Nuffnang

Thursday, September 18, 2008

Cerita semalam

Lama rasanya tak menulis di blog ni..asyik ziarah blog dan dapur orang lain..tengok resepi..pastu tutup laptop...then memasak untuk berbuka..Semenjak dua menjak ni..ntah apelah yag disibukkan pun tak tahu...maaf yer kawan2..

Dua hari lepas (Rabu) niat di hati teringin sangat mencuba "chicken pie" untuk juadah berbuka..So hari tu kami berbuka simple je lah..Chicken Pie dan bihun goreng aje..So sempatlah juga snap hasil "chicken pie" tu..saya namakan Chicken Pie Cinta Ramadhan..buat sempena bulan Ramadhan...

"Chicken Pie Cinta Ramadhan"


" Potongan pertama hati ni..Najlaa dah booking dulu.."


Semalam (Khamis), sibuk buat homework untuk my class..biasalah..lepas mengumpul semua maklumat( mlm Isnin dan Selasa) malas betul nak writing. Lepas bersahur hari Kahmis baru siapkan writing. Alhamdulillah siap juga akhirnya..Topic assignment: Education system in your country.

Kami Malaysian (Sis Lela, Sis Nina and her son and me with my daughter)berkongsi kereta ke kelas...so jimat skit.Mengikut planing asal, kelas ESOL kali ni, akan visit Moari College..Tapi ditangguhkan pula..Mungkin di atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. So sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.


anak-anak yang menjadi peneman ibu ke kelas
(Ashraf-left, Sis Nina's son and Najlaa-right)


Juadah berbuka hari Khamis(semalam) pun agak simple. Nasi Ayam dan Apam balik je. Alhamdulillah, rezeki lebih pula semalam jiran hantar seri muka@Pulut sekaya kata orang Kedah..Pertama kali dalam hidup saya buat apam balik ni..(sorry tak sempat snap gambar)..Rupanya agak mudah bahan2 dia.." Napelah tak tahu dulu ekk"...But my first try tak bepe molek jadinya..saiz tak bepe kena..he..he..tapi rasanya dah menjadi..nanti kena buat lagi...Tapi si Najmi makan habis dua keping untuk dia seorang...So saya fikir oklah tue ekk..

Hari ni Jumaat, pagi-pagi lagi dah ziarah dapur suzi dan Ummi..nampak sesuatu yang menarik untuk dicuba...murtabak.. ni..sebab tengok dapur suzi dah ada mini murtabak, so today nak try pulaklah...bukannya apa..kebetulan bahan yang digunakan dah ada di rumah dan tak payah ke kedai lagi..InsyaAllah..hari ni saya nak try murtabak pula..doakan menjadi yer..

Ok stop dulu, sebab nak kena sediakan inti murtabak..Lagipun Najmi tengah baik "sweet dream" tue..senang nak bersilat di dapur..he.he..

~till meet again~

4 comments:

Shada said...

salam,

Chicken Pie Cinta Ramadhan sedap betul namanya

S.H.A said...

Maklang nak sweater mcm lala!!
Love printed!
Nak!!
Lala, naaaaaaaakkkkkkkkk!

Tie said...

Chicken pie tu nampak sedap je..kak tie memang suka laa..

Musliyana said...

salam Shais

dah buat sempena Ramadhan..kena ada nama special skit..he.he..tak de ape pun shais..nama je..

Salam maklang..
Nanti lala tengok..rasanya saiz kat maklang tak der..ada saiz 3 yeasr and 4 years jer..

Salam kak tue
yer ke kak tie..tapi tak leh lawan katd apur kak tie lagi..lagi best..menu kampung