sbb selalu tukar-tukar bazar masa tu..Maklumlah, masa tu masih bekerja dan pada Ramadhan yang lepas tengah sarat pragnentkan Najmi (sebab Najmi lahir 5 Syawal)..Di Johor, ada sejenis air yang amat popular dikalangan masyarakat setempat sana. AIR KATHIRA..berwarna hijau muda..dan air tu merupakan favourite saya dan hubby...tapi bila dah jadi anak perantau ni..tak leh jumpa la Air Kathira tu..hubby pernah bertanya dengan seorang jurujual yang kedainya menjadi "pot kami membeli"..

Hubby: Bang, Air Kathira ni buat macam mana
Abg Air Kathira : bayar RM 500 dulu, sebab saya belajar di Singapore cara nak buat air kathira ni..kos nya RM 500
Hubby : (senyum je lah lepas tue)

So Resepi Air Kathira masih menjadi rahsia. Tup-tup di TV esok ada siaran menunjukkan demo cara nak buat Air Kathira...rupa-rupanya Air Kathira ni dibuat menggunakan buah-buahan..di blender semua sekali..termasuk buah kurma..tapi macam mana wrn Air Kathira jadi hijau pun saya masih tak tahu.sbb tgok siaran tu half way je...he.he.sorry..kalau ada sesiapa yang tahu nk buat Air Kathira ni..bgtaulah ekk..

Ok berbalik bab menziarah Bazar Ramadhan ni..so banyak kuih-muih yang tak pernah buat langsung pun di Malaysia..Contohnya kuih lopes ni..ingatkan susah..sbb nak kena guna daun pisang dan pelbagai...dok overseas ni menjadik pulak..he..he..hubby pun puji..leh buat berniaga la mcm ni..This is my first try buat Kuih Lopes..



Alhamdulillah menjadi jugak kuih Lopes ni..Air Gula taida di dalam gambar

Ni gambar hasil kuih Lopes hasil dari melawat DAPUR SUZI dan UMMI ( dua dapur ni antara dapur kegemaran yang saya jengok bila dah "blank" nak bersilat apa di dapur saya hari ni..) Tapi saya tak menggunakan resepi asal, sebab saya tanak pakai periuk nasi je and tak guna santan.

Juadah berbuka puasa semalam
Ni gambar kuih kedua , yang saya tak pernah buat langsung pun di Malaysia..CUCUR BADAK. Resepi asal saya baca di dapur UMMI tapi buat kesekian kalinya saya edit lagi resepi..saya guna potato je @ubi kentang..tapi saya letak gula semasa adunan dengan tepung. sebab kalu pakai ubi betul manis skit..Alhamdulillah menjadi lagi kuih kedua yang untuk percubaan kali pertama. Intinya pun manjadi mengikut rasa yang saya kehendaki.

Juadah berbuka semalam " Puding Roti Berkoktail"

Kuih ketiga ini ialah Puding roti berkoktail..memang kegemaran saya pun buat puding roti ni...tapi kali ni lain skit..ada koktail..resepi ni pun saya ambil dari dapur ummi. Puding roti berkoktail ni ada kuah yang kena siram atas puding roti ni bila nak makan.Untuk gambaran jelas, ziarahlah dapur Ummi.


Last juadah berbuka semalam, "Bihun Goreng Tom Yam"
Selalu buat bihun biasa je..

Disebabkan hari sebelumya buat Tom Yam dan Tom Yam tak habis lagi..akhirnya juadah berbuka semalam ialah bihun goreng Tom Yam..Tapi saya letak kicap skit supaya Najlaa tak pedas sangat bila nak makan.

P/S:Saya tak boleh tulis panjang-panjang entry kali ni..Nak siap-siap ke kelas ESOL.
~the end~

7 comments:

Suzi said...

salam diyana,
johor kat mana? dulu pernah duk sana masa baru2 kahwin...hubby degree n master kat utm...
ayah saya org mersing...

kamar hati said...

aduhai...sedapnyer....nak skit... (",)

Musliyana and family said...

salam suzi.

diyana johor di parit raja.dyn and hubby asal kedah. hubby keje di UTHM dulu terkenal dengan kUiTTHO sebab tu dok johor.and he ex-UTM...sama dengan husband suzi la..Degree di UTM Industrial Engine.
Tapi Master hubby dyn buat di UPM.

Musliyana and family said...

salam kamar hati

ye ke sedap kamar hati...?tak derla...budak baru bekajar memasak..he.he.

Ummi said...

Salam Diyana, actly ada alamat email akak kat profile tu..xpa ni akak kasi..ummizaihadi@yahoo.com.my
Tk sudi jenguk selalu dapur kak ya..muaahhh!!

lady zaini said...

nih, akak carikan untuk diyana...
http://gempakz.forumq.biz/food-and-recipies-f56/resepi-minuman-bisa-buat-anda-terus-dahaga-t245.htm

tapi takder lak dia buh kurma tuh... tapi akak pun tak try lagi nih

Tie said...

Air kathira memang sedap..dulu pernah beli masa dok johor..baunya pun wangi..Tapi sekarang dok ganu..tak de peluang nak balik johor tika puasa sebab anak2 sekolah..hu hu..