Nuffnang

Friday, September 19, 2008

Kad raya maya

Dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, anugerahnurani ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan Selamat berpuasa dan selamat menyambut syawal yang bakal menjelang tak lama lagi...

" jika ada rindu yang terbuku..
ucap salam dikirim...
tanda mengerat ukhuwah...
jika ada salah dan silap...
jari di susun ampun maaf dipinta..."

sumber: www.iluislam.com
Photograph & Design by: annamir@putera.com

Buat semua anak perantau...seperti anugerahnurani ini....sama-samalah kita hayati bait-bait nasyid di bawah..(from Mirwana)
"Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran Tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..
dimana arah kita
Renungilah..
hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadaNya..
ini kembara kita"

note: kad raya maya ini ditujukan untuk semua sahabat-sahabat dan pengunjung anugerhnurani, (boleh untuk dicopypaste..sekali dengan sumber asal,dan diletakkan di blog masing-masing)

Selamat Hari Raya




3 comments:

Tie said...

Selamat menyambut hari raya, diyana..apa menu raya nanti??

Akak said...

Salam Diyana..

Hurmm mesti agak sedih kan bila beraya diperantauan kan, akak doakan semuga Diyana & keluarga happy walaupun jauh dari keluarga & ibubapa.

Musliyana and family said...

salam kak tie...

tulah tengah memmikir menu..kalu kuih.ingat nk buat yg simple je..yang senang simpan lama..brownies wajib kot..

salam akak
sedih jugak..mama di kampung pun masa dia di sekolah, sedih kalu kawan2 dia di sekolah buka lagu raya..Tapi apakan daya..Jauh lagi rindu-rinduan..ni first time beraya tak balik kampung..akak..