Nuffnang

Friday, September 19, 2008

Baby Murtabak

Resepi murtabak ni saya jengok dari dapur Ummi..saya copy paste je ummi and edit skit.

Bahan:-
Kulit popia yang kecil secukupnya untuk dijadikan kulit murtabak baby
Filling:-
Bawang putih
Serbuk kari daging
Serbuk kari kurma
minced beef
sedikit air
garam
telor (letak 2 biji)

Cara Membuat:-
Bancuh serbuk kari daging dan kurma dengan sedikit air menjadi pes. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes, kacau seketika. Masukkan minced beef dan masukan sedikit air. Gaul-mesrakan. Kacau sekali-sekala dan perasakan dengan garam. (sedikit saja garam, kerana kulit popia suda ada rasa masin). Masak hingga inti agak kering. Angkat dan sejukkan dalam mangkuk. Kemudian pukul telor, masukkan telor tadi ke dalam mangkuk inti tadi. Kacau rata. Letakkan inti atas kulit popia dan lipat menjadi 4 sei. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan goreng murtabak menggunakan api yang sederhana kecil. Goreng hingga kedua-dua belah keperangan.

4 comments:

Ajzie said...

nmpk yummyyyyyyyy.. minta sekeping boleh......hihi

Musliyana said...

Salam kak azie

he..he..baru je try..nasib baik menjadi

Umie said...

Amboi...semenjak 2 menjak nie meriah sungguh dapur New Zealand kite nie ye!!.. hehehe

Musliyana said...

salam umie,..nak buat macam mana..baru belajar kan umie..cube je lah..he.he..