Bahan-bahannye simple aje
Roti (8-10 keping)[pertambahan roti ialah mengikut bekas yang digunakan]
susu segar
telur (2-3biji) mengikut kesukaan masing-masing
cheese
mentega sedikit -untuk disapu pada bekas
Inti @filling
Minced beef
Kentang 2 biji kecil(kalu yg sukakan kentang nk tmbh lagi pun tak pe
Carrot (half je)-tapi saya letakkan semua sebab Najlaa suka carrot
Daun bawang
(kalu sesiapa nak gunakan mixed vege pun ok)
serbuk perasa (saya gunakan yg mudah, serbuk kari campur serbuk kurma)
Resepi asal Kak Syam- beliau guna serbuk padprika
Masak inti sepertia biasa di kuali dulu sebelum digunakan sebagai inti di dalam puding roti berdaging ini..
Tumis bwg putih, masukkan daging biar masak daging skit, masukkan kentang, carrot dan serbuk kari dan serbuk kurma, garam secukup rasa..dan akhir sekali (mixed vege) dan daun bawang..masak sampai keluar minyak dan kering skit..tutup api.
{inti roti ni bergantung kepada selera dan krativiti anda sendiri, tapi yg pasti kena letak daging..baru jadi puding roti berdaging}
Cara-caranya:
2. Celupkan roti dalam susu, sampai basah..kemudian letakkan di bahagian bawah bekas (based) sampai penuh permukaan bawah...(kalau nak potong kulit roti pun tak pe..saya sayangkan kulit..sebab tu tak potong..he.he)
4. Penuhkan inti didalam bekas dan memenuhi permukaan bekas
6. Potong cheese dan susun si dalam bekas
7. sayur extra- saya letak tomato skit ( tak wajib )
9. Semasa letak roti yang telah dicelup susu, tekan sedidkit agar inti padat dengan roti..perlahan-lahan, jagan sampai inti terkeluar di atas roti
12. Resepi asal Kak Syam- bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama sejam
tapi saya bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 50 minit.
13. Bakar sehingga roti dah keperang-perangan dan kering susu.
15. Tunggu sejuk dulu baru potong mengikut kesukaan dan citarasa anda
Cadangan hidangan : bersama sos cili atau kuah kari @ gulai bak kata org Kedah
Sekian untuk menu yang menggunakan roti ini.Agak simple dan menyelerakan.
5 comments:
salam diyana...wah! sedap nampak.
Rajin tu..siap step by step lagi....
salam suzi..
yg suka kari2 skit oklah puding roti ni..step by step bukan apa..support from hubby..dia yg snap kan..he..he..sbb dyn dok mencelup roti..
nmpk sedappppppp...tp lembab sikit eik?
salam diyana,
rajin...nampak mcm sedap...nanti nak try la:)
salam ajzie dan shais..
kak ajzie,
dyn buat kali pertama lembab skit. tapi sepatutnya dia kering.Alhamdulillah..cubaan kedua kering..kak syam (tuan punya resepi) tu buat kering elok je..so ape dyn buat.,.dyn tambahkan masa dalam proses membakar..bakar sampai semua susu disejat(means kering)..So lepas tu buat elok la..
shais,
kalu shais buat nampak mcm lembab lepas dh masa membakar habis..tambah kan sendiri masa membakar..dyn selalu buat macam tu..sbb lain-lain oven lain masanya..dyn pun selalu tmbh masa membakar.
Post a Comment