Nuffnang

Tuesday, September 9, 2008

PuDiNg RoTi BeRdAgiNg

Actually gambar puding roti ni dah lama tersimpan dalam file kat dalam laptop ni..dah nak bersawang dah gambar..saya asyik terlupa je bila nak upload...Gambar yang di "snap" ni ialah gambar sebelum menjelang Ramadhan..Alhamdulillah..semenjak puasa ni..saya sempat buat baru sekali.Resepi asal puding roti berdaging ni dari Kak Syam, one of Malaysian kat Palmy ni..and saya meng"edit" skit resepi ni untuk kesesuaian saya dan anak-anak.

Bahan-bahannye simple aje

Roti (8-10 keping)[pertambahan roti ialah mengikut bekas yang digunakan]
susu segar
telur (2-3biji) mengikut kesukaan masing-masing
cheese
mentega sedikit -untuk disapu pada bekas

Inti @filling

Minced beef
Kentang 2 biji kecil(kalu yg sukakan kentang nk tmbh lagi pun tak pe
Carrot (half je)-tapi saya letakkan semua sebab Najlaa suka carrot
Daun bawang
(kalu sesiapa nak gunakan mixed vege pun ok)
serbuk perasa (saya gunakan yg mudah, serbuk kari campur serbuk kurma)
Resepi asal Kak Syam- beliau guna serbuk padprika

Masak inti sepertia biasa di kuali dulu sebelum digunakan sebagai inti di dalam puding roti berdaging ini..

Tumis bwg putih, masukkan daging biar masak daging skit, masukkan kentang, carrot dan serbuk kari dan serbuk kurma, garam secukup rasa..dan akhir sekali (mixed vege) dan daun bawang..masak sampai keluar minyak dan kering skit..tutup api.

{inti roti ni bergantung kepada selera dan krativiti anda sendiri, tapi yg pasti kena letak daging..baru jadi puding roti berdaging}

Cara-caranya:

1. Sapukan bekas dengan mentega
2. Celupkan roti dalam susu, sampai basah..kemudian letakkan di bahagian bawah bekas (based) sampai penuh permukaan bawah...(kalau nak potong kulit roti pun tak pe..saya sayangkan kulit..sebab tu tak potong..he.he)

3. Kemudian, letakkan inti daging yang telah dimasak tadi
4. Penuhkan inti didalam bekas dan memenuhi permukaan bekas

5. Pukul telur di dalam bekas..dan tuangkan di atas inti yang telah diletakkan di dalam bekas tadi
6. Potong cheese dan susun si dalam bekas
7. sayur extra- saya letak tomato skit ( tak wajib )

8. Ulang proses pertama tadi, celupkan roti didalam susu segar sekali lagi..untuk tutup permukaan inti daging tadi
9. Semasa letak roti yang telah dicelup susu, tekan sedidkit agar inti padat dengan roti..perlahan-lahan, jagan sampai inti terkeluar di atas roti

10. Bila siap tutup permukaan daging, taburkan bawang goreng. Untuk menyedapkan lagi bau dan aroma puding roti kita, taburkan juga daun bawang.Ianya juga sebagai hiasan untuk mencantikkan puding roti kita

11. Panaskan Oven
12. Resepi asal Kak Syam- bakar dengan suhu 150 darjah celcius selama sejam
tapi saya bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 50 minit.
13. Bakar sehingga roti dah keperang-perangan dan kering susu.

14. Tarra...dah siap pun puding roti berdaging kita
15. Tunggu sejuk dulu baru potong mengikut kesukaan dan citarasa anda

16. Bila potong puding roti yang masih agak panas, hasil potongan akan jadi begini.
Cadangan hidangan : bersama sos cili atau kuah kari @ gulai bak kata org Kedah

Sekian untuk menu yang menggunakan roti ini.Agak simple dan menyelerakan.

5 comments:

Suzi said...

salam diyana...wah! sedap nampak.
Rajin tu..siap step by step lagi....

Musliyana said...

salam suzi..

yg suka kari2 skit oklah puding roti ni..step by step bukan apa..support from hubby..dia yg snap kan..he..he..sbb dyn dok mencelup roti..

Ajzie said...

nmpk sedappppppp...tp lembab sikit eik?

Shada said...

salam diyana,

rajin...nampak mcm sedap...nanti nak try la:)

Musliyana said...

salam ajzie dan shais..

kak ajzie,

dyn buat kali pertama lembab skit. tapi sepatutnya dia kering.Alhamdulillah..cubaan kedua kering..kak syam (tuan punya resepi) tu buat kering elok je..so ape dyn buat.,.dyn tambahkan masa dalam proses membakar..bakar sampai semua susu disejat(means kering)..So lepas tu buat elok la..

shais,
kalu shais buat nampak mcm lembab lepas dh masa membakar habis..tambah kan sendiri masa membakar..dyn selalu buat macam tu..sbb lain-lain oven lain masanya..dyn pun selalu tmbh masa membakar.