Nuffnang

Friday, September 19, 2008

Resepi Burger Malaysia...edited version

Actually "Baby Burger Malaysia" ni dah lama saya buat, cuma tak pernah dimasukkan dalam entry lagi. Disebabkan saya ni sukakan kuih yang cute mute"jadi, saya buat "Burger" very small and cute..(cute bukan sebab cantik..sebab kecil molek)

Secara ikhlas, tiada sukatan tetap untuk membuat adunan doh ni, sebab saya main agak-agak jer..So bahan di bawah ni mengikut sukatan dan citarasa tersendiri lah..

Bahan yang diperlukan:

Tepung gandum
Yeast (kalau guna mauripan lagi cantik)
garam secubit
gula secubit
Susu pekat 2 sudu
Air untuk menguli adunan doh (tetapi saya gunakan susu segar yang telah disuamkan)
So saya menguli adunan menggunakan air susu segar tu jer...


Inti:

Sambal ikan bilis (penyediaan-mengikut kaedah dan citarasa tersendiri)
Carrot dan kobis (yang telah diparut)

cara-cara
1. rendamkan sekejap Yeast (mauripan) dalam sedikit susu segar suam.
(Biar sampai naik buih sedikit)
2. masukkan tepung, gula ,garam dan gaul mesrakan..Masukkan rendaman yeast tadi
3. Uli adunan doh tadi. Kalau dah biasa buat donut, caranya memang serupa
4. Biar naik sekali ganda dan tumbuk adunan untuk keluarkan angin.
5. Buat doh menjadi bulat-bulat kecil.."very cute size"

6. Biarkan sebentar, naik sedikit dari saiz asal
7. Panaskan minyak untuk menggoreng

8. Goreng doh yang tekah dijadikan bulat-bulat kecil hingga keperang-perangan
9. Angkat dan toskan sekejap


10. Potong dibahagian tepi untuk dimasukkan inti (bahagian yang warnanya putih sedikit)
11. Masukkan inti sambal kemudian carrot dan kobis
12. Sedia untuk dihidangkan

2 comments:

Tie said...

Oooo..comel laa...kak tie pun suka yang kecik2 ni..lagi banyak boleh masuk mulut..hi hi..

Musliyana and family said...

salam kak tie..
a'a...lagi kecik lagi banyak dapat kan...he..he..