Nuffnang

Tuesday, September 23, 2008

Kek Lapis Oreo

Sebenarnya dalam hati, dah lama teringin nak cuba buat kek lapis..Sebab, selalu kebanyakkan kek lapis adalah kukus..Lepas menziarah DAPUR TANPA SEMPADAN Mat Gebu..yang penuh dengan pelbagai kuih muih yang menarik...Ternampak kek lapis mat gebu yang Sememangnya menarik untuk dicuba..Sebab bukan KUKUS...Tapi saya buat setengah adunan lebih sedikit dari resepi En Mat Gebu kita..bukan apa..saya budak baru belajar...and baru nak mencuba..Ni first time nak buat kek lapis ni...

Bahan-bahan:
260 gram mentega
6-7 biji telur (kalau saiz kecil)
100 gram gula kastor
50-60 gram biskut marrie diblender halus
25-30 gram serbuk santan (saya guna dessicated coconut yang halus)
50-60 gram susu pekat
90-100 gram tepung gandum
Biskut Oreo (dibuang cream)-saya guna sebungkus setengah yang kecil


Cara-caranya:
1.Putar mentega dengan gula sampai kembang, masukkan telur satu persatu. Putar lagi
2.Speed medium, masukkan tepung gandum, biskut marrie kisar, serbuk santan dan susu pekat manis.
3. Kacau hingga sebati
4. Bahgi kepada 3 adunana (buat 3 kaler sesuka hati..)
5. Letak 4 sudu besar adunan dan bakar dalam oven "GRILL"....suhu 180 darjah celcius selama 5 minit
6. letakkan lapisan warna seterusnya..dan Grill lagi 5 minit hingga semua selesai

Note: Biskut oreo letak lepas lapisan yang kelima..kalau resepi mat gebulah..
saya letak jer dekat2 nak habis and atas sekali..

Tapi untuk lebih detail resepi ni.kena jenguk dapur Mat Gebu lah...

sebenarnya ..praktis nak buat raya nanti kek lapis ni.

3 comments:

Umie said...

wah, nampak menarik la kek lapis nie Dyn.. macam nak cuba jugak la nanti..bole buat hidangan open house nanti nih...hehehe

Musliyana and family said...

yer umi...memang menarik pun umi...sedap pulak tue..

Suzi said...

rajinnya wat kek lapis...