Nuffnang

Saturday, September 20, 2008

Donut bersalut coklat

Donut bersalut coklat, adalah kuih yang kami bawa sempena kenduri kesyukuran IFTAR semalam. Saya start buat donut ni pukul 4.00 petang sebab lepas balik dari Sakura Festival, kami tak balik rumah lagi...sebab saya terlupa yang kami sekeluarga tak ada lagi "food container" yang nak letak kuih sempena Syawal nanti..dalam erti kata lain "BALANG KUIH RAYA".Saya beli 4 containers sahaja..then terus balik rumah..

Sebenarnya dah lama teringin nak buat donut cegini...teringat Dunkin Donut kat Malaysia...my favourite..Alhamdulillah..berjaya juga..Ok..resepi yang saya nak tulis dibawah main agak-agak je..Maaf sangat-sangat....

Bahan-bahan:

(*sukatan ini untuk 40 biji donut-small size*)

Tepung gandum (*saya guna 2.5 cawan)
Tepung naik sendiri (* saya guna 1 cawan)
Susu pekat (*2 sudu besar)
sedikit gula
sedikit garam
yeast (mauripan sepeket-11gram)
dried yeast biasa (*1 sudu kecil)
mentega (*saya guna 2 sudu besar)
Telur (*sebiji)
susu segar yang telah di "warm"kan (*saya guna 1 cwn)-agak-agak masa menguli utk buat doh

Bahan-bahan salutan coklat:

(saya tak gunakan double-boil)

Susu pekat (setengah tin)
mentega (*saya letak semalam-agak2 dalam 50 gram)
serbuk koko @ Cocoa powder (agak-agak dalam 5 sudu besar atau 1/3 cawan)


Cara-caranya:

1. Rendamkan yeast (kedua-dua yeast)dalam sedikit air susu segar yang di warmkan..(balance air susu akan digunakan semasa menguli adunan doh)
2. Dalam mangkuk besar masukkan (tepung gandum, tepung naik sendiri, gula, garam,telur, mentegadan susu pekat. Gaul mesrakan
3. Bila rendaman yeast dah naik sedikit buih, massukkan kedalam mangkuk besar tadi..Gaul semuanya dan masukkan air susu yang di warmkan sedikit demi sedikit.
4. Uli dengan perlahan-lahan sehingga menjadi doh. (Saya ada terbaca rahsia donut menjadi gebu- katanya :" uli adunan donut tadi sehingga tiada satupun tepung lekat di tangan kita dan sehingga adunan menjadi lembut") So saya ikut jelah...Alhamdulillah..menjadi
5. Kemudian buat doh besar tadi menjadi kecil -kecil (untuk dibuat donut) dan biarkan sekejap.. sampai doh tadi naik sedikit ...Agak-agak..dlm 30 minit.
6.Panaskan minyak, buat lubang di tengah adunan doh kecil tadi dan goreng donut tadi.
7. Kemudian "golekkan" donut yang telah digoreng di dalam gula
8. Kemudian celupakn donaut yang telah digaul gula tadi di dalam salutan coklat yang telah dimasak.

Cara memasak salutan coklat:

1. Masukkan semua bahan salutan tadi (mentega,susu pekat dan serbok koko)
2. Kacau hingga sebati dan bahan-bahan tadi menjadi pekat

Note: Salutan coklat tadi tidak boleh dibiarkan lama, sebab cepat beku. Masak salutan coklat semasa gorengan donut dah tinggal sikit untuk digoreng. So semasa ini..memang dua kerja berjalan serentak. (menggoreng dan mencelup donut yang telah di "golekkan" di atas gula tadi ke dalam coklat...setelah celupkan donut tadi kedalam coklat, taburkan hiasan)

3 comments:

Tie said...

Anak2 kak tie pun suka tapi mkn sorang sebiji je..tu yang malas nak buat..biasa beli yg instant..goreng setakat yang nak pastu celup cokelat..hi hi..

Ida said...

wah geram betul tgk donut tuh...nanti nak buat la...anyway nanti dtg blog ambil present for your child k...

Musliyana said...

salam kak tie...

kat sini kalau ada jamuan malaysian, mmg dyn suka buat yg budak2 suka mkn..nk buat yag mak2 suka mkn tak bepe pandai sgt..he..he..saja dyn buat saiz kecik..sbb kalu besar2..budak2 tak habis..keje mak-mak pulak nak habiskan...

salam ida..
nnt dyn singgah blog amek present k..