Nuffnang

Tuesday, September 23, 2008

Puding Roti Nescafe


Here we come..puding roti lagi...he.he.kali ni..Puding Roti Nescafe chocolate chips...

Bahan-bahan:

Roti 8-10 keping (roti ape pun tak pe)
Lebih elok jika dicampur dengan roti burger atau long bread (untuk di susun di bahagian atas)
(sebab kulit roti burger lebih licin)
sedikit bancuhan Nescafe (saya guna setengah cawan)
Gula 3/4 atau 1 cawan
Fresh Milk 1.5 cawan
Cream 1 cawan lebih kurang 300ml
Telur 2-4 biji (kalu saiz besar 2 biji pun dah cukup)
sedikit mentega-disapu pada bekas pembakar dan pada roti
sedikit gula kastor untuk ditabur dibahagian atas
sedikit chocolate chips/chocolate drops untuk taburan

Cara-cara:

1. Blander cream selama beberapa minit...agak kembang sedikit
2. Masukkan Fresh milk, telur dan gula. Blander lagi..sampai naik berbuih..
3.Di dalam bekas pembakar, sapukan mentega dan sapukan juga mentega di atas permukaan roti. sebelah sahaja
4. Susun dibahagian bawah roti biasa (dipotong empat)dan disiram dengan sedikit bancuhan air Nescafe..Kemudian susun lagi roti yang juga dipotong empat dibahagian atas..(dibahagian atas kalau guna roti burger atau Long bread lebih cantik sebab akan lebih berkilat)...dan siram baki air bancuhan Nescafe dibahagian atas
Note: kalu guna roti burger potong dua jela dari bahagian atas roti..kulit jangan dibuang.
5.Kemudian siram sedikit demi sedikit air bancuhan blander tadi keatas permukaan roti.
Selepas habis disiram (kita akan nampak sedikit corak-Nescafe dan susu)
(note: kalau suka nescafe.letaklah lebih sedikit air bancuhan nescafe tapi jangan bnyk sgt..takut berair)
6.Saya suka siram sekali dengan buih2..ini bergantung pada kesukaan anda
7. Tabur chocolate chips atau chocolate drops dan ekmudain sedikit taburan gula kastor..
8. Bakar dengan suhu lebih kurang 180 -190 darjah celcius selama 40 minit
(Tapi masa dah di dalam oven 30 minit kena sentiasa tengok oven) Sebab tempoh masa bergantung pada oven masing2...

Bila dah masak, jangan potong dulu.Biarkan sejuk untuk sejam. Takut terlampau lembab, tapi air lembapan ini sedap (sebab bercampur cream)dan ia seakan2 kuah untuk puding roti.ala-ala koktail..


1 comment:

Tie said...

Ooo..bubuh nescafe dlm puding..sedap gak..Kak tie suka nescafe tapi tak leh minum banyak..nanti mabuk laa...Tak tau la kenapa..alahan kot.